Friday, 23 June 2017

Senarai Semak Balik Kampung Beraya

Pesanan Khidmat Masyarakat Balik Kampung.
Moga hubungan berkasih sayang antara satu sama lain sampai ke Jannah. — with Noor Hidayah Hanapi at Carrickarade Island, Ireland.


1. Senarai semak sebelum balik kampung.
a) Buang sampah takut nanti berulat. Kau sendiri akan rasa jijik dan mual nanti. 

b) Buat laporan polis agar abam polis boleh tolong jaga rumah kita.

c) Pastikan segala jenis suis dan lampu telah ditutup. Jangan lupa kunci rumah rapat-rapat.


2. Senarai semak untuk balik kampung.

a) Bawak balik keperluan alat-alat mandi. 

b) Bawa balik tuala mandi. Kalau tak lap dengan langsir opah je.

c) Bawa balik butang baju Melayu, sampin, brooch, pin, kopiah dan baju melayu agar kelihatan kacak dan anggun di hari raya.

d) Duit dan sampul raya. Ada duit lebih, boleh sedekah. Itu amalan yang mulia. Ajar anak jangan minta duit raya. Itu perangai yang keji. Kan, memberi lebih baik dari meminta.

e) Top up Touch & Go siap-siap. Kan, telah diberitahu tidak ada lorong nilai tambah. 

f) Bawa extension wire 5 suis, charger i phone, charger kamera, charger misai eletrik dan kamera. Kau akan rasa bangang je di kampung apabila semua tak dapat dibuat. Lebih-lebih lagi, bila tak dapat call mak we. Kan title kau suamiku playboy. Standby power bank juga.

g) Tilam/Toto. Kami angkut sleeping bag je. Lebih baik kalau ada khemah. Maklum le opah 8 anak belum campur menantu dan cucu cicit. 

h) Bawa siap-siap seterika sendiri. Kan, kau tu playboy dan bini asyik memasang badan je. 

i)Balik kampung hendaklah ringan tulang. Tolong mana yang patut. Jangan asyik duduk terkangkang dan mulut boleh tahan juga. Meluat orang tengok nanti.

j) Kalau beraya di rumah mak mertua, terima keadaan seadanya. Siapa suruh kahwin anaknya. Kalau kahwin anaknya, kena kahwin semua. Angkat segala sampah sarapnya sekali.

k) Sembang yang baik-baik. Buang segala perasaan hasad dengki. Kalau bertujuan menyakitkan hati orang baik diam sahaja. Jagalah perasaan adik beradik yang kurang berada daripada kita. Kalau ditanya boleh jawab dengan ringkas sahaja. Fokus pada silaturrahim. 

l) Jangan sesekali mengaibkan orang. Jangan suka mengutuk atau perli orang. Jangan menyibuk hal-hal peribadi, dan masalah orang. Cakaplah perkara yang menyenangkan hati orang. Sembang yang baik-baik kecuali orang itu menceritakan halnya sendiri. Bantu sekiranya diminta memberi pendapat dan menjadi orang yang berbudi bahasa.

m) Hargai dan syukurilah sekiranya mak ayah kita masih ada. Bukan lama mana pun seperti cepat berlalunya Ramadhan 2017. Tengok besok dah satu syawal. Bengang kita dibuatnya. Jangan menyesal sudah, paling utama mak ayah kita. Takut last-last terpampang batu nisan mak ayah di depan kita.


Hari raya hari kita. Sembang yang baik-baik. Jangan aibkan orang. Jangan suka mengutuk orang. Kalau kita sayangkan orang, kita akan lihat kelebihannya. Sekiranya kita melihat kekurangannya, bermakna kita tidak suka kepadanya.

Taqaballahuminna wa minku

Salam syawal
Mohon maaf zahir batin
Dari saya serta seisi keluarga

Bangkitkan aura positif dan insyallah semoga ketemu ramadhan 2018 yang sentiasa ditangisi.

Saturday, 17 June 2017

Jejak Bumi Eropah 2017

Serba sedikit tentang Eropah

Saya telah mengembara ke 6 buah negara. Antara yang telah negara yang telah saya jejaki adalah seperti berikut :

1. France
2. Germany
3. Holland
4. Belgium
5. United Kingdom
6. Ireland

Peta Eropah : YourEuropeMap.com

Antara bandar-bandar yang telah kami singgah adalah seperti berikut :
1. Paris - France
2. Strasbourg - France
3. Heidelberg - Germany
4. Frankfurt - Germany
5. Amsterdam City - Amsterdam
6. Zaandam (Zaanse Schans)- Amsterdam
7. Volendam- Amsterdam
8. Edam- Amsterdam
9. Brussels City - Belgium
10. Ghent/Gent -Belgium.
11. Bruges - Belgium
12. London- United Kingdom.
13. Galway-Ireland.
14. Belfast- United Kingdom.
15. Dublin- Ireland.
16. Kilkenny-Ireland.

Kembara saya bermula di Paris dan berakhir di Dublin, Ireland. Kembara ke Eropah adalah dari 23 Mei hingga 9 Jun 2017.

Semua negara itu adalah negara Kesatuan Eropah atau European Union (EU). EU adalah terdiri daripada 28 buah negara dalam benua Eropah. Hampir semua negara menggunakan Euro sebagai mata wang kecuali negara seperti berikut :

1. Bulgaria
2. Croatia
3. Czech Republic
4. Denmark
5. Hungary
6. Poland
7. Romania
8. Sweden
9. United Kingdom.

Kesembilan buah negara itu menggunakan mata wang sendiri. Ini bermakna saya hanya guna  2 jenis mata wang dalam kembara saya. Euro dan Sterling. Euro untuk 5 negara lain.Sterling untuk UK sahaja. Euro dollar pada masa pertukaran (10 Mei 2017) adalah 4.777. Kadar Pertukaran  Sterling (UK) pada 10 mei 2017 adalah 5.645. Ini bermakna nilai mata wang kita adalah rendah dan kecil. Nilai mata wang kita semakin jatuh. Misalnya berbanding Dollar Singapura yang kian meningkat saban tahun. Dollar Singapura semakin kukuh di mana adalah seperti berikut :

1995 : 1.7
2000 : 2.2
2010 : 2.4
2015 : 2.8
2017 : 3.1

Benua Eropah mempunyai  50 buah negara. Keahlian dalam Kesatuan Eropah (EU) adalah kira-kira 28 buah negara dalam benua Eropah termasuk United Kingdom. Hanya 26 buah negara dalam EU yang membatalkan border control, iaitu tiada pemeriksaan pasport ataupun keperluan visa bagi memasuki kesemua negara itu yang dikenali sebagai Schengen Area. Pemegang pasport Malaysia dibenarkan masuk ke semua 26 buah negara ini tanpa memerlukan visa.  

Negara-negara dalam Schengen Area adalah seperti berikut :

1. Austria
2. Belgium
3. Czech Rep.
4. Denmark
5. Estonia
6. Finland
7. France
8. Germany
9. Greece
10.Hungary
11. Iceland
12. Italy
13. Latvia
14. Liechtenstein
15. Lithuania
16. Luxembourg
17. Malta
18. Netherland
19. Norway
20. Poland
21. Portugal
22. Slovakia
23. Slovenia
24. Spain
25. Sweden
26. Switzerland

Kawasan Schengen menggalakkan pergerakan bebas barangan, maklumat, wang dan juga orang. Pemegang pasport Malaysia dibenarkan masuk ke semua 26 buah negara ini tanpa visa dan tanpa pemeriksaan pasport. Pasport hanya disemak di negara kita mula masuk dan negara terakhir kita keluar. Tapi saya telah masuk ke London dan Republik Ireland pada bulan Jun 2017, bukan negara dalam Schengen saya telah melalui pemeriksaan sempadan. Pasport saya telah dicop tapi visa tidak diperlukan. Namun, kadang kala kita diminta mengemukakan tiket balik, alamat hotel atau penginapan, dan insurans perjalanan. 

Sekiranya, kita ingin menginap lebih daripada 3 bulan di sesebuah negara Eropah atau pun melebihi 6 bulan di United Kingdom, kita perlu memohon visa terlebih dahulu di pejabat kedutaan besar atau pejabat konsulat negara terbabit.

Rujukan :  Khairul Abdullah (2016), I'm a Backpacker : Europe, Kuala Lumpur : Puteh Press.    
    


Monday, 12 June 2017

Kembara ke Eropah 2017

Sahabat blogger,

Saya telah singgah ke enam buah negara dalam siri kembara ke Eropah 2017. Di antara negara yang telah saya singgah adalah seperti berikut :

1. France
2. Germany
3. Holland
4. Belgium
5. United Kingdom
6. Ireland

 Most photographed spot in Bruges, Rozenhoedkaau — with Noor Hidayah Hanapi at Brasserie Rozenhoedkaai Brugge Belguim.


 Gambar yang mendamba sukma jiwa hamba. Begitu indahnya ciptaan Allah SWT. Subhanallah.— at Brasserie Rozenhoedkaai Brugge Belguim.
 Sejoli Merpati

  Konvo Dr  Nasree bersama-sama lima sekawan
RCSI School of Medicine Conferring Ceremony 2017

Degrees of Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery, Bachelor of Obstetrics (MB, BCh, BAO), LRCPI & SI (Hons)

Memanto lima Sekawan Dr Nasree

Antara bandar-bandar yang telah disinggah adalah seperti berikut :
1. Paris - France
2. Strasbourg - France
3. Heidelberg - Germany
4. Frankfurt - Germany
5. Amsterdam City - Amsterdam
6. Zaandam (Zaanse Schans)- Amsterdam
7. Volendam- Amsterdam
8. Edam- Amsterdam
9. Brussels City - Belgium
10. Ghent/Gent -Belgium.
11. Bruges - Belgium
12. London- United Kingdom.
13. Belfast -United Kingdom.
14. Galway- Ireland.
15. Dublin- Ireland.
16. Kilkenny-Ireland.


Thursday, 8 June 2017

Salak Tinggi Park & Ride, Putrajaya Sentral dan TBS Park & Ride.

KLIA Ekspres: Salak Tinggi Park &Ride, Sepang

Entri hari ini adalah tentang tempat letak kereta yang alternatif selain Putrajaya Sentral dan TBS Park & Ride.  Tempat yang baru dibuka adalah Salak Tinggi Park & Ride, bersebelahan Station ERL Salak Tinggi.

Pertama, kita tinjau tempat letak kereta di TBS Park & Ride. Terminal bersepadu Selatan, TBS. Banyak tempat letak kereta yang kosong di aras 4,5, dan 6. Tempat letak motorsikal adalah percuma di stesen TBS. Maksimum 24 jam :RM10.00. Jam pertama : RM3.00 . 2 jam hingga 5 jam : Tambah RM1.00..Jumlah RM4.00. 6 Jam ke atas adalah RM6.00 Jumlah bayaran adalah RM10.00. Kadar tempat letak kereta berkuatkuasa mulai 17 Januari 2017. Kehilangan tiket tempat letak kereta adalah RM60.00

kedua, tempat letak kereta di Putrajaya sentral. 
Kadar bayaran tempat letak kereta yang dikuatkuasakan adalah seperti berikut :-
  • 15 minit pertama : Percuma
  • Bayaran sehari (sebelum 12.00 tgh malam)  : RM2.00
  • Bermalam (mulai 12.01pagi hingga 6.00pagi) : Tambahan RM4.00
Jika park seharian, caj yang dikenakan adalah RM 6 ( RM2 + RM 4). Maksimum untuk hari meletak kereta adalah 14 hari sahaja.


Ketiga, terdapat satu lagi tempat letak kereta yang baru iaitu Salak Tinggi Park & Ride.
Salak Tinggi Park& Ride, bersebelahan station ERL Salak Tinggi telah dibuka dengan rasminya.Menurut Muhamad Syafiq kadar bayaran tempat letak kereta adalah seperti berikut :

*Rate satu hari (24hrs =RM3) rate per day basis

*5 Tingkat
*Boleh bayar manual (resit)/auto
*mesin pembayaran ada di level G & Level 2
*ada surau dan toilet di level G
Dari sini boleh ambil Klia transit ke Klia&klia2 cuma RM4.90 one way, oku,warga emas dan student dapat diskaun 30%. (ic,kad pelajar&KDS1M ,dan Kad Oku kena ada)
Kalau parking penuh korang boleh park dekat tempat parking lama yang tidak berbumbung harga sama jugak.

Kesimpulannya, tempat letak kereta yang paling murah (17 Mei,2017) adalah Salak Tinggi Park & Ride. Begitu juga caj ERL ke lapangan terbang sama ada KLIA atau KLIA2. Kedua, adalah tempat letak kereta Putrajaya Sentral. Begitu caj ERL sama ada ke KLIA atau KLIA2.

Monday, 5 June 2017

Stonehenge di Serata Dunia

Stonehenge di England, Replika Stonehenge di Esperance, Western Australia dan Replika Stonehenge di Yogyakarta.

Kawan-kawan,
Teman ingin menjelaskan perbezaan antara United Kingdom (UK), Great Britain, London dan England.
England, Wales, Scotland dan Northern Ireland semuanya adalah negeri dalam United Kingdom.

Setiap negeri di dalam U.K mempunyai ibu kota masing-masing. England = London, Wales = Cardiff, Scotland = Edinburgh dan Northern Ireland = Belfast.
Ireland adalah terdiri daripada Northern Ireland dan Republik Ireland. Northern Ireland adalah termasuk dalam United Kingdom.
Great Britain adalah negara di Pulau Britain iaitu England, Wales dan Scotland.
United Kingdom dan Republik Ireland membentuk British Isles.



Stonehenge merupakan satu binaan Zaman Gangsa dan Neolitik yang terletak berhampiran dengan Amesbury di WiltshireEngland, sekitar 13 kilometer (8 batu) di barat laut Salisbury. Stonehenge merangkumi binaan tambak tanah yang mengelilingi batu besar berdiri tegak dalam bulatan, yang dikenali sebagai megalit. Terdapat pertikaian mengenai usia sebenar bulatan batu, tetapi kebanyakan ahli kaji purba mengandaikan bahawa sebahagian besar binaan Stonehenge dibina antara 2500 SM hingga 2000 SM. Bulatan tambak tanah dan parit membentuk fasa pembinaan tugu Stonehenge yang lebih awal, iaitu sekitar 3100 SM. Tapak ini dimasukkan dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986. (Wikipedia)


Stonehenge di England. Stonehenge ini adalah yang asli.


Stonehenge Replika Esperance, Western Australia
The Nomadic Explorers
Lokasi : Esperance
Entrance fee : AUD$10


Stonehenge Replika Yogyakarta
Lokasi : Mount Merapi area,Yogyakarta
Entrance fee : Local (5K), Foreigner(7.5K) 

Thursday, 1 June 2017

Sarubobo Doll Takayama City

Oleh-oleh dari bandar Takayama 

Takayama adalah salah satu bandar kesukaan saya di Jepun. Pemandangan yang cantik. Persekitaran yang bersih. Penduduk yang mesra. Perkampungan tradisi yang tenang dan aman. Itu antara sebab-sebab mengapa saya jatuh  cinta dengan Takayama.

Tujuan ke Takayama dari Nagoya adalah untuk ke Shirakawago. Bandar ini kecil dan boleh jalan kaki . Sepanjang perjalanan nanti, anda boleh menyaksikan Japanese Alps atau kawasan pergunungan di sekitar Gifu.

Sesampai anda di sini, anda perlu mengenali Takayama Nohi Bus Station yang terletak di sebelah Takayama Station dan juga Tourist Information Center yang terletak di depan Takayama Station. Selain itu, bandar kecil ini juga dikenali sebagai Sarubobo (Monkey baby), Mascot Hida Takayama. Di sini saya ingin bercerita tengan Sarubobo. Saya memang menyukai Sarubobo. Di merata tempat di bandar kecil ini, akan jelas kelihatan Sarubobo di merata tempat. Sudah semestinya anda membeli Sarubobo sebagai cendera mata apabila pulang ke tanahair. Saya telah membeli pouch yang ada patung sarubobo sebagai kenangan.  


Beautiful Sakura blossom in Takayama, Japan. Jambatan Merah adalah Jambatan yang terkenal di Takayama City. Jangan lupa bergambar di Jambatan Merah.

Fortune Sarubobo Doll

Sarubobo bermaksud "Lucky Monkey Baby". Pada zaman dahulu, Mak dan Nenek membuat Sarubobo untuk anak-anak mereka. Tujuan adalah untuk membawa tuah kepada mereka. Harapan agar membawa kebahagiaan dan kesihatan yang baik. Anda akan berasa bahagia juga sekiranya memiliki Sarubobo.  

Sarubobo mempunyai beraneka jenis warna. Warna-warna yang berlainan mempunyai maksud yang tersendiri seperti berikut :
  1.  Gold (Money,Success,Victory) : Brings you monetary and financial power. Enriches your heart. Dispels misfortune.
  2.  Silver (Friendship,Reform,Talent) : Increase the sense of unity for lovers or married couples and show your talents.
  3. Red (Family life,Marriage life,Easy birth,Harmonious Marriage) : Prays for a good marriage, easy birth, Growth of your children,harmonious marriage)
  4. Blue (Study,Career) : Calms your heart, Increasing your concentration and learning ability, prays for success on tests and in your career.
  5. Yellow (Money, Gambling) : Increases monetary and financial status. Prays for winning the lottery. Improves luck in gambling.
  6. Pink (Romance) : Helps you meet someone wonderful and have a happy marriage.
  7. Green (Peace, Health) : Dispels illness.
  8. Purple (Long life,Success) : Royal and noble color, Prays for a healthy, long life.
  9. Black (Ward off danger, Evil Spirits) : Protects you and raises your social status.
  10. Orange (Friendship, Blessing of Children, Travel) : Gives you power for starting new journey, be blessed with children.
Sarubobo doll saya berbentuk pouch. Boleh digunakan untuk menyimpan duit syiling. Sebagai seorang lelaki dewasa, saya tidak bermiliki untuk menyimpan patung Sarubobo tapi saya minat Sarubobo. Cantik pasal monyet tanpa muka. Maka saya abaikan dalam bentuk pouch.


Fortune Sarubobo Doll