Pesanan Khidmat Masyarakat Balik Kampung.
Moga hubungan berkasih sayang antara satu sama lain sampai ke Jannah. — with Noor Hidayah Hanapi at Carrickarade Island, Ireland.
1. Senarai semak sebelum balik kampung.
a) Buang sampah takut nanti berulat. Kau sendiri akan rasa jijik dan mual nanti.
b) Buat laporan polis agar abam polis boleh tolong jaga rumah kita.
c) Pastikan segala jenis suis dan lampu telah ditutup. Jangan lupa kunci rumah rapat-rapat.
2. Senarai semak untuk balik kampung.
a) Bawak balik keperluan alat-alat mandi.
b) Bawa balik tuala mandi. Kalau tak lap dengan langsir opah je.
c) Bawa balik butang baju Melayu, sampin, brooch, pin, kopiah dan baju melayu agar kelihatan kacak dan anggun di hari raya.
d) Duit dan sampul raya. Ada duit lebih, boleh sedekah. Itu amalan yang mulia. Ajar anak jangan minta duit raya. Itu perangai yang keji. Kan, memberi lebih baik dari meminta.
e) Top up Touch & Go siap-siap. Kan, telah diberitahu tidak ada lorong nilai tambah.
f) Bawa extension wire 5 suis, charger i phone, charger kamera, charger misai eletrik dan kamera. Kau akan rasa bangang je di kampung apabila semua tak dapat dibuat. Lebih-lebih lagi, bila tak dapat call mak we. Kan title kau suamiku playboy. Standby power bank juga.
g) Tilam/Toto. Kami angkut sleeping bag je. Lebih baik kalau ada khemah. Maklum le opah 8 anak belum campur menantu dan cucu cicit.
h) Bawa siap-siap seterika sendiri. Kan, kau tu playboy dan bini asyik memasang badan je.
i)Balik kampung hendaklah ringan tulang. Tolong mana yang patut. Jangan asyik duduk terkangkang dan mulut boleh tahan juga. Meluat orang tengok nanti.
j) Kalau beraya di rumah mak mertua, terima keadaan seadanya. Siapa suruh kahwin anaknya. Kalau kahwin anaknya, kena kahwin semua. Angkat segala sampah sarapnya sekali.
k) Sembang yang baik-baik. Buang segala perasaan hasad dengki. Kalau bertujuan menyakitkan hati orang baik diam sahaja. Jagalah perasaan adik beradik yang kurang berada daripada kita. Kalau ditanya boleh jawab dengan ringkas sahaja. Fokus pada silaturrahim.
l) Jangan sesekali mengaibkan orang. Jangan suka mengutuk atau perli orang. Jangan menyibuk hal-hal peribadi, dan masalah orang. Cakaplah perkara yang menyenangkan hati orang. Sembang yang baik-baik kecuali orang itu menceritakan halnya sendiri. Bantu sekiranya diminta memberi pendapat dan menjadi orang yang berbudi bahasa.
m) Hargai dan syukurilah sekiranya mak ayah kita masih ada. Bukan lama mana pun seperti cepat berlalunya Ramadhan 2017. Tengok besok dah satu syawal. Bengang kita dibuatnya. Jangan menyesal sudah, paling utama mak ayah kita. Takut last-last terpampang batu nisan mak ayah di depan kita.
Hari raya hari kita. Sembang yang baik-baik. Jangan aibkan orang. Jangan suka mengutuk orang. Kalau kita sayangkan orang, kita akan lihat kelebihannya. Sekiranya kita melihat kekurangannya, bermakna kita tidak suka kepadanya.
Taqaballahuminna wa minku
Salam syawal
Mohon maaf zahir batin
Dari saya serta seisi keluarga
Bangkitkan aura positif dan insyallah semoga ketemu ramadhan 2018 yang sentiasa ditangisi.