Hari ketiga (28 hb
Julai, 2013) BANDA ACEH
Pada
awal pagi, saya agak mamai dan keletihan. Mungkin selimut ajaib tidak berada di
sisi saya. I really miss Mr Magic Selimut.(Biovelocity
Sleepmate untuk terapi tidur) Lagi pun, kami akan dijemput pada jam 8.00 pagi
sebagaimana dijanjikan. Memandangkan hempasan badai ombak begitu mengganas saya
batalkan niat,mungkin di hari akan datang. Saya akan kembali ke pantai Sumur
Tiga. Saya suka Aceh yang berjaya menambat hati saya dan mendapat tempat dalam
senarai destinasi masa depan.
Kami
dijemput oleh sebuah van, orang yang tidak dikenali. Kata pemandu van, bos
semalam tak dapat menjemput kami. Ini mungkin strategi perniagaan, walhal dia
berjanji menjemput kami. Nasib baik saya
tidak membayar awal. Prinsip yang harus kita pegang, bayar apabila kerja itu telah selesai. Van itu berhenti di beberapa tempat untuk mengambil penumpang dan
akhirnya tiba ke pelabuhan Balohan jam 8.00 pagi. Pemandu van itu mengatakan
dia mewakili bos semalam mengutip duit Rp 400,000=Rm120. Begitulah cara melayan
pelanggan lebih-lebih lagi tetamu asing. Adakah bisnis begini akan berpanjangan? * Refleksi : Lain kali kena buat survey dahulu. Sepatutnya bertanyakan En.
Safriyal, pimpinan Hotel Rumoh PMI terlebih dahulu. Ini tidak, terus ambil dari
ulat kutu yang berkeliaran di pelabohan
Balohan. Saya tidak menyalahkan orang lain, salah diri sendiri.
Kami
terus bergegas ke kaunter pelabuhan Balohan. Kami berjaya mendapat tiket executive berharga Rp75,000.(RM25), feri
cepat. Tiket ekonomi telah habis dijual. Kami tiba ke pelabuhan Ulee Lheue jam
9.00 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam sahaja. Ketibaan kami
dari feri Pulo Rando disambut oleh
Adi, adik ipar pimpinan Hotel Rumoh PMI. Adi membawa kami putar-putar kota. Adi orangnya berbudi bahasa tinggi. Perjalanan kami bermula dengan Kawasan
pantai Ulee Lheue dengan cerita rumah bekas Tsunami. Rumah itu masih
berpenghuni yang kebanyakan adalah nelayan. Mereka enggan berpindah kerana
diberi tanah dan rumah yang jauh di perbatasan gunung yang tidak sesuai dengan
jiwa dan naluri mereka.
Feri Pulo Rondo
Read more ...