Wednesday, 21 November 2018

Itinenary ke Rantau Balkan

22 November - 6 Disember, 2018


Republick Eusosialis Tawan
Google Map : Peta Negara-negara di Semenanjung Balkan


Saya akan menyusuri keindahan Rantau Balkan. Balkan terletak di bahagian tenggara benua Eropah. Negara-negara yang terletak di dalam kawasan balkan adalah seperti Albania, Bosnia dan Herzegovina,Bulgaria, Croatia, Greece, Kosovo, Macedonia, Montenegro,Romania, Slovenia, Serbia dan sebahagian kecil negara Turki.

Antara bandar-bandar yang dijangka dilawati adalah :
1) Istanbul, Turkey
2) Skopje, Macedonia
3) Prizren, Kosovo
4) Sophia, Bulgaria
5) Valbona, Albania
6) Kotor, Montenegro
7) Dubronik, Croatia
8) Sarajevo, Bosnia & Herzegovina

Mengikut kronologi perjalanan saya adalah seperti berikut :

Istanbul > Sarajevo >Travanik >Sarajevo>Mostar (Bosnia)>Dubrovnik, Croatia>Kotor,Montnegro>Shkodar, Albania>Lake Koman>Prizren,Kosovo>Skopje, Macedonia>Sophia, Bulgaria>Istanbul.

Doa agar kami selamat pergi dan kembali ke Malaysia. Insyallah. 

Read more ...

Monday, 19 November 2018

Ubudiah Mosque, Kuala Kangsar.

oleh Noor Hidayah Hanapi

Tempat yang harus anda lawati sekiranya ke Kuala Kangsar,Perak. 



Ubudiah Mosque. The beautiful Ubudiah mosque was designed by Arthur Benison Hubback, a government architect who is notably credited for the design of the Ipoh railway station and the Kuala Lumpur railway station. Construction began in 1910 but it was abandoned during World War I. It was also delayed when the then crown prince's elephant walked over and cracked the imported Italian marble floor. The mosque was finally completed in 1919.

Sumber: wikitravel — at Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.



Ubudiah Mosque, Kuala Kangsar.

Read more ...

Friday, 16 November 2018

The Sacred Bridge/Sacred Bridge @Nikko, Japan



The Sacred Bridge/Sacred Bridge @Nikko, Japan
The Sacred Bridge (神橋, shinkyo) is one of the main feature of Nikko. It is designated as UNESCO World Heritage Site. Legend said, the original bridge was built by god in Nara Period. It's been the official path leading to Futaarasan Shrine. It is chosen as one of three unique bridge. The current bridge is reconstructed in 1904.
Entrance fee 300 yen (RM12)

The Sacred Bridge/Sacred Bridge @Nikko, Japan
Read more ...

Monday, 5 November 2018

Kawah Putih, Bandung.

Oleh Noor Hidayah Hanapiah

Kawah Putih terletak di daerah Ciwidey, Bandung. Kawah putih merupakan sebuah tasik yang terbentuk dari letusan Gunung Patuha. Lebih kurang macam Danau Toba.

Tanah yang bercampur belerang di sekitar kawah ini berwarna putih, lalu warna air yang berada di kawah ini berwarna putih kehijauan. Kawah ini berada pada ketinggian +2090 m dpl di bawah puncak atau titik tertinggi Gunung Patuha.


Untuk naik ke sini, kita perlu menaiki jeep yg agak menyeramkan sama ada dari segi rupa bentuk jeep dan juga cara pemanduan pemandu.Gua dah la duduk tepi sekali betul-betul dekat pintu jeep yang tak bertutup, tangan rasa kebas pegang seeratnya besi kat depan tu, kalimah syahadah dah ucap siap-siap banyak kali

Sampai je ke tempat parking jeep, kena turun tangga pulak nak ke Kawah Putih ni, agak jerih haha..tapi bila sampai je SUBHANALLAH cantik sungguh pemandangannya.Dengan air putih kehijauan, suasana aman..cuma bau belerang agak menyengat..masa angin kuat lagi kuat baunya sampai terbatuk-batuk dan pedih mata.

Sesiapa yang nak datang ke Bandung sangat-sangat direkemen datang ke sini..Tangkuban Perahu best juga, cuma bayaran masuknya agak mahal berbanding dengan Kawah Putih, Bandung.


 Bersama Chinta

Begitu indahnya Kawah Putih dari kejauhan.
Read more ...

Thursday, 18 October 2018

Itinenary ke Bandung 2018

I Iove Bandung.


 Zip bike, Bandung

Ayunan, D' Lodge Maribaya

Lama tak menulis blog. Sangat sibuk. Masa sangat mencemburui teman. Memang merindui dunia blogging. Insyallah, ada masa teman akan menulis. Dunia blogging tetap menjadi darah daging teman. Ada masa, teman akan blogwalking bertujuan membalas kunjungan sahabat blogger. Terima kasih daun keladi.  

Tujuan ke sini adalah untuk menghadiri Seminar Antarabangsa. 8th UPI-UPSI International Conference "Direction And Challenges Of Education In The Industry 4.0 Era" October 9th 2018 di Grand Tjokro Hotel,Bandung. 

Hari Pertama  (Sabtu, 6 Okt,2018)

Berlepas dari KLIA2 dengan Airasia Ke Bandung. Harga tiket RM275.20 sehala. Flight 6.30 pagi. Setiba di Bandung di sambut oleh Supir,  Saya telah menempah tour guide melalui Reffan Gunawan. Reffan Gunawan teman perolehi setelah membaca blog Mat Draft. Teman guna perkhidmatan depa untuk 2 hari (Sabtu dan Ahad) dikenakan caj RM300. RM150 sehari. Sekiranya saya hendak tambah 2 hari lagi, depa boleh bagi RM250. Makna diskaun RM50. Reffan Gunawan boleh dihubungi di nombor +6282240025477. Atau menghubungi terus Supir Darsim di nombor +6281224195653. Mr Reffan Gunawan telah memberikan saya Supir Darsim. Gunakan nama saya Kaki Travel Khairuddin. 

Tempat-tempat yang dilawati pada hari pertama.

Dari airport Bandung langsung ke tempat wisata seperti berikut :

Kawasan Selatan Bandung  


1. Kawah Putih  
2. Glamping Area/Danau Situ Patenggang
3. Ladang Tea
4. Kedai Kain Sulam Haji Ahmad di Jalan Arjunan
5. Check in hotel The Regia

Alamat Hotel The Regia
Cihampelas 244, Bandung
West Java-Indonesia
Tel : +62222030603

www.theregia.com

Booking untuk 4 malam dengan harga RM314.00 untuk dua orang. Murah,kemas  dan bersih. Tema hotel  adalah murah dan elegant. 

Hari Kedua (Ahad, 7 Okt,2018)

Dari hotel The Regia kami terus ke tempat wisata seperti berikut :

Kawasan Utara Bandung (Lembang)

1.Farm House
2.Floating Market
3.D'Lodge Maribaya
4.Grafika Cikole
5.Kebun Begonia
6.Lereng Ante 

Hari ketiga (Isnin,8hb Okt,2018)

Sepanjang hari berseminar sehari suntuk di  Grand Tjokro Hotel,Bandung. Kira-kira 10 mint berjalan kaki dari hotel kami, The Regia

Hari keempat (Selasa, 9hb Okt,2018)

Kami shopping sepanjang hari. Free tour oleh Universiti  Pendidikan Indonesia,Bandung.

1. Kowangi, shopping minyak wangi
2. Kartika Sari
3. Pasar Baru. Kami berada di sini lebih kurang 3 jam. 

Pada sebelah malam, kami shopping di Eiger Adventure, Cihampelas. Eiger lebih kurang sama seperti The Decathlon di Malaysia. Teman membeli gila-gila di sini. Harga barang jauh lebih murah berbanding Malaysia. Teman beli Osprey back pack, sehelai baju hiking dan sehelai seluar hiking. Teman beli sebuah back pack Osprey tapi Cinta, isteri teman beli dua buah back pack Osprey. Harga jauh lebih murah setelah membuat perbandingan dengan harga di Shoppe dan Lazada.

Malam itu, teman lalu juga Ciwalk (Cihampelas Walk) dan Teras Cihampelas dalam perjalanan berjalan kaki ke Eiger dari hotel The Regia. Teman suka berjalan kaki demi kesihatan.  Cihampelas Walk adalah kawasan shopping mall lebih kurang macam shopping mall yang bersepah di Malaysia. Teras Cihampelas terletak di atas Jalan Cihampelas yang dibina bagi mengumpulkan para peniaga yang berniaga dan menjaja disini.  Di bawah adalah Jalan Cihampelas dan di atas pula adalah Teras Cihampelas. 

Teras Cihampelas adalah skywalk yang pertama di Indonesia. Panjang adalah 450 meter dan lebar sekitar 9 meter. Ikon baru Kota Bandung. Tinggi dari permukaan jalan adalah sekitar 4.6 meter. Ikon ini adalah area jalur pejalan kaki dan untuk menampung sejumlah pedagang kaki lima (PKL). 

Hari kelima (Rabu, 10hb Okt, 2018)

Kami bertolak balik jam 2.00 petang dengan Malindo Air. Harga tiket RM226.72 sehala. Kami berasa puas hati dengan kembara alam sambil berseminar ke Bandung  


Read more ...

Friday, 21 September 2018

Strata Waterfall, Diamond Creek Ulu Behrang

Salam geng hikers
Trip pendakian ke Air Terjun Strata(belakang diamond creek) atas dan strata bawah,proton city..jom kita hiking sambil mandi manda ..
Tarikh : 22/9/18
7.30 am Gerai nasi lemak Opah Nab
8.00am start hike
10.00am smpai puncak lyn view + snap pic kt Strata Waterfall atas
12pm turun ke bwh
1.00 pm sampai ke Strata bawah
2.00 pm turun ke bawah
4.00 pm
tiba di car park dan balik ke destinasi masing-masing
*Tentetif akan berubah ikot pada cuaca.
Equipment wajib.
Wisel, mknn, air, bju hujan/payung,ubat semburan pacat, baju lengan panjang dan ubat/ubatan.
Wajib : Garam
Barisan hikers
1. Pakcik
2. Wais Sado
3. nad
4. Mr. Gun 🤪😜💦
5. Abam kwsn
6. Khairuddin
7. Modi
8. Fadhil hafiez
9. Abam Napi Sado
10. Ajib Kentaro
11. Abam Fariz(Firm)
12. Abam David(Firm)
13. Abam Fizi(firm)
14. Yob pkes
15. Zam
16. Syaa
17. Ros
18. Azura
19. Maisarah
20. Maizura
21. Wan nur lisa
22. Kak ita KKB
23. Hidayah


Read more ...

Wednesday, 29 August 2018

Pokok Rambai : Penutup tirai musim buah-buahan

Buah rambai penutup musim buah-buahan Malaysia.

Oleh Noor Hidayah Hanapi dan Muhammad Khairuddin Lim

Orang tua-tua menamakan buah rambai ni sebagai buah penutup musim..sebab apa namanya macam tu? Sebab bila pokok rambai dah mengeluarkan buah, itu tandanya buah-buah lain macam durian, rambutan dah tak mengeluarkan buah..maka berakhirlah musim buah pada kali tu

Ada umur panjang dan rezeki kita jumpa lagi di musim akan datang. Kita berpisah untuk bertemu lagi. Bukan bertemu untuk berpisah.

Susah dah nak jumpa buah rambai sekarang..buahnya yang masam menjadikan beliau kurang fofuler
Buah rambai ni tumbuh bergugus-gugus..cantik sangat..biji dalam nya ada 3 je..ada masam manis dan ada yang masam meleting.

Jom layan gambar pokok dan buah rambai.


Pokok rambai besar merendang di Sungai Jurong


Buah rambai yang muda berwarna hijau

Pohon rambai yang menjuntai-juntai mengoda sukma

Gugusan buah rambai


Nyummeh


Masam Manis buah rambai

Kulitnya nipis, isi dalam ada 3 sahaja.

Isi rambai
Read more ...

Wednesday, 15 August 2018

Bunga tahi ayam Latana atau bunga pagar

Pokok Bunga Tahi Ayam atau nama saintifik Lantana Camara. Juga dikenali sebagai Bunga Pagar.

Bunga ini salah satu bunga kegemaran teman. Teman suka kerana bentuk bunga yang cantik berbentuk payung. Teman suka baunya walaupun kurang menyenangkan. Baunya sesuai dengan jiwa teman. Bunga ini adalah sebagai penghalau nyamuk. Lagipun, jarang dirosakkan serangga atau pun  haiwan kerana pokoknya beracun.  

Pokok ini mudah disebarkan oleh burung melalui bijinya. Pokok ini pokok beracun. Haiwan-haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan biri-biri boleh  jatuh sakit sekiranya memakannya. Walau apa sekali pun, saya sangat menyukai bunga ini, cantik di mata dan hati teman. Pokok adalah tumbuhan liar di negara kita atau Malaysia wild flower.

 Merah oren

 Bentuknya seperti payung

Warna putih

Read more ...

Wednesday, 8 August 2018

Green House Lezatta, Bukit Tinggi

Kota Bukit Tinggi, Sumatera Barat.
Green House Lezatta terletak di Jalan Raya Bukittinggi-Payakumbuh, km 9.5, Kabupaten Agam, Sumatera Barat.     
Sekiranya anda adalah dari Kota Bukit tinggi, Rumah Hobbit ini berada di sebelah kiri jalan sebelum SPBU Baso. Taman ini juga dikenali sebagai Taman Tirtasari yang berjarak sekitar kira-kira 30 minit dari Kota Bukit tinggi. Tetapi sekiranya dari arah Pekan Baru, setelah SBPU Baso, adalah  kira-kira 100 meter, di sebelah kanan jalan. 
Akses ke sini melalui pengangkutan awam, adalah dengan menggunakan angkot biru muda dari Aur Kuning
Waktu masuk adalah kira-kira Rp15,000 untuk orang dewasa dan kanak-kanak adalah sekitar Rp10,000
Pemandangan di sini menakjubkan dengan keindahan yang hijau saujana mata memandang. Anda boleh melawat rumah hobbit dan rumah Barbie.  Di sini terdapatnya kolam ikan, warung makanan, dan lain-lain. Terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan di sini seperti orkid, kaktus dan tanaman hiasan yang lain. Keluarga anda pasti terhibur dan akan membawa pulang seribu kenangan.  

Green House Lezatta Garden
Imah begitu terpesona dengan bunga-bunga ros 
 Imah berjalan-jalan di sekitar taman bunga.

 Taman bunga yang begitu tersergam indah

 Landskap taman hobbit begitu indah

 Imah dengan pelbagai aksi

 Taman ini bagaikan Indera di kayangan

Imah dan rumah hobbit


 Begitu  indahnya rumah hobbit walau pun senget atau miring. 

Imah dan teman kuliah.

 Imah bersama sahabat seperjuangan di Universiti Andalas

Imah pulang membawa tangisan bahagia, seribu kenangan di taman hobbit.
Read more ...

Monday, 30 July 2018

Tentatif Trip Gunung GAP &Ulu Semangkok

Tentatif Trip Gunung Gap & Ulu Semangkok
Tarikh 4.8.18 (Sabtu)

5.30pg - Persiapan diri
- solat subuh & sarapan
- berkumpul di pintu timur UPSI
6.00pg - Bertolak ke starting point
7.30pg - Sampai di starting point
- berkumpul, simple briefing & bacaan doa
8.00pg - Memulakan pendakian
9.30pg - Sampai di peak Gunung Gap
- rehat, selfie & minum pg
10.00pg - Bergerak ke Gunung Ulu Semangkok
11.30pg - Sampai di peak Gunung Ulu Semangkok
- rehat, selfie & makan tghri
1.00ptg - Mula bergerak turun
2.00ptg - Sampai di peak Gunung Gap
- take 5, solat
2.30ptg - Bergerak turun ke starting point
3.30ptg - Dijangka tiba di starting point & bersurai.

Barang-barang keperluan:-
Makanan, air mineral, baju hujan (poncho), headlamp/torchlight, wisel, power bank, tongkat, ubat semburan serangga, energy bar, peralatan solat, alas tempat duduk dan ubat-ubatan peribadi dll sbg.

Perhatian : 
Bawa sarung tangan untuk mencegah pokok duri halus.
Bawa baju sejuk kerana tempat itu sejuk, dan ada sedikit mossey.

Trip gunung gap& ulu semangkok
*Tarikh : 04/08/18*
1. Abg kwsn
2. Khairuddin
3. Azraai
4.atak
5.nad
6.marina
7. Dr M
8. Farrah
09.Nana
10. Ujang'z teams (22 org)
11. Izwan fpe
12. Kamarul
13. zul
14. Awais
15. Nor Ashira fpe


Gambar : m@nu$@kerdil

Nad & the teddy bear
Read more ...

Wednesday, 25 July 2018

GIVEAWAY SAMPUL RAYA FASHION VALET 2018 BY SIQAHIQA.COM



Link adalah seperti berikut :

http://www.siqahiqa.com/2018/07/giveaway-sampul-raya-fashion-valet-2018.html

Moh kome join peraduan seperti di atas GIVEAWAY SAMPUL RAYA FASHION VALET 2018 BY SIQAHIQA.COM
Read more ...

Wednesday, 11 July 2018

Thursday, 5 July 2018

'GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP'


Moh kita join contest  'GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP' 


Teman pilih team #TeamMelbourne

Semoga kita terus berjaya. 
Read more ...

Tuesday, 3 July 2018

Salam Syawal 2018 dari Batak Rabit, Teluk Intan.

Batak Rabit, Teluk Intan, Perak.


Kawan-kawan blogger,

Agak lama teman tak bersiaran. Agak sibuk. Lepas raya baru lega. Juga takziah buat anak saudara yang baru meninggal dunia. Arwah Islah meninggal pada 25hb Jun, 2018 akibat buah pinggang dimasuki kuman. Ajal telah sampai dan ketentuan Allah SWT. Kehilangan seorang anak buah yang sangat ceria, aktif dan baik. Baru berumur 9 tahun, belum baligh. Anak Syurga. Moga roh arwah dicucuri rahmat. 

Di sini tempat mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya. Maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga. 

 Kami sekeluarga, Naimah, Chinta, Mak, Kaki travel dan Naim

Keluarga besar kami. Syawal ke 2, 16 Jun 2018. Masa itu, arwah Islah tengah koma di hospital Teluk Intan. Moga roh arwah dicucuri rahmat.

Arwah Islah, anak bongsu dari tiga adik beradik perempuan dari keluarga Noor Asifi Hanapi dan Halim Rock. Anak-anak teman bahasakan keluarga depa sebagai Wan Chik. Anak-anak depa membahasakan teman dan Chinta sebagai Wan Chu dan Pak Chu.
Read more ...

Thursday, 3 May 2018

Keindahan alam di Kampung Sungai Jurong, Ulu Slim

Lokasi : kampung Sungai Jurong, Slim River, 35800 Perak.

Sungai Jurong adalah salah satu batang sungai yang mengalir di Slim Village. Saya telah menjelajah sungai yang terletak di Kampung Sungai Jurong. Slim adalah sebuah mukim di daerah Muallim, Perak, Malaysia. Nama-nama lain adalah seperti Selim, Slim Village, Kampong Slim dan Slin. Papan tanda ke arah tempat ini adalah Ulu Slim.

Teman begitu suka bau hutan. Bau hutan adalah serasi dengan teman. Teman dibesarkan di alam. Alam yang tenang, aman dan damai. Alam banyak bicara. Bicara tentang flora dan fauna. Sang kancil, Kura-kura, melor dan mawar. Itu cerita penglipur lara. Penghibur semasa kami kecil.   Tidak rugi berbakti kepada alam. Alam yang semakin sakit tenat. Alam pun semakin hari semakin panas. Apa yang akan tinggal untuk generasi akan datang. Hanya Allah SWT yang boleh melindungi alam. Manusia semakin rakus dan tamak.

Moga cucu cicit terus mencinta alam,

Kita bukan kawan, kita keluarga alam. Kita orang Islam, agama menganjurkan adab dan sopan terhadap alam. Agama kita indah.

Teman pencinta alam.  

 Teman berbicara dengan mahasiswa UPSI

 Bau-bau dedaun begitu mengasyikkan teman

 Gaya-gaya nakal mahasiswa teman

 Melintasi anak sungai Jurong

Begitu riang ria dalam hutan hujan
Read more ...