Monday, 30 November 2015

Aktiviti budak-budak bijak dahulu, Once upon a time.

Tanjong Malim, Perak.

Kenangan manis semasa deme kecik-kecik, The loved Ones

Masa ingat lagi ? Permainan semasa anak-anak kecil dahulu. Along, Abang Angah, Alang, Naim dan Naimah.

BERIKUT INI 100++ AKTIVITI BUDAK BIJAK ZAMAN DAHULU YANG BAHAGIA DALAM HIDUP YANG BUDAK ZAMAN INI TAK DAPAT RASA.
1. Tangkap ikan puyu
2. Main konda kondi
3. Rondes
4. Ais Kepal
5. Baling selipar
6. Laga ikan
7. Main bola pakai pen berspring
8. Main bola guna kadbod yang dibentuk V terbalik.
9. Tekap lukisan pakai minyak masak
10. Galah panjang
11. Main terup tampar siapa terbalik kalah
12. Main guli
13. Gasing pangkah (siap leperkan paku macam pemahat nak kasi gasing orang terbelah)
14. layang-layang buat pakai surat khabar
15. Letak cermin di kasut skodeng cikgu pakai skirt dan teka warna seluar dalam.
16. Main tetris
17. Game pakai catridge main Supermario pun nak excited sangat
18. Aerial TV letak tudung periuk
19. Tangkap ayam pakai tali jerut dan tabur nasi
20. Tangguk ikan di taliair
21. Mandi sungai sambil selam-selam budak kecil sampai budak tu pandai berenang.
22. Tangkap belalang kunyit di rumput
23. Cari rumput jarumas di padang sekolah cikgu bayar seringgit (cikgu cakap untuk power)
24. Tanya mentadak macammana orang lain tidur
25. Tangkap pepatung
26. Sambil minum guna straw tiup sampai keluar buih
27. Main judi tikam di kedai runcit
28. Minum air oren setiap kali raya
29. Pekena kawan dengan perangkap lubang dalam tu ada taik kita. Buat lubang dulu dan tutup dengan ranting rapuh dan baru letak tanah sikit-sikit bawak kawan sampai terjeblos dalam lubang.
30. Tali pinggang JQ kepala besar hujung berbesi
31. Ken Follet jenama kegilaan remaja
32. Tak dengar Nirvana tak cool
33. Keluar bandar mesti pakai kemeja dan seluar slack
34. Main meriam pakai tin Ridsect
35. Modify basikal bagi sepit udang tinggi macam Harley Davidson
36. Tengok Knight Rider, McGyver, Maero Attack, Mospeada, Voltron.
37. Pancing ikan pakai cacing tanah
38. Basuh basikal di sungai mesti terbalikkan basikal dan kayuh paddle sampai tayar berpusing sambil memercikkan air. Ada "monyet" yang main air percikan tu.
39. Kena hukuman ikat di pokok letak kerengga.
40. Berdiri atas kerusi dan meja
41. Kena berdiri di luar kelas bila awek yang kita suka lalu, terus cover macam sedang melukis pemandangan luar kelas.
42. Pagi Sabtu mesti tunggu rancangan TV mula dan setia tengok color bar di TV. Rancangan pertama WoodyWoodPecker
43. Video tape VHS besar. Ulang-ulang tengok Jaka Sembung dan Sundel Bolong (what a life)
44. Balik sekolah jalan kaki itu selamat. Siap cari jalan potong lalu bukit dan belakang rumah orang.
45. Main card yang ada gambar kereta, kapal terbang, kapal laut yang siap ada spesifikasinya.
46. Buat call-card RM3.50 untuk 10 keping. Kalau jadi agen dapat 10 orang kita dapat 1 set percuma.
47. Tiap-tiap hujung tahun budak perempuan dah bagi buku autograf untuk sain. Mesti kena lukis sikit dan buat kata-kata semangat dan biodata.
48. Nak tengok paling porno pun boleh jumpa dalam URTV tengok Ziana Zain pakai baju ketat. Itupun dah teransang
49. Tunggu Pilihan Bersama dalam Radio dan tunggu dengan tape kosong dan jari sedia sahaja di button rekod.
50. AC Mizal pakai CD gantung di leher buat rap seret kaki.
51. Rapers sikit sahaja mesti pikul mini-compo baru rapers
52. Rockers mesti seluar getah ketat dengan rambut panjang ganas tapi lagu jiwang berlendir.
53. Kebanyakan lagu dalam radio ialah lagu kekecewaan putus cinta
54. Final Piala Malaysia satu kampung berkumpul tengok TV pakai generator. Paling frus bila generator hiccup dan TV mati bila on balik dah SCORE.
55. Kalau merayap main tak ingat balik makan tengahari kena takut-takutkan ada benggali potong kepala buat jambatan.
56. Kalau merayap petang-petang sampai senja tak balik-balik nanti kena sorok hantu kopek.
57. Kalau mandi sungai tak reti-reti balik nanti kena tarik hantu air.
58. Siapa pakai Proton Saga senang dapat jodoh.
59. Bila tiba-tiba jalan kampung orang sodok itu tanda nak pilihanraya
60. Bila jalan yang disodok itu diletakkan batu dan disiram bitumen itu tanda pilihanraya LAGI SATU nak berlaku.
61. Bila jalanraya batu siram bitumen tu diturap penuh itu tanda pilihanraya yang lagi lagi satu nak berlaku. 3 pilihanraya baru jalanraya siap.
62. Kalau tiba-tiba jalan utama masuk Felda jadi cantik, rumput kena potong dan bunga baru letak dalam pasu itu tanda menteri nak datang.
63. Tulis surat cinta mesti letak bedak.
64. Surat mesti ada pantun di hujungnya "Pecah kaca pecah gelas, Sudah baca harap balas".
65. Tak sabar nak besar kerana ruangan MENCARI KENALAN di URTV kebanyakan semua lagi tua dari kita. Susah nak cari makan.
66. Pancing public phone dengan duit 50 sen yang dipasang tali tangsi. Boleh sembang lama-lama.
67. Telefon bimbit ATUR sebesar peti ais.
68. Makan ayam planet (ayam rangka goreng).
69. Kalau naik bas ekspress yang ada tandas, memang bacin
70. Buat rambut kotak macam Vanilla Ice
71. Sempat lalu zaman seluar carrot cut dan bell bottom.
72. Dulu ada penpal
73. Main baling tin
74. Suka jadi pengawas kerana boleh menyemart pakai neck tie nampak macam budak pandai dan berwawasan.
75. Baca komik Alam Perwira, Pendekar Laut dan Pedang Setiawan.
76. Yang funky baca Ujang. Yang nerd baca Dewan Pelajar & Dewan Siswa
77. Beratur di bilik air asrama dengan cara meletak bekas sabun.
78. Tak puas hati dengan senior yang buli suruh basuh baju, bilas seround spendar dia dalam air longkang belakang kantin. Lepas tu dia kena kurap
79. Rewind cassette pakai pen
80. Walkman sebesar kotak tissue pun ada.
81. Jemur battery walkman yang dah lemah.
82. Pakai lencana sekolah jenis lekat dan seterika.
83. Selisih cikgu di pasar menyorok belakang tiang punya takut
84. Bila pakai cermin mata sahaja terasa diri dah kelihatan pandai.
85. Nak pilih persatuan di sekolah mesti ushar awek kita syok tu pilih persatuan apa kemudian kita follow.
86. Paling sosial pun nak ajak awek jumpa ialah "jumpa kat library balairaya petang ni". Itupun pakai surat. Bila dah jumpa dalam library cuma tanya "Awak suka makan apa?warna kegemaran? air kesukaan? nombor kesukaan?" kemudian balik dengan hati berbunga-bunga. Itu sahajapun maksimum tak adalah sampai sentuh sampai pregnan.
87. Zaman itu ingat kalau lelaki kahwin dengan perempuan tak payah buat apa-apa nanti dia pregnan sendiri.
88. Zaman itu fikir seks itu haram sampai mati walaupun dah kahwin. Ustaz ke cikgu ke mak ayah ke semua segan-segan nak ajar.
89. Semua fikir Tengku Haslinda adalah isteri Farid Ismeth Emir
90. Suka tengok Sekapur Sireh kerana ada Mat Zimbo dan Christin Ling itu sangat comel masa itu. Nurfarahin Jamsari pun masih muda lagi.
91. Filem dipanggik kodak.
92. Tengok wayang pacak di Kedai Mara sebelum pilihanraya. Nanti ada selingan ceramah politik.
93. Paling stylo pergi sekolah pakai kasur BM2000 atau Palas Zap.
94. Bangga kalau dapat beli jam Boy London.
95. Najib Razak ketika itu Menteri Belia & Sukan u know?
96. Dalam kelas main Capteh
97. Tiada Gardenia yang ada Roti Cap Superman
98. URTV mesti banyak gambar artis tayang dada
99. Pakai internet nanti line telefon engage. Bunyi dialing dia macam bunyi anjing tercekik selipar.
100. Tiga puluh sen boleh dapat Nasi lemak dan air sirap di kantin.
101. Main bola ada 2 team, 1 team mesti tak pakai baju.
102. Main tudung oren
103. Yang perempuan main batu seremban
104. Baling batu ke air siapa punya mantul di air lagi banyak dia champion
105. Dalam TV ada slot DRAMA SWASTA.
106. Dalam TV orang kaya mesti pakai blazer dan necktie walaupun dalam rumah sendiri sambil makan roti dan perbualan mesti sebut London, Los Angeles, Paris.
107. Anak orang kaya dok asrama sikit-sikit reverse charge di public phone.
108. Bakar timah dalam batteri kereta nak buat buckle talipinggang tapi semua tak jadi.
109. Kad Raya mesti gambar masjid
110. Main tengteng (jengkek)
111. Makan Ice cream pop. hisap dari bawah
112. Setiap Sabtu malam sakit perut alasan taknak mengaji tapi tengok Doraemon sihat.
113. Jenama Alien Workshop. Sticker pun jadilahh.
114. Iklan Ding Dang mesti dapat percuma mainan.

P/S:
Walaupun kita berpangkat besar dan kaya raya serta berdarjat tinggi atau kecik dsbnya. Seronok juga sekali sekala melupakan kekalutan dunia hari ini dan mengenangkan kembali kisah2 lama/ yg telah berlalu dlm. rutin kehidupan kita.
😃😃
😀😀


Pemburujadian Dekat Di Hati feeling awesome.
Read more ...

Saturday, 28 November 2015

Tips bercuti ke Pulau

Island Hoping

Long boat, Krabi Thailand
Dry towel Size XXL (Ultra-absorbent & quick-drying) 
Good for travelling since its lightweight


1. kalau korang jenis bekpeker adalah lebih afdhal pakai bagpack bukan beg tarik ala-ala akademi fantasia. ada tempat tu kita kena naik bot nak sampai ke pulau/hotel/hostel..etc. pastu berjalan atas pasir. backpack senang pikul. 
2. gi pulau jangan pulak pakai heels, sandal hari raya, kasut liplap bagai. bawak selipar (beach slipper), kasut getah. kalau basah pun senang nak jemur & cepat kering.

3. makanan ringan tu wajib bawak la cokelet ke, biskut kecik-kecik, milo 3in1 ke.. jangan bawak beras 1 peket yang 5kg sudah.. cukup alas perut kalau kat pulau tu susah nak dapat makanan ringan & selalunya yg jual pun mesti mahal 2 kali ganda harga asal. jimat.

4. SUNBLOCK kalau sayangkan kulit takut sunburn cari/beli spf 30 - 50.(Rekomen oleh Dr Nassier Lim). kalau tak nak pakai tak payah beli. hitam itu tetap menawan.
5. Bila travel kita adalah rusa masuk kampung..moral of the story ringankan mulut anda untuk bertanya..jangan arap sangat la google bile dalam pulau
6. Ubat-ubatan, Elok sediakan untuk diri sendiri & anak-anak takut jatuh sakit ke..muntah-muntah ke.. demam ke...alahan ke boleh la kita makan ubat sementara nak ke klinik..
7. charger bawak plug adapter ade hostel tu hampeh charger biase tidak bolehh pakai terpaksa charge kat kaunter. ade yg kena cas 1 jam berapa.
8.Beg kalis air, kalau nak pergi aktiviti snorkeling.. ha elok bawa .lagi lagi yang nak bawa camera atau mobile phone sepanjang perjalanan di laut .

9. Jangan bawa diri je. Tegur-menegur antara satu sama lain/ pelancung ke ? Mana tau ada jodoh nanti. Ye, Jaris Manisku.
10. TIdak semua hostel / dorm menyediakan toiletrics so bawak sendiri punya. Tak yah bawak besar, kecik-kecik sudah le.
11. Hati-hati atau peka dengan alam sekeliling terutama pulau-pulau yang terdedah dengan macam-macam bencana alam seperti letusan gunung berapi. Sentiasa alert dengan kaunter hotel/ dorm & etc.
12.  Jangan tinggal barang berharga dalam dorm atau tempat penginapan kita.
13.  Jangan lepak kat pantai aje. Ringankan kaki berjalan menghayati alam sekeliling. Take 5 dan bersyukur diberi peluang menikmati pemandangan yang cantik.
14.  Jangan lupa bawa ubat nyamuk.
15. Bawa baju dua atau tiga pasang je. Ini khas untuk lelaki.
16. Jangan lupa telekung solat untuk wanita.  
17. Bersedia bawa Dry towel Size XXL banyak kegunaannya kelak. Teman beli dari Azham Afzanizam Hamzah (face book) 80 x 140 cm, Super Soft Luxurious. Ultra absorbent and quick dry. Rm 70.00. Gambar adalah seperti di atas.

Read more ...

Thursday, 26 November 2015

The loved Ones

Tanjong Malim, Perak.

Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

😔
Anakku...

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku, 
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..

Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...

😟Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil, 
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

😣
Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah. 
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

😷
Anakku...

Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

😭
Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas. 
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....
Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..

🔴
Menjadi ikhtibar pd kita kalau masih ada ibubapa dn postlah posting diatas kpd group keluarga atau group peribadi keluarga sendiri sebab kite x nak kite atau anak2 kite sentiasa berdosa dgn ibubapa kite atau ibubapa mereka...
..........
RENUNG2 KAN LAH
Read more ...

Tuesday, 24 November 2015

Roomies, Batu Ferringhi

Batu Ferringhi, Penang.

Misi menjejak hostel hipster harini terletak di tengah perbandaran batu ferringhi. Jarak dengan pantai cuma 200 meter. Lokasi sebelah balai polis batu Ferringhi. Sebelum Hard Rock Hotel.

Facilities serius hipster habis dan selesa. Front door pasword protected, high speed wifi, reading and pc section, balkoni for chills, dan ada beberapa biji violin untuk diguna kalau pandai main. This is ROOMIES!

Boleh lepak di roof top. Tengok view. Gila  Lepak di atas ni. Boleh buat steamboat, BBQ dan tengok movies malam-malam di roof top.

Nak murah book di agoda. com (RM30 ).  Walk in harga lain. Lebih mahal di musim cuti. Ada FB, Roomies, Penang. Tel : 0174636506

Ada open dorm, studio room ada dan cinema room. Dorm ada 10 katil dalam bilik bahagi ikut partition, studio room boleh stay untuk 4 orang dan cinema room untuk 6 orang ke atas.


Kredit : Zaid Rodzuan II (face book)

 Sahabat kita, Zaid di Roomies

The Dorm

The Roof Top : macam-macam boleh buat di sini.
Read more ...

Sunday, 22 November 2015

Itinenary OZ : Perth

DAY
TIME

ITENARY




Day 1



Tuesday
(1/4/14)

1
After immigration, proceed to BAYSWATER CAR RENTAL


2
Then proceed to CAVERSHAM WILDLIFE PARK(CWP) (19km from airport),
Info:-
TUMBULGAM FARM SHEEP SHEERING SHOW at 10am, 1pm and 3pm at CWP
- Entrance AUS 25
- Open at 9am
- GPS Coordinat: Lord Street, Whiteman, 6068 ( -31.833524, 115.952877) or
Beechboro Road, Whiteman, 6068 (-31.847378, 115.924681)



3
Proceed to CERVANTES PINNACLES using Brand Highway
Check in at CERVANTES LODGES BACKPACKERS HOTEL (CLBH) (AUS 33 @ RM 97.35)




Day 2

A
CERVANTES PINNACLES (194km about 3hr journey)
Wednesday
(2/4/14)

1
Check out and proceed to NAMBUNG NATIONAL PARK (16km from  CLBH),
PINACLES DESERT (AUS 11 @ RM 34.98/car)


2
Next heading to LACELIN for Sandboarding (82km) about 1hr (through Indian Ocean Drive)
Info:-
-Rental sandboard at Lucky 7 (AUS 10 @ RM 31.80/person)


3
Along the way can see EMU WIND PARK


4
Back to Perth and Check in at BRITANNIA BACKPACKERS HOTEL
















Day 3

B
MANDURAH (70km FROM Perth)
Thursday
(3/4/14)

1


2
Ride a  CANAL ESTUARY& DOLPHIN SPOTTING CRUISE (AUD 28/pax) +Lunch on d Cruise (AUD 12)


3
Shopping at Dolphin Quays


4


5
Visit ABINGDON MINIATURE VILLAGE (entrance AUD 15/pax)


6
Going back to Perth and return car and Check in at BRITANNIA BACKPACKERS HOTEL




Day 4

C
SWANVALLEY (15km from Perth)
Friday
(4/4/14)

1
Visit  Chocolate Factory, Honey Farm, Mondo Nougat
Factory (Close on Monday)


D
FREEMANTLE



MELAWAT MONUMENT HILL, THE ESPLANADE, FISHERMAN HARBOUR,
ROUND HOUSE, CAPPUCINO STRIP, WEEKEND MARKET (E-Shed Market closed at 5pm (Open Friday, Saturday n Sunday)


2
Lunch at Kailis


3
Ride SWAN RIVER CRUISE from Fremantle to Perth


4
Sightseeing at Perth City



1)     SWAN BELL (Head to Murray Street)
Info:-
-           Travel with bus CAT (City Transport Area)
-           Or City Sightseeing Perth Tour bus (AUS 27/day)



2)     KING’S PARK



3)     Old Mill



4)     Harbour Town (Closed at 5.30pm)



5)     Other places such as LOTTERYWEST, FEDERATION WALKWAY melalui BARRACK ARCH, PARLIAMENT HOUSE, BARRACK STREET, JETTY, BELL TOWER


5
Going back to Perth and return car and Check in at BRITANNIA BACKPACKERS HOTEL




Day 5



Saturday
(5/4/14)

1
Checkout and other place to covers


2
Arrived at airport around 2.00pm  and it’s time to bid farewell to Perth!!!...  Had A Warm Welcome Home Girlss...






Kredit : FB Izah Md Nor 

Itinenary ini berguna untuk rujukan sahabat blogger dan saya yang ingin ke Perth 2016. Perth adalah salah satu destinasi pelancungan idaman teman. 







Read more ...