Day 1 (Rabu pagi)
Kami terpaksa naik bas dari Kuala Lumpur untuk bercuti di Krabi via Hatyai. Ini last minute punya decision. Tiket flight pun mahal juga. Flight Airasia hanya ambil masa 1 jam suku ke Krabi Airport. Maklumle bekerja makan gaji dan tunggu kelulusan cuti pulak.
Kami naik bas dari Tg Malim ke Pudu Raya (harga bas RM7.70 seorang). Harga bas tiket dari Kuala Lumpur ke Hatyai RM55 seorang. Kami naik Konsortium Bas Ekspres. Bas double decker. Pilih seat paling depan sekali. Boleh tengok pemandangan dan luas sekali sehingga boleh sentuh cermin tingkap bas depan sekali dengan kaki yang telanjang.
Konsortium bas hanya ada pada waktu 9.30 pagi. Pada waktu malam, hanya pada waktu 9.30, 10.30 dan 11.00 sahaja. Bas ke Hatyai mengambil masa antara 8 hingga 9 jam untuk sampai ke destinasinya. Kami sampai ke Hatyai City kira-kira 730 malam. Kami bertolak jam 11 pagi. Maka perjalanan kami adalah kira-kira 8 jam setengah.
Bas akan berhenti di depan bangunan Konsortium Bus Express (Hatyai Varaity Travel Service). Kawasan yang berhampiran dengan Lee Gardens. Lebih kurang macam Petaling Street di Kuala Lumpur. Kawasan perniagaan Kaum Cina di Hatyai City.
Semua perkhidmatan disediakan oleh Konsortium Bas Express. Hotel pun ada. Kami book hotel dengan Konsortium Bas Express je. Kami book Hotel Indra je .Rm 50 semalam. Kalau kami pi book dengan Hotel Indra kadang-kadang dicaj antara RM55 dan RM60. Book dengan Konsortium Bas Express lagi murah.
i) May Flower 1170 bath
ii)New Season 1270 bath
iii)Sakura Grand View 1140 bath
iv)Golden Crown Plaza 1050 bath
v)Golden Crown 870 bath
vi)Regency Hotel-Std 840 bath
vii)Regency Hotel-Dex 1170 bath
viii)Regency Hotel New-Business 1400 bath
ix)Centara Hotel 1900 + 2 ABF
x)Lee Garden Plaza 1320 + ABF
xi)Lee Garden DEX 720-/STD 620
xii)Daimond Plaza 1070
xiii)Siam Canter 1000 bath
xiv)Sakol Hotel 970 bath
xv)Asian Hotel 1070 bath
xvi)B.P. Grand Suite Hotel 1220 bath
xvii)B.P. Grand Tower 900 bath
xviii)Pink Hotel 750 bath
xix)Kiss Garden Home New 1120 bath
xx)Kiss Garden Home Old 920 bath
xxi)V.L. Hotel 930 bath
xxii)Indra Hotel 500 bath
xxiii)Sakura Old 750 bath
xxiv)Kosit 750 bath
xxv)Grand Plaza 980 bath
xxvi)Sing Golden Place 1070 bath
xxvii)J.B. Hotel 1250 + 2 ABF
Bas dan hotel book dengan depa. Sekarang Mini Van ke krabi pun book dengan depa. Harga Mini ke krabi adalah RM26. Nak tukar ringgit Malaysia ke Bath Thai pun ada. Besok kami dijangka bergerak pada jam 9.00 pagi ke Krabi. 8.30 pagi kena tunggu di kedai Konsortium Bas Ekspress.
Untuk balik ke Kuala Lumpur pada Ahad nanti kami telah book awal dengan Konsortium Bas Ekpress. (Harga Rm45 seorang). Kata depa tiket bas balik perlu disimpan dan boleh dapat diskaun RM5 lagi lain kali nak book balik ke Kuala Lumpur. Harga tiket balik lebih murah berbanding dengan pergi ke Hatyai.
Konsortium Bas Ekspres dari Kuala Lumpur
Di dalam bas bersama Cinta
asik nih kalau bisa liburan kesini :)
ReplyDeleteMemang liburan yang menyeronokkan.
Deletebeznye...seronok berjalan...
ReplyDeletenak ke hatyai gak..ke krabi pun nak..insha Allah klo dimurahkan rezeki
Moga dimurahkan rezeki. Insyallah pasti sampai ke Krabi suatu masa nanti. Saya suka krabi.
DeleteTerima kasih. Dah masuk kerja sudah.
ReplyDeleteSaya pun pernah ke Haatyai cara macam ni, tapi saya pi naik van dari Penang. Lama sangat dah. Hotel saya cari sendiri. Hotel Pink. Tapi sy serik untuk menginap di Hotel Pink tu lagi sebab ia memberi masalah kepada saya. Very bad experience with them :(
ReplyDeleteApa pengalaman yang pahit itu? Cuba kongsikan.
DeletePassport saya dipegang oleh pihak hotel selama tinggal di situ. Tapi bila hendak check-out mereka minta saya bayar lebih dari sepatutnya dan tidak mahu pulangkan pasport saya. Mereka menuduh saya menghabiskan semua arak yang ada dlm peti sejuk itu. Sudah tentu saya naik angin dengan tuduhan itu kerana saya orang Islam dan tidak minum arak, anak-anak saya pula budak-budak kecil lagi berumur antara 3-8 tahun. Mereka tetap tuduh saya dengan memanggil pekerja yang mengemas bilik hotel itu dan dia juga sepakat menuduh saya mengadakan party di dalam bilik itu bersama kawan-kawan saya, sedangkan saya tak ada kawan/orang yang saya kenali di sana. Pergaduhan berlaku antara saya dengan pihak hotel itu. Kemudian saya mengugut utk buat aduan pd pihak atasan. Memarahi mereka sehingga membuat semua orang lalu lalang di situ perasan dan ingin tahu apa yang sedang berlaku. Akhirnya mereka gagal mengutip duit lebih daripada saya dan kembalikan pasport saya. Pengalaman cuba disonglap, hampir jadi mangsa scam dan menyakitkan hati membuatkan saya tidak akan pijak hotel itu lagi.
Deletewaduh.. pengalaman yg sangat berharga Bu. Hebat lah Ibu Naramas bisa mempertahankan diri dari orang-orang yang suka ambil kesempatan.
Deleteseronok ni berjalan jauh menaiki bas...hotel penginapan pun murah.
ReplyDeleteCari pakej yang murah...tapi berkualiti.
Deletezam suka travel dgn bas
ReplyDeletesama la kita bro...
Deletebas pilihan utama.mudah dan snang...
dari nak drive.. wlaupun dlm mlaysia
suka travel dengan bas jugak ^^
ReplyDeleteBest naik bas... Boleh santai.
DeleteLapan jam baru sampai Hatyai.., kematu punggung... hehe. Tapi kalau kaki berjalan memang takde hal punya...
ReplyDeleteThanks bro Mie...itulah pasal.
Deletesesekali dapat travel dengan bas begini tentu menarik.. menabung 2kali KFC..
ReplyDeleteTerima kasih Aiza.
DeleteInformasi yang amat berguna sebab sebelum ni Ida tak tahu ada bas ekspress menuju ke sana siap dengan pakej sekali.... boleh cuba ni sbb time sekarang rasa fobia lak nak naik flight hehehe
ReplyDeleteNaik bas ekspress best juga....mengimbau kembali kenang-kenangan sewaktu kecil dulu bersama arwah bonda tersayang.
DeleteDi dalam gambar terakhir caption "Di dalam bas bersama Cinta" Kok Cintanya ditinggal sendirian Pak Lim ...hehe. tak ada siapa-siapa bersama Cinta tuh ? bangku kosong je ..
ReplyDeleteBangku kosong merah Mak Ngah...hihihi
DeleteWahh seronok juga menaiki bas ke sana... pelbagai permandangan yg boleh dilihat kan.. :)
ReplyDeleteSangat seronok...saya suka travel dengan bas...
Deletebestnya g hatyai.. farah dah lama tak masuk siam..hehehe
ReplyDeleteSiam best kan...
Deletemenariknya....suka suka suka..
ReplyDeleteItulah pasal.
DeleteAssalammualaikum...
ReplyDeletewahh.. mesti seronok gi hatyai naik bas dapat tengok pemandangan.. tp currency duit kat sana .. 1 bath = RM ?
mselim3
RM1 sama dengan 9.9643 bath. Maksudnya : RM1 = RM0.99 kita..Kita lebih 1 sen je...maka lebih kurang sama je....Nilai ini adalah untuk 8hb April 2014.
Deleteuiii... memang koje berjalan je tuan.... errr.. tokeh travel agent ke tuan????
ReplyDeleteBukan tokeh travel agent...teman tokeh jalan...hihihi
Deletewahh...pergi krabi naik bas..murahnya..semua macam bawah 100...macam berbaloi jer..nnt nak baca siri 2 plak laa...rasa cam nk ajak kawan2 buat plan camnie..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Memang berbaloi ajak kawan-kawan berjalan ke Hatyai dan Krabi...Semoga catatan saya menjadi panduan yang berguna kepada anda.
Deletetak sabar nk baca citer selanjutnya..kitorg mmg ada plan nk kena sana ...
ReplyDeletemoga tercapai hajat di hati.
ReplyDeletekrabi antara tempat yang menarik dan cantik pemandangannya
ReplyDeleteitulah pasal...
Deletealamak ni sudah baguih.. kiranya kita booking semuapun dari KL.. dari bas ke hatyai, hotel dan van ke krabi..hotel di krabi taklerkan...
ReplyDeleteehm tak sabar tunggu gambar di krabi lak...
Bus je booking di Kuala Lumpur.. Yang lain perlu book dengan Konsortium Bas Ekspres di Hadyai..Hotel di krabi ada di entri 3...
ReplyDeletejujurnya saya takut ke sana...hehe
ReplyDeletetak apalah banyak lagi tempat lain boleh pergi =)
Syukur alhamdulillah saya diberi kekuatan dan dorongan Oleh Allah SWT. Saya selalu berdoa agar perjalanan saya ke sana dilindungi dan dirahmati Allah selalu. Itu yang mampu saya lakukan.
Deleteramai sungguh orang buat percutian ke krabi...kalau ada rezeki teringin juga pergi
ReplyDeleteDulu selalu juga baalik kampung naik bas ni.
ReplyDeletekat restoran thai kat tepi usm ni ada sediakan transport ke hatyai naik van vip.. hehe
ReplyDeletesalam nak tanya tempat makanan yang halal banyak x disitu?
ReplyDeleteBanyak makanan halal..senang cari makanan halal kat hatyai
DeleteTiket bas blik book do Hat yai ke?
ReplyDeleteTiket balik kena book di Hat yai...Konsortium Bus Express (Hatyai Varaity Travel Service). Kawasan yang berhampiran dengan Lee Gardens. Lebih kurang macam Petaling Street di Kuala Lumpur. Kawasan perniagaan Kaum Cina di Hatyai City.
Deletesalam perkenalan..saya jumpa blog ni dengan niat nak bercuti tiket flight mahal sangat knon nak naik bas. terima kasih berkongsi info..
ReplyDeleteOk je naik bas..selesa juga.
DeleteSalam nak tanya,,naik bas th dari mana stesen bas mana ye??stesen pudu ke??
ReplyDeleteBoleh naik bas dari stesen Pudu. Boleh beli tiket di kaunter Stesen Pudu juga.
DeleteSalam. Apa nama syarikat bas ug saudara naik ni? Masih beroperasi di Pudu Raya?
ReplyDeleteKonsortium Bas Ekspres. Memang masih beroperasi di Pudu Raya..
Deletemekasih sharing info...berguna :)
ReplyDeleteAgak-agak kalau gi time chinese New year ni tanpa booking hotel still available tak ye?
ReplyDeleteCNY biasanya penuh...Elok booking awal. Thanks.
DeleteBerapa jam perjalanan naik bus/minivan dari hatyai ke krabi atau ke phuket.
ReplyDelete4 Jam perjalanan.
DeleteSalam, may I ask u something? I will be in krabi from Bangkok on 08.00 local time by plane. Is it possible for me to join phi phi island tour? Can you recommend the cheapest one? I have booked Senandung Langkawi to KL Sentral from HatYai for next day. Can I reserve ticket Krabi-HatYai in hotel? Or I have to go to bus station? How is Chinese Newyear in KL? Am I come in wrong date?
ReplyDeleteNak book hotel tu macam mana ye? Kat pudu@hatyai@online??
ReplyDeleteBook kat Hatyai..atau online je..booking.com
Deleteuntuk menyewa kereta @van vip serta pemandu ke thailand cuba hubungi abang ini
ReplyDeletehttp://hatyaicartravel.blogspot.com
dah lama tak ke hatyai n krabi. ok rasa macam nak ambil cuti panjang pula ke sana.
ReplyDeleteseriously thailand ni sangat menarik pada saya
Donnok Hatyai Krabi Phuket Phattaya Bangkok Chingmai Contact Bang Shaban +66814795433 whatapp
ReplyDeletewww.hatyaivantour.com
Ada Van dan Kerata
Van sevis dengan sopir (driver) di seluruh thailand Malaysia dan Singapura Dengan layanan profesional berpengalaman lebih dari 20 tahun.