Sungai Dara, Hulu Bernam terletak di Kampung Sunga Dara, atau Sungai Dareh. Anda boleh waze sekiranya hendak ke tempat ini. Masuk melalui tol Behrang sekiranya anda dari utara tanahair atau pun dari selatan tanah air.
Menurut cerita orang-orang tua yang masih ada lagi berdiam di kampong ini , nama kampong ini adalah berasal dari peristiwa dua orang gadis cantik bersaudara yang telah dibunuh dan dicampakkan ke dalam sebatang sungai yang mengalir di kampong ini. Motif pembunuhan itu adalah tidak jelas , tetapi ia jelas bermotifkan cemburu .Seorang perempuan muda yang dikenali dengan panggilan Si Kiah dan seorang lagi pula dikenali sebagai Si Dara sahaja. Seperti yang dikatakan tadi, faktor pembunuhan adalah kurang jelas, mungkin dikeranakan oleh berbagai sebab seperti kecantikan mereka yang masyhur dan terkenal di seluruh kalangan penduduk tempatan dan kampong-kampong yang berjiran waktu itu yang menyebabkan ia terus dicemburui. Kehilangan mereka telah disedari oleh penduduk kampong setelah beberapa hari tidak kelihatan di mana-mana di dalam kampong dan sekitarnya. Lalu seluruh penduduk kampong waktu itu , termasuk penduduk dari kampong bersebelahan yang berjiran turut membantu dalam usaha mencari mereka.Akhirnya mayat Si Kiah telah dijumpai di sebatang sungai di penempatan penduduk kampung berhampiran, sementara mayat Si Dara tidak dijumpai hingga kini.
Maka berikutan dari peristiwa inilah kampong ini dinamakan sebagai Kampong Sungai Dara mengambil sempena nama gadis malang yang bernama Si Dara itu. Sungai di mana mayat Si Kiah dijumpai pula dinamakan sebagai Sungai Sekiah. Sehingga kini kekallah kampong ini dinamakan sebagai Kampong Sungai Dara , manakala kampong jiran sebelahnya dikenali sebagai Kampong Sungai Sekiah.
Sumber di atas penulis petik dari face book kampung Sungai Dara, Hulu Bernam.
Di sini, penulis dan kawan-kawan bermandi manda di Sungai Dara atau Sungai Dareh, tidak jauh dari Tanjong Malim. Sungai Dara adalah terletak di mukim Muallim.
Sungai Dara, atau Sungai Dareh
Empangan Sungai Dara
Batu-batan yang tersusun indah dan kemas
Kawan-kawan hiking teman
Daun-daun yang semakin menjuntai ke bawah
Begitu seronoknya kawan-kawan bersuka ria
Read more ...