Cork, Republic Ireland
Selamat Sejahtera,
Penulisan kali ini adalah daripada anak pemilik blog ini, Nasree. Sudah bermastautin di Dublin selama 2 tahun dan masuk tahun ke 3. Berada di Dublin kerana sedang menuntut ilmu perubatan di Royal College of Surgeon in Ireland (RCSI) dan kini memasuki tahun ke-3.
Banyak tempat yang menarik di Ireland dan ini Cork merupakan salah satu bandar yang unik dan menarik.
Pada 13/9, saya telah ke Cork, Ireland.
Republic of Ireland yang berwarna hijau bersebelahan dengan UK.
sumber daripada Wikipedia
Cork berada di selatan Ireland
Sumber daripada google image
Menurut penduduk tempatan, Cork merupakan bandar ke-2 terbesar Ireland. Walaupun tidak sebesar Dublin (berada di timur), namun bandarnya cukup untuk menampung keperluan seharian. Bandar Cork merupakan bandar pelabuhan yang dipenuhi dengan lanskap-lanskap alam semula jadi yang menarik. Perjalanan dari Dublin ke Cork mengambil masa 3 jam tanpa henti . Harga tiket adalah 20euro pergi balik (return ticket). Sampai sahaja di St. Patricks Quay, Cork, suasana dan bau sama seperti di Port Dickson, Negeri Sembilan. Bau masin air laut dan tiupan angin yang kuat (Ireland memang terkenal dengan tiupan angin kencang setiap hari) semestinya membuatkan diri ini rindu dengan Malaysia.
Gambaran ringkas Cork City Center
Pemandangan daripada Richmond Hill, lebih kurang 3km daripada Cork City Center
Bersama rakan-rakan di Cork, dari kiri, diri sendiri, Bella (pelajar UCC) dan Imran (pelajar UCD)
Kelihatan beberapa orang sedang menikmati kehadiran matahari. Sebenarnya, jarang sekali Ireland di-rahmati dengan matahari yang terik. (Suhu ketika itu, 18 degree).
Bandar Cork dipenuhi sungai-sungai yang jernih walaupun berada di tengah-tengah bandar. Boleh nampak dasar.
Bukti telah sampai ke University College Cork (UCC)
Bunga-bunga nan indah dalam perkarangan Cork. Bangunan di hadapan itu merupakan Presidens Office, kesemuanya.
Ber'selfie' di hadapan Quadrangle, UCC. Lagenda berkata, jikalau pijak rumput hijau itu, gagal exam. Setengah penduduk tempatan masih percaya akan mitos tersebut. Tidak bagi diri ini... =P
Panoramic view of Quadrangle, UCC
Dewan paling lama di UCC dan digunakan untuk kelas dan upacara rasmi. Nampak seakan gereja tetapi inilah konsep bangunan-bangunan sekitar UCC.
Rak buku yang terdapat di sini bertarikh daripada 1700-1900 (yang ternampak je la. tak "check" semua.
Ogham script yang dipamerkan di dalam bangunan Quadrangle. Uniknya tulisan ini kerana setiap condongan garisan memberi maksud yang berbeza-beza.
'Translation' of the script.
Melompat sikit...
Lagi sungai di antara dua bangunan Health Science.
Pemandangan dari satu sudut di dalam kampus Health Science, UCC.
Read more ...