Saturday, 30 November 2013

Telaga Merdada, Dieng

November,2013

Telaga Merdada terletak di Desa Karangtengah, Kecamatan Batur, Kabupaten Banjarnegara. Dari Dieng, ambil jalan menuju  ke Pasar Batur.  Telaga ini adalah telaga terluas di Dataran Tinggi Dieng.
Telaga terkenal dengan deretan bukit bukau, kebun sayur, dan hamparan hutan mini yang cantik menawan.

Menurut pemandu pelancongan kami, telaga ini tidak pernah kering walaupun dalam musim kemarau dan memiliki mata air di dasar telaganya. Kaki pancing seringkali mengunjungi telaga ini. Tiket masuk Rp 5.000,00 tetapi semasa lawatan saya tidak  ada petugas retribusi yang bertugas.








Read more ...

Lomba Merpati Kolong, Dieng

  • Pertandingan Burung Merpati Dieng

  • Merpati kolong adalah suatu lumba Merpati yang telah menjadi sebahagian daripada budaya asli di wilayah sekitar Dieng (Wonosobo, Temanggung, dan Dieng). Perlumbaan ini melibatkan jutaan rupiah sehingga ada yang menghubungkan pertandingan ini dengan dukun bomoh dan perjudian sehingga menjadi sebahagian daripada lingkaran yang tidak dapat dipisahkan lagi. 

  •   Burung Merpati dan tuannya  

     Tiang gol empat segi. Burung-burung merpati akan dilepaskan dari atas gunung dan terbang setinggi mana dan terus melepasi tiang gol seperti yang disediakan.
     Kabus tebal menyelubungi kawasan sekitar pergunungan. Masing-masing perlu melepaskan burung merpati dari atas gunung.
     Pemuda-pemuda Dieng sabar menunggu pertandingan burung Merpati. 
    Melepaskan burung Merpati dari atas gunung agar burung terbang ke arah tiang gol empat segi
Masing-masing mengambil burung merpati kerana pertandingan tidak dapat dijalankan akibat kabus tebal


Read more ...

Friday, 29 November 2013

Sumur Jalatunda & Kawah Candradimuka Dieng

Sumur Jalatunda, Dieng

Sumur Jalatunda terletak di Desa Wisata Pekasiran, Kecamatan Batu, Kabupaten Banjarnegara. Sumur ini menyerupai sumur raksasa berwarna hijau pekat adalah kawah yang terbentuk akibat letusan gunung berapi. Jalatunda adalah bermaksud besar atau luas dalam bahasa Jawa. Fenomena terjadinya kawah sejenis ini hanya terdapat dua di dunia, dan satu lagi ditemui di Mexico.

Pelbagai cerita mitos telah diceritakan. Apa yang saya faham, sumur ini merupakan pintu masuk ke dalam istana puteri ular setengah dewa. Apa yang saya nampak dari mata kasar saya terdapat banyak ikan gergasi berenang di dalamnya. 

Apabila anda sampai ke tangga terakhir, anda akan nampak beberapa karung beras berisi batu kerkil. Kononnya, sesiapa yang dapat melempar batu ke dalam sumur sejauh jarak tertentu akan mendapat keuntungan dengan terkabulnya niat mereka. Anda perlu membeli batu kerikil itu. Bagi pihak perempuan, jaraknya adalah ke tengah sumur. Pihak lelaki adalah ke seberang sumur ditandai dengan rimbun pohon bunga berwarna ungu, di celah-celah batu batan. 



 Sumur Jalatunda

Kawah Candradimuka, Dieng

Candradimuka adalah dieng biodiversity dan terletak kira-kira 6 kilometer dari kompleks kuil Arjuna, dalam desa Batur Pekasiran, kabupaten Banjarnegara. Kawah ini adalah kawah gas berasap yang airnya mengelegak tetapi tidak merbahaya. Anda boleh melihatnya dari jarak yang dekat.   

Kawah bermaksud lubang di gunung. Candramuka adalah dewi atau dewa (sinar) bulan. Dengan itu, bermaksud gunung di muka Chandra. Menurut cerita wayang mahabarata, kawah Candradimuka adalah tempat para dewa merebus Gatotkaca sampai menjadi tulang besi,kebal segala senjata dan boleh terbang. Dari segi kiasan, bakal menjadi jenderal kalau berjaya dan kalau gagal menjadilah mee jawa.






Rujukan :

www.Indonesia.Travel
Read more ...

Thursday, 28 November 2013

Kawah Sileri, Dieng

November, 2013


Kawah Sileri terletak di desa Batur, Banjarnegara. Kawah ini adalah kawah terluas di Dieng dan masih aktif. Luas kawah adalah sekitar 4 hektar, selalu ditutupi dengan kepulan asap berwarna putih. Warna air kawah adalah berwarna putih keabu-abuan yang menyerupai air cucian beras (leri). Itu adalah asal usul mengapa akhirnya kawah itu dinamakan kawah Sileri. Aliran air ini sesuai sebagai sumber pengaliran pertanian di kawasan sekitarnya. 

Jalan masuk ke Sileri
Sileri dari kejauhan
Lelaki sebelah kiri adalah Pemandu Pelancong kami di Dieng.  Hubungi Surigziiu di no tel : +6285227451450.  
Kami ambil pemandu pelancong Surigziiu, orang tempatan Dieng kerana pemandu merangkap pemandu pelancong, Mas Agus hanya tahu pergi ke tempat-tempat pelancongan popular dan selalu dilawati. Tempat pelancongan itu adalah Bukit Sekunir,Telaga Warna, Kawah Sikidang, dan Candi Arjuna. Mas Agus boleh dihubungi di no tel : +6282324317778      

Mas Agus, pemandu pelancong dari Jogyakarta, di sebelah kanan saya.
Kereta Sewa kami. Nama Syarikat : Jogja 4 Roda (+628157930661)






Read more ...

Wednesday, 27 November 2013

My Cherita

Blog Sahabat



MyCherita telah membuat entri untuk travelog blog saya. Sebagai kunjungan balas, saya pun membuat entri untuk beliau. Seperti kata Mycerita ini bukan review blog.. Cuma ingin bertukar idea dari kaedah blog walking yang biasa kepada  membuat post entri untuk tuan empunya blog.


Ini adalah petikan dari blog Mycherita di atas sub tema  "Singgah Blog".


Anda ingin saya datang ke blog anda dan  membuat satu entri tentang blog anda, sila tinggalkan komen anda di bawah post ini. saya akan datang melawat dan membuat satu entri post tentang blog anda. dan blog anda akan dimasukkan ke dalam bloglist atau Sahabat Blog di dalam blog saya. jangan risau, ianya bukan tentang review blog, tapi sekadar bertukar aliran trafik atau backlink sambil menambah rakan dalam dunia maya.

Blog Mycherita mengandungi pelbagai segmen yang menarik seperti agama, permotoran, memancing,bola sepak,dan lain-lain entri. Anda boleh melawat blog beliau dengan link seperti yang tertera di bawah :  

http://thescreammer.blogspot.com/

Mycerita berasal dari Perak, senegeri dengan teman. Beliau adalah seorang kaki pancing. Insyallah ada masa, dan ruang saya akan ke Teluk Intan makan mee rebus jawa. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi buat enteri travelog saya. Insyallah jika ada kelapangan saya akan singgah lagi ke blog anda.  Salam Ukhwah juga dari saya.

Read more ...

Wordless Wednesday # 4


Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera



Read more ...

Tuesday, 26 November 2013

Candi Arjuna & Dieng Plateau Theather

Candi Dieng itu terletak di atas Banjarnegara. Semua candi itu adalah candi Hindu. Setakat ini, yang ditemui di salah sebuah tempat, candi ini dibina pada angka tahun 808 Masehi. Tetapi para sarjana mengatakan kompleks Candi Dieng itu  dibangunkan sekitar abad 8-9 masehi berdasarkan perintah dari para raja pada masa dinasti Sanjaya.


Candi Dieng sendiri merupakan sebuah kompleks percandian. Maka, candi ini tidak hanya terdiri dari satu bangunan candi, melainkan terdiri dari banyak gugusan candi yang tersebar di beberapa lokasi yang agak berjauhan. Kompleks candi ini terdiri dari 3 kelompok gugusan candi dan 1 buah candi yang berdiri sendiri. Uniknya, semua kelompok candi ini dinamakan berdasarkan tokoh-tokoh  seperti  dalam kitab Mahabharata yaitu Kompleks Candi Gatotkaca, Kompleks Candi Arjuna, Kompleks Candi Dwarawati, dan satu lagi adalah Candi Bima yang bukan merupakan kelompok candi (berdiri sendiri).

Lawatan saya tertumpu kepada Kompleks Candi Arjuna, salah satu kompleks  percandian di Candi Dieng. Kompleks Candi Arjuna terdiri dari 5 candi yaitu Candi Arjuna, Candi Semar, Candi Puntadewa, Candi Sembadra, Candi Srikandi. Candi yang saya kunjungi adalah Candi Arjuna. Candi Arjuna merupakan candi utama di kelompok candi ini. Candi Arjuna berbentuk persegi berukuran sekitar 4 m2. Candi Arjuna berada di ujung paling selatan dan menghadap ke arah barat yang ditandai dengan adanya tangga pada sisi barat candi. Badan Candi Arjuna berada pada sebuah batur setinggi 1 meter.

 Bunga Kecubung (Angel's Trumpet)

 Kupu-kupu dan Bunga Rumput





Candi Gatotkaca


Dieng Plateau Theater
farahvii.blogspot.com

Rasanya tidak lengkap sekiranya anda tidak mengunjungi Dieng Plateau Theater. Anda akan disajikan dengan tayangan dokumentari bertajuk Bumi Kahyangan Dieng Plateau. Filem dokumentari itu mengambil masa lebih kurang 20 minit. Filem itu mengisahkan Dataran Dieng dan Peristiwa Tragedi Kawah Sinila. 


Rujukan.

Candi1001.blogspot.com

Farahvii. blogspot.com

Read more ...

Monday, 25 November 2013

Refleksi Akan Review Blog Ohsem Bertuah

Refleksi Serta Tindakan terhadap Blog Kakitravelkhairuddin


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Blog saya telah direview oleh blogger yang tak asing lagi, Angah dengan blognya, Diari Jejaka Hangat. 




 Diari Jejaka Hangat™

Berikut adalah petikan akan review Angah :


" Blog yang angah nak review ni merupakan blog pelancongan rasanya.Sebab apa? Banyak tempat menarik yang diceritakan dalam entry-entrynya seperti entry yang terbarunya iaitu Kawah Sikidang,Dieng Plateu .Kalau  tengok dekat atas blog tu pun ada tulis,KAKI TRAVEL,dan sudah tentunya blogger ini merupakan seorang kaki  travel yang hebat!

Pendapat angah adalah,kalau blog ni ada header yg menarik dan best,tentu lagi menarik blog ni. Selain  tu,blog ni agak panjang ke bawah dan meleret.Kalau boleh buat Read More,mungkin boleh cepatkan  loading blog??Yang lain rasanya dah oke!Selamat maju jaya diucapkan.Terima kasih. "  


Read more ...

Sunday, 24 November 2013

Kawah Sikidang, Dieng Plateau

Bekas Letusan Gunung Berapi di Dataran Tinggi Dieng Wonosobo

November, 2013

Kawah sikidang adalah bekas letusan dari gunung berapi di Dataran Tinggi Dieng Wonosobo, Jawa Tengah. Bekas letusan itu telah membentuk kawah yang masih aktif sampai sekarang. Harus diingat bahawa kadar belerangnya sangat rendah, maka saya boleh tahan dengan baunya. Anda boleh berjalan kaki ke kawah yang agak datar ini, sehingga anda boleh melihat gelegak lumpur kawah itu dari dekat. Kawah ini mengeluarkan wap panas disertai semburan air mendidih berwarna kelabu.

Sekiranya anda bernasib baik anda akan berjumpa dengan seorang penjual batu kawah  di bawah kaki bukit kawah sikidang. Batu belerang yang dijual itu berfungsi sebagai ubat gatal di samping bahan campuran komestik.


Read more ...

Blogwalking cuti sekolah bersama ayuinsyirah

Read more ...

Saturday, 23 November 2013

Warna Lake Part 2, Dieng Plateau

Telogo Warno/ Telogo Pengilon, Dieng

The Colorful Lake- Beautiful Twin Lakes

November, 2013


From the main entrance, the path leading to your left, is the crystal clear lake, Telogo Warna and tall trees were all around. I have descibed and shown in Warna Part 1 entry. Now, we are heading towards the right path. Again, I followed a road that branched off to the right. And suddenly a broad meadow emerged, reminiscent to the movie Little House on the Prairie. As you keep on walking, another lake appeared in front of you,Telogo Pengilo . The water was very clear that reflected whatever image was on top of it. In some places the surface seemed bubbly and pulled out the small bubbles. It caused by the sulfur that contained in the water.   

Then, after seen Lake Pengilon, we headed back to the main path, then turn to left after met the T junction, there were the komplek Goa. There, you will find Semar Cave, Sumur Cave, and Jaran Cave. Here, we explored the Hindu Temples. It is the Hindu praying ground. The atomsphere is peaceful and relaxing. 

 Pintu masuk ke Telogo Pengilon dan Komplek Goa ( Goa Semar, Goa  Sumur dan Goa Jaran) 


Read more ...

Friday, 22 November 2013

Warna Lake Part 1, Dieng Plateau

Telogo Warno/ Telogo Pengilon, Dieng

The Colorful Lake- Beautiful Twin Lakes

November, 2013

Dieng is located approximately 116 km from Yogakarta.  There are daily flights available to Yogyakarta from Jakarta dan Denpasar with Garuda Indonesia and Air Asia.

Telogo Warno/ Telogo Pengilon , is the beautiful twin lakes, hidden among the rows of hills at an altitude of more than 2000 meters above sea level. Its beauty and mystery always attract anyone who visits Dieng. Greenish water looked calm with natural forest around it. 


Opening Hours 
Monday to Sunday: 06.00 a.m. to 18.00 p.m.
 
Ticketing
Domestict visitor: IDR 5,000
Foreign visitor: IDR 9,000





Read more ...

Thursday, 21 November 2013

Segmen Tambah followers



JOM JOIN LINK INI :

http://imashue.blogspot.com/2013/11/segmen-tambah-followers.html

MOH KITA TAMBAH FOLLOWERS SERTA TINGKATKAN TRAFIK

JUGA MENGERATKAN TALI SIRATULRAHIM

THREE IN ONE

Read more ...

Wednesday, 20 November 2013