Monday, 20 April 2015

Batu Hampar, Otea dan Aroma Ikan Bakar

Batu Hampar Bukit Malawati, Otea Kuala Selangor dan Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram.


Entri ini entri yang ketiga di Bukit Malawati Kuala Selangor. Entri pertama adalah tentang kenaikan trim ke atas Bukit Malawati. Entri kedua adalah semasa berada di Puncak Bukit Malawati. Entri terakhir adalah berjalan kaki turun ke bawah kaki Bukit Malawati. Pasal ingin menengok batu hampar yang unik. Berdiri teguh di atas busut anai-anai. Busut itu kosong dan dapat menampung batu yang begitu berat sekali. 

Selepas turun ke kaki bukit Malawati. Kami singgah bersolat di Masjid Pekan Kuala Selangor. Kami singgah di kedai Otea Kuala Selangor. Facebook : Otea Kuala Selangor. Satu gelas RM5.00. Malam kami diakhiri dengan makan ikan bakar di Aroma Ikan Bakar di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram. Alamak lebih kurang sejam kami menunggu menu siap dihidang. Seekor ikan Jenahak lebih kurang RM59.00. Kerang bakar harga RM6.00. Tom yam tiga orang makan RM15.00. Jus Tembikai RM15,00 Nasi putih tiga pinggan RM4.50. Harga RM 99.50 belum termasuk GST.

Segerombolan Lotong

Lotong dan anak-anaknya

Batu Hampar. Terletak berupa seketul batu pejal empat persegi berukuran 5x5x1 kaki padu yang beralas longgokan tanah pasir sebagai kakinya. Ada pendapat mengatakan bahawa batu ini digunakan sebagai tempat memancung penderhaka. Pendapat lain pula mengatakan bahawa batu ini adalah tempat persemayaman Baginda Sultan Abdul Samad untuk memerhati pekan Kuala Selangor.

Sungai Kuala Selangor

Busat Malawati

Busat dan Wakaf Malawati

Pandangan ke bawah dari Busat Malawati

Makam Diraja Kota Malawati

Muzium Permainan Tradisional Rakyat

Keterangan akan Perigi Beracun

Perigi Beracun

Minum-minum petang di Otea Kuala Selangor
Buble Tea 

Aorma Ikan Bakar di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram

22 comments:

  1. suspen tajuk batu hampar... ingatkan batu hampar kat terengganu ni.. hehehe

    ReplyDelete
  2. pernah makan ikan bakar di jeram ni boleh tahan mahalnya...

    ReplyDelete
  3. Saya pernah makan di medan ikan bakar Pantai Jeram... memang berjanggut menunggu pesanan sampai...

    ReplyDelete
  4. Kan saya kata lotong tu bulat matanya..suka tengok :)

    ReplyDelete
  5. Harga makanan <RM100 kira ok tu en Din...

    ReplyDelete
  6. rajin berjalan betul nih cari ikan bakar.

    ReplyDelete
  7. mahalnya ikan jenahak. berapa kilo seekor ikan jenahak itu pak Lim.

    saya baru lihat ada lutung turun dari pohon. tapi lutung itu menginjak tanah kah pak Lim?

    ReplyDelete
  8. ada lagi ke air dlm perigi tu?

    ReplyDelete
  9. Lepas seronok berjalan pasti bertambah ceria kalau pekena ikan bakar ni.. pasti menyelerakan.. :) :)

    ReplyDelete
  10. Aromanya pasti memikat selera jiwa.. :)

    ReplyDelete
  11. mcm mahal je harga mknn tu ..

    ReplyDelete
  12. Wah.. Lama beno nak tunggu baru dapat makan. Tapi mesti berbaloi penantian tu.

    ReplyDelete
  13. banyak betul lotong di sini..comel lak..

    lamanya menunggu makanan siap di Aroma Ikan Bakar...ramai orang ke..

    ReplyDelete
  14. so ok tak aroma ikan bakar tu bro...?ada mmber rekemen katanya terbaik di sana...

    ReplyDelete
  15. sedap kan makanan di aroma ikan bakar tu :) ...

    ReplyDelete
  16. Salam MKL.... selain Lotong apa lg yg menarik kat atas bukit tu....

    ReplyDelete
  17. hehe untung monyetnya gak dibakar ya pak hehe just kidd... keren seru pak wah pengen sampe sana dah....

    ReplyDelete
  18. takutnya baca description perigi beracun tu..huhu

    ReplyDelete
  19. Jus Tembikai RM15,00? utk berapa org minum?

    ReplyDelete
  20. hehehe CT dulu naik n turun guna tram.. pemalas nak jalan =P ooowh jeram.. rindunyaa.. dlu selalu jadi port makan2 dgn kawan2.. at least sbulan skali..

    ReplyDelete
  21. Assalam,
    laaaaaaaaaaaaa
    lotong kaaaaa???
    kalo tak kabor tadi memang dok sebut monyet jer la he3
    ker monyet ngan lotong tu sama???? he3 konpius dah

    ReplyDelete