Saturday, 29 November 2014

Gunung Daik, Lingga.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Pendakian ke Gunung Daik
 Bakhtiarsyarif. blogspot.com

mforum.cari.com.my

Untuk ke sana, anda perlu ke Tanjung Pinang serta bermalam di sana sebelum berlepas ke Pulau Lingga.

PANTUN lama Pulau Pandah jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga sering digunakan dalam bicara sebagai penutup kata. Maksud pantun ‘hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga’ menggambarkan tanda penghargaan terhadap segala bantuan yang telah dihulurkan. Ibarat kata, jasamu dikenang. 

Pulau Pandan dan Gunung Daik itu benar-benar wujud di Pulau Lingga,di Kepulauan Riau Indonesia. 

Memang Pulau Pandan berada nun jauh di tengah laut, saiznya kecil dan dianggarkan ada kurang 10 batang pokok di pulau dipenuhi batu tanpa penghuni manusia. Sekadar cukup untuk bot kecil berteduh daripada ribut. Pulau kecil itu adalah sebahagian daripada 377 pulau yang membentuk wilayah Kabupaten Lingga dan hanya 92 daripadanya dihuni manusia. Di sebelahnya kelihatan banjaran tegap membentuk tulang belakang sebahagian daripada Pulau Daik Lingga bersebelahan Pulau Dabo Singkep, di kepulauan Riau Indonesia. Di banjaran itulah berdiri megah puncak Gunung Daik bercabang tiga.

InfoTiga puncak Daik:
Puncak Gunung Daik (paling tinggi)
Puncak Pejantan atau Pinjam Pinjaman (kedua tinggi)
Puncak Cindai Menangis (Cindai Manis) - (paling rendah).

Selain itu anda juga dapat melawat tempat bersejarah di Daik Lingga:


Bekas Istana Dammah

Tapak Pondasi Bilik 44
Mini Muzium di Daik
Benteng Bukit Cenning
Benteng Kuala Daik
Kompleks Makam Temenggong Jamaluddin dan Datuk Kaya Montel di Pulau Mepar
Makam Yang Dipertuan Muda X, Raja Muhammad Yusuf (Makam Merah)
Makam Diraja di Bukit Cengkeh

Pulau Lingga:
Pusat pemerintahan dan pentadbiran Wilayah Kabupaten Lingga
45 minit perjalanan bot pancung dari Pulau Dabo Singkep.


Rujukan

mrsmmersing.blogspot.com

http://trekkingnoob.blogspot.com/.../gunung-daik-1165m...


22 comments:

  1. Wah sy br terbaca info wujudnya gunung daik dan pulau pandan ni di fb kelmarin...harini mkl dh share info! Mmg mnarik minat sy btol nkpi explore nnti.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya share pasal teringin juga ke sana. Juga mengingatkan dan insyallah dengan izin Allah.

      Delete
  2. Ingtkan pulau daik kt negara kita..hehe. .rupanya kt seberang.. kecik aje eh...

    ReplyDelete
  3. baru tau ni...tq berkongsi info...kecilnya pulau pandan n jauh pula ketengah...

    ReplyDelete
  4. maknanya orang yang mencipta pantun ni, memang dah pergi ke Pulau Lingga...huhu..jauh tu..

    ReplyDelete
  5. Mmg bercabang tiga rupanya gunung daik tu... jauh perjalanan org dulu2 yg buat pantun tu. Pastinya pengembara terpelajar & berwawasan spt saudara juga.. Nice sharing.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tengok gunung daik tu... baru tahu kisah sebenarnya.. ingat pantun main2 je.. :D

      Delete
  6. ohh...wujud rupanya gunung daik nih..ingatkan abe MKL dah ke sana..boleh kongsi pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM bila nak pergi.. klu pergi jngn lupa share juga.. :)

      Delete
  7. memang bercabang rupanya gunung ni.... ingatkan cuma di dalam pantun je....
    terbaca juga dlm BBM tadi posting ni... tq tuan sebab syer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saje share. Tujuan sebagai book mark dan insyallah akan ke sana suatu hari nanti. Pantun di atas antara pantun kesayangan saya. Selalu disebut orang Malaysia.

      Delete
  8. Thanks MKL..baru tau gunung daik tu sebenarnya ada..ingatkan pantun suka-suka coz bercabang tiga...he..he

    ReplyDelete
  9. wujud rupanya...bila kita nak pergi ni?hehe..buatlah trip, we olls follow.

    ReplyDelete
  10. gunung daik bercabang tiga... cantik rupanya :)

    ReplyDelete
  11. memang ada gunung daik, bercabang 3 pulak tu...kata2 orang dulu2 ada benarnya...

    ReplyDelete
  12. owh, baru tau kewujudan pulau pandan dan gunung daik.. selama ni igt orang tua2 saja reka je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nun jauh di seberang...di kepulauan Riau Lingga.

      Delete
  13. memang sempoi , nampak ke cabang tiga tuh ?

    jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!

    ReplyDelete
  14. Rupanya mmg betuk ada gunung ni kan. Mesti orang yg cipta pantun, tahu tentang Gunung Daik ni.

    ReplyDelete
  15. saya tak tahu pula tempat tu betul2 wujud =)

    ReplyDelete