Saya & Solat
Oleh Noor Hidayah Hanapi (Cinta)
Jarang-jarang sekali saya dapat solat di masjid atau di bilik hotel bila saya travel ke luar negara..salah satu asbabnya ialah kesukaran mencari masjid yang sedikit di negara majoriti bukan Islam
Saya akan mencari tempat yang suci daripada najis dan bukan tempat yang dilarang solat seperti kubur, tempat pembuangan sampah, tengah-tengah jalan..bukan solat tak sah jika sembahyang di sini, tapi tak digalakkan dalam Islam
Biasanya saya akan mencari tempat lapang untuk solat seperti di taman-taman (Adelaide), di tepi laut (Melbourne), betapa nikmatnya dapat solat sambil disapu angin sepoi-sepoi bahasa, di roof top pasaraya (Filipina) etc
Saya juga pernah solat di bawah tangga pasar raya semasa di Korea..tapi percayalah, solat di tempat begini akan membuatkan hati kita tak tenang kerana kadang-kadang orang yang lalu lalang akan tengok kita semacam je (eh ke iman saya tak kuat )
Berjalan ke luar negara yang tak ada masjid bukan penghalang untuk kita menunaikan kewajipan kepada Allah..Islam itu mudah tapi jangan ambil mudah..Pelajari perkara-perkara asas dalam Islam insya-Allah tiadalah rasa berat untuk melaksanakannya.
Inshaallah lain-lain masa saya kongsi tips travel yang lain pulak
Pun pernah solat di tepi muzium ni di Botanic Garden Adelaide — in Adelaide, South Australia.
Pernah solat di Witungga Botanic Garden ni..agak creepy sebab langsung tak ada orang walaupun masa tu cuaca tersangat la baik..tak tau la mana penduduk tempatan pergi masa ni — in Blackwood, South Australia.
Solat di Springfield ni memang aman damai — in Belair, South Australia, Australia.
Saya solat di celah-celah batu ni semasa di Wilson Prom National Park..agak mencabar sebab angin sangat kuat..tak bawak telekung pulak masa tu, kena pin tudung atas bawah untuk tak bagi tudung melayang — in Yanakie, Victoria.