Friday 25 October 2019

Suka duka mendaki Gunung Kinabalu,Sabah

Daripada maklumat yang diperolehi dari Aki Rumantai,air  terjun yang tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara adalah Air Terjun Jelawang/Stong (305 meter) yang terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Di Asia Tenggara, air terjun yang kedua tertinggi adalah Air terjun Si Gura-gura di Toba, Sumatera Utara setinggi 250 meter. Tetapi yang sebenarnya adalah di Gunung Kinabalu, Sabah air terjun setinggi 700 meter, Air Terjun Kadamaian. Air terjun ini terletak di Taman Negara Kinabalu yang juga diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Cerita ini adalah tentang air terjun, kerana teman adalah pemburu air terjun di kaki Gunung Kinabalu. Tapi, air terjun itu tidak tercapai oleh teman. Yang tercapai adalah Gunung Kinabalu. Teman ingin mencatat serba sedikit catatan suka duka buat  kawan-kawan yang bakal mendaki Gunung Kinabalu.   

Di Kinabalu Park
Teman telah berpeluang mendaki Gunung Kinabalu buat kali keempat. Kali ini dalam usia yang matang dan yang terakhir. Baru disedari ingin memberi peluang kepada diri sendiri untuk mendaki gunung yang lain seperti Gunung Silipan, Thailand, Gunung Fansipan, Vietnam dan Gunung Fujiyama, Jepun. Teman begitu mencintai Gunung Kinabalu yang dianggap sebagai antara yang tercantik di dunia. Mungkin mata masa itu, mata muda belia. Sekarang ini, dalam usia matang, adalah indah khabar dari rupa. Gunung Kinabalu masih tetap di hati kerana tanah air, Malaysiaku sayang. Walaupun telah banyak tempat berjalan, cinta hatiku tetap pada Malaysia. Tidak ada tempat lain, yang boleh dibandingkan dengan Malaysia. Moga roh teman bersemadi dengan aman di Malaysia, tanah air teman tersayang apabila tiba masanya kelak .

Di Timpohon Gate
Di sini, ada sedikit penceritaan tentang suka duka mendaki Gunung Kinabalu yang telah berlangsung antara 10 Okt,2019 hingga 13 Okt,2019. Pertama, teman sangat gembira kerana telah berjaya mendaki dalam usia 50an, usia matang. Teman ingin melihat "Akinabalu" buat kali terakhir. Teman pernah melakonkan drama pentas bertajuk "Akinabalu" di usia 20an. Cerita lakonan kami adalah berkisar di sekitar cerita orang dusun. Masa itu, teman berkhidmat sebagai guru di SMK Telupid, Sandakan. Orang Dusun tidak berani menaiki Gunung Kinabalu kerana mitos mengatakan gunung itu dijaga tobukar, naga yang menjaga puncaknya. Naga itu ialah binatang peliharaan kinorohingan, Tuhan orang Dusun purba. Lagenda mengatakan saat bala tentera cina mendaki gunung itu untuk mencari buliga tobukar/mutiara Naga bagi maharaja mereka yang ingin hidup abadi dengan kekuatan dari buliga. Semua pasukan tentera cina mati kecuali panglima perangnya yang kemudian menikahi gadis tempatan.  
Kedua, guna beg galas yang kalis air. Teman guna jenama Karimor, kalis air ditambah dengan rain cover lagi. Kalau tak larat, boleh gunakan porter. RM15 satu kilo. Biasanya, beg kita akan seberat 5 kilo. Jumlah kesemuanya RM75.00 pergi sahaja. Dua hala RM150.00. Dari segi beg galas, teman telah membuat persiapan yang rapi. Selamat tak basah. 
Ketiga, pastikan jaket tebal semasa mendaki dari Laban Rata ke puncak pada jam 2.00 pagi. Suhu sangat sejuk kadang kala di bawah 10 darjah Celcius.  Semasa dari timpohon gate,T-Shirt, dan seluar trek yang difikirkan sesuai sudah memadai.
Ketiga, Glove dan Snowcap adalah dua aksesori yang perlu semasa mendaki ke puncak jam sekitar 2.00 pagi. Glove adalah penting, selain melindungi anda daripada sejuk, diperlukan kerana pendakian ke puncak banyak menggunakan tali. Kedua-dua aksesori ini digunakan semasa pendakian dari Laban Rata ke puncak sahaja.
Keempat, pilih headlamp yang boleh mengikat pada kepala anda. Mudah untuk berjalan. Ini adalah penting untuk pendakian pada waktu malam yang gelap.  
Kelima, adalah walking stick. Teman bawa dua pasang walking stick. Penting untuk menyelamatkan lutut kita.
Kenam, adalah baju hujan yang kalis air. Ada payung lagi bagus. 
Ketujuh, bawa makanan yang ringan seperti coklat, roti dan makanan power energy. Air sebanyak 2 liter memadai.
Kelapan, bawa ubat-ubatan seperti panadol actifast, pil Chee Kit Teck Aun, minyak cap kapak, minyak panas, spray kaki 100ml Ethylchloride, yoko-yoko dan keperluan perubatan anda sendiri.  

Persiapan semua ok kecuali kasut dan stokin je. Latihan persiapan ke Gunung tidak mencukupi. Sibuk dengan tugasan kerja harian. Maklum le kerja makan gaji macam tu le. Banyak date line yang perlu dikejar. 


Akinabalu di Kundasang

Dukanya, lebih baik pergi dalam musim panas. Agak leceh sekiranya pergi dalam musim hujan. Teman pergi dalam musim hujan. Teman kalah dari segi kasut. Kasut hiking teman jenama baik iaitu karimor tapi menjadi mulut buaya akhirnya. Lebih baik beli yang baru atau nasib tidak menyebelahi teman. Kasut ini telah dipakai beberapa kali sahaja. Mungkin perjalanannya jauh. Dari pintu timpohon Gate, ke Laban Rata adalah kira-kira 6 km dan dari Laban Rata ke puncak adalah kira-kira 3 km. Dua hala adalah kira-kira 18 km. Sepatutnya teman bawa 2 pasang. Harap sahabat-sahabat bawa dua pasang terutamanya musim hujan. Baju hujan tidak boleh menutupi air hujan yang mencurah-curah di sepanjang lorong jalanan pendakian. Kasut basuh dan stokin pun basah. Teman hanya bawa dua pasang stokin. Tak mencukupi sepatutnya 4 pasang stokin. Ini adalah pengajaran buat teman. Kita harus melindungi kaki kita dengan sebaik mungkin. Kita banyak menggunakan kaki. Teman telah mendaki sepanjang 6 km dan bermalam di Laban Rata. Teman mendaki ke puncak pada hari berikutnya, kira-kira 2.00 pagi, sejauh 3 km. Kita turun ke Laban Rata pada masa yang sama, kira-kira 3 km dan terus turun sejauh 6 km pada masa yang sama. Dalam sehari, teman telah berjalan sejauh 12 km. Kaki teman mengalami sedikit kecederaan. Nasib baik, boleh berjalan dengan gagahnya sampai ke Timpohon gate. Sekiranya tidak boleh berjalan, kita boleh menggunakan perkhidmatan angkut. Kita akan didukung dengan bayaran satu kilo adalah RM500. Katakan, kita tidak boleh berjalan sejauh 6 km. Didukung sejauh 6 kilo, jumlah bayaran adalah RM3000.      
Kiram Village

Teman telah membuat persiapan yang rapi kecuali kasut dan stokin yang telah menyebabkan sedikit kecederaan pada kaki teman. Selain itu, kita boleh juga tambah sehari lagi penginapan di Laban Rata. Katakan kita boleh bermalam di Laban Rata. Sebaik sahaja turun dari puncak lebih kurang jam 8.00 pagi. Kita sampai ke Laban Rata, jam 11.00 pagi, kita boleh berjalan-jalan di sekitar Laban Rata sambil  menikmati pemandangan di sekitarnya. Kita boleh turun pada besok pagi kira-kira jam 8.00 pagi. Kita telah berehat secukupnya.     

Akhir kalam, ini suka dan duka pun ada. Suka pasal dapat bantu sahabat yang cedera dan keluar bersama-sama. Teman tiba lewat ke Timpohon gate. Waktu akhir untuk sampai ke Timpohon gate adalah jam 4.00 petang. Selepas jam 4.00 petang, pemandu arah akan meminta RM15 per jam bagi seorang guide. Kiralah berapa pemandu arah yang bersama kita pada masa itu. Teman sampai lewat bukan kerana apa. Kerana ingin memberi sokongan kepada sahabat teman, Shah ICT yang cedera parah di lutut sampai tak boleh jalan dan kena dukung kira-kira 500 meter sebelum sampai ke Timpohon gate. Teman boleh mementingkan diri sendiri dan tinggalkan sahabat teman itu. Tapi kita sebagai manusia tidak boleh memikirkan diri sendiri. Kita hidup dalam masyarakat dan sebagai pendidik yang selalu memanusiakan anak didik kita. Duit boleh dicari. Allah SWT adalah pemberi rezeki. Kami sampai di Timpohon gate jam 8.00 malam. 4 jam terlewat. RM60 bagi seorang guide yang kami kena bayar. Kami ada 4 orang termasuk Shah yang cedera itu. Ada 4 guide yang bersama kami. Setiap daripada kami bayar RM60 seorang. Ibarat kata, "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing." Dalam rezeki kita, ada bahagian pemandu arah itu. Ini dikatakan putaran ekonomi. Kita saling bantu membantu dalam sebuah kitaran ekonomi. Sukanya dapat memberi sokongan moral kepada sahabat yang cedera. Sukanya dapat memberi rezeki kepada orang lain. Dukanya, kami terlewat sampai dan menyusahkan orang lain yang menunggu ketibaan kami. Masing-masing sudah kelaparan. Teman terpaksa akur kerana sudah suratan takdir illahi. Teman ditakdirkan berjalan seiring dengan sahabat teman yang cedera parah itu. Kenangan indah bersamamu, Shah. Sepanjang dalam hiking, sejarah telah tercipta. Ini kali pertama bersama sahabat yang cedera parah. Selama ini seiring sejalan dengan orang yang sihat sahaja. Semua kenangan bersamamu "Akinabalu" indah-indah belaka.

Sacrifice Pool, Puncak Kinabalu



Bersama kawan-kawan di Kiram Village

Read more ...

Monday 7 October 2019

Itinenary Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah Malaysia

Berikut itenary pendakian kinabalu itenary akan berubah mengikut keperluan semasa
Itenary
 Mount Kinabalu View

 At The Top Of The World

 Mount Kinabalu

Tim and Dr Nassier



Day 1 10/10/19
7.25pg - berlepas dari KLIA.
10.10pg - smpai di K.K
11.00pg - menaiki van ke Kundasang
2.00ptg - smpi Kundasang
- makan tgh
3.00ptg - pekan kundasang ( membeli keperluan)
4.00ptg - pendakian sosopodikon hill
5.00ptg - chek in Kiram Village
- aktiviti bebas
- persiapan mendaki kinabalu
- makan malam
- rehat

Day 2 11/10/19
5.00pg - persiapan diri
- solat subuh
6.00pg - bergerak ke kinabalu park
- sarapan pagi
8.00pg - kinabalu park
- pendaftaran
9.00pg - mula pendakian
2.00ptg - sampai di Panabalan rest
house, Laban Rata.
-makan tgh
- aktiviti bebas

Day 3 12/10/19
1.00pg - wakeup call
2.00pg - mula pendakian
5.00pg - sampai peak
- summit sunrise
- photo grop
7.00pg - bergerak turun
9.00pg - sarapan di panabalan rest house
10.00pg- chek out
2.00ptg - smpai di kinabalu park
3.00ptg - bergerak ke k.k
6.00ptg - chek in hotel shangri La K.K
8.00mlm - pasar Filipina
- makam malam (seafood
Lobster) tong2 duit.

Day 4 13/10/19
8.00pg - persiapan diri
10.00pg - berlepas ke KLIA
1.00tgh - sampai di KLIA
Read more ...

Tuesday 1 October 2019

Kluang Rail Coffee

Kluang, Johor.

Kluang Rail Coffee.

Tempat yang best untuk sarapan pagi. Tak mahal mana pun. Makan roti, nasi lemak, kopi kluang dan telor separuh masak. Lawat Menantu dan anak yang bekerja sebagai doktor di Hospital Kluang. Di samping itu  Lawat cucu yang ketiga, Aqeel lahir 9.9.19. Moga tali persaudaraan kekal sampai ke Jannah. Moga Aqeel sihat, dan berjaya dunia akhirat.



Suasana dalam Kluang Rail Coffee



Tiga anak beranak

Ibu dan anak

Besan kami di Johor 

Stesen Keretapi Kluang

Bersama Chinta untuk mendaki Gunung Lambak

Read more ...