Showing posts with label Chinese New Year. Show all posts
Showing posts with label Chinese New Year. Show all posts

Saturday, 1 February 2014

Xin Nian Kuai Le

Gong Hi Fatt Chai


Beijing, China. [Kredit]

Pihak Kakitravelkhairuddin. serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Gong Hi Fatt Chai. @ The Greetings of Riches. Semoga bertambah kaya atau makmur. Perkataan itu sangat ong dan awesomeness di kalangan masyarakat Cina. Xin Nian Kuai le bermaksud semoga berbahagia di tahun baru. Itu di antara ucapan yang seringkali digunakan dalam masyarakat Cina. 

Orang Cina sangat mementingkan elemen Ong dalam kehidupan mereka. Terutama memilih tarikh untuk berpindah rumah, aturan hiasan kediaman, warna dan sebagainya.  Ong bermaksud bertuah. Tahun ini adalah tahun Kuda. Kambing - 19 Februari 2015, Monyet - 8 Februari 2016, Ayam - 28 Januari 2017, Anjing - 16 Februari 2018 dan Khinzir - 5 Februari 2019. Antara binatang lain yang tidak tersenarai adalah tikus, lembu, harimau, arnab, naga dan ular.

Maksud Tahun Baru Cina

Perayaan Tahun Baru Cina bukanlah perayaan keagamaan. Perayaan itu lebih berkait dengan kebudayaan. Masyarakat Cina menyambut tahun baru mengikut kalendar Qamari Cina. Kelendar Cina terbahagi kepada kitaraan 12 tahun dan setiap tahun ada seekor binatang yang disenaraikan.Bermaksud ada 12 jenis binatang kesemuanya dan setiap binatang itu akan berulang semula selepas kitaran 12 tahun. Bagi Cina yang beragama Islam, tahun baru adalah 1 Muharram dan Tahun Baru Cina sekadar perayaan kebudayaan semata-mata.  

Legenda Tahun Baru Cina 

Alkisah, Nian adalah seekor raksasa yang berasal dari kawasan pergunungan. Dalam versi lain, Nian dikatakan berasal dari dasar laut. Nian akan muncul setiap 11 tahun sekitar musim sejuk untuk memakan manusia.

Untuk menghalau raksasa ini, manusia perlu meletakkan warna merah dan letupan bising yang sangat kuat. Dengan adat dan kepercayaan ini, telah membawa kepada perayaan tahun baru yang pertama iaitu Guo Nian iaitu menyambut tahun baru atau meredah raksasa Nian.  

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada bangsa Cina. Semoga bertambah makmur. Semoga diberi hidayah  oleh Allah SWT serta memahami tujuan kita diciptakan. Semoga kalian menyiapkan diri untuk berpindah ke alam syurga yang kekal abadi. Amin, insyallah semoga diberi nur cahaya kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. 
Read more ...