Thursday 3 September 2020

Video Mendaki Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu bharu

1. Nama Bukit : Bukit Batu Pahat

2. Ketinggian : 410m/1345 ft

3. Mendaki : 1 jam 30 minit

4. Rehat : 1 jam

5. Turun : 1 jam

6.Jarak : 6 km

7.Rating : Moderate

8.Cara hendak ke sana :  Waze Institut Kemahiran Belia Negara Pertak.( IKBN), Kuala Kubu Bharu.

                                      Jalan Ampang Pecah, Kampung Ampang Pecah, 44000 Kuala Kubu Baru.

9.Starting Point mendaki : Terletak di antara IKBN dan MRSM Kuala Kubu Bharu. Ada satu lorong mendaki untuk ke puncak Bukit Batu Pahat. Kita boleh bertanya kepada pengawal pondok sama ada IKBN, Pertak atau MRSM Kuala Kubu Bharu.

10. Senarai  peralatan yang perlu dibawa adalah seperti berikut :

      i.Air mineral 1.51 & 500ml energy drink

     ii.Makanan untuk lunch

    iii.Baju hujan

    iv.Power bank

    v. Ubat-ubatan peribadi (Krim sakit urat, panadol )

   vi.Glove

   vii.Tongkat  

   viii.Tshirt atau seluar tambahan.

11. Liku-liku Perjalanan ke Puncak : Single Trek. Ada bahagian yang mencanak. Bertar merah dan trek untuk 4WD. Puncak merupakan tempat pertemuan untuk para gliding. Kalau hujan, trek agak licin dan lecak. 

12. Overview dari atas puncak : Kawasan berumput yang sesuai untuk duduk-duduk bersantai, pemandangan ke bawah adalah Darul Quran dan bandar Kuala Kubu Bharu. Juga deretan Banjaran Titiwangsa.  Ada batu bongol yang besar. Anda boleh ke batu belah, hiking ke bawah kira-kira 500 meter dari puncak bukit. Itu satu bahagian yang lain.

12. Lain-lain maklumat : Ada dua laluan untuk ke puncak bukit: Pertama: laluan hutan

Kedua: laluan jalan tanah merah yang boleh dilalui oleh 4x4. Untuk pendakian kali ni, kami memilih laluan kedua.

13. Aktiviti selepas hiking : Boleh singgah ke Warung Cendol Pak Samad depan Masjid Jamek Al-Rahimah untuk menikmati cendol yang beraneka pilihan dan Nasi Goreng Daging Salai. 

Tak tergambar keindahannya dek mata , tak terkata jiwa teman ini, pedih dihimpit jiwa yang lara kalau tidak ke sini. Anda pasti tidak akan menyesal sekiranya menghabiskan sebahagian daripada cuti di sini.

Bukit Batu Pahat pasti tidak mengecewakan anda dengan view yang memanah ke lubuk hati anda. Juga tidak ketinggalan aktiviti paragliding yang ohsem. Sebelum kome tengok dengan mata kepala sendiri keindahan Bukit Batu Pahat, jom kita saksikan dulu keindahan view dan aktiviti paragliding di pautan video di bawah :


 


https://www.youtube.com/results?search_query=it%27s+hyeda+napi

Read more ...

Friday 21 August 2020

Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu, Selangor

 Bukit Batu Pahat. Ketinggian 410m atau 1345 ft. Terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Waze Maktab Rendah Sains Mara, Kuala kubu Bharu. Single track. Jalan masuk terletak antara MRSM, KKB dan IKBN, Peretak. Tanya je pondok pengawal IKBN, Peretak. Depa boleh bagi tahu. Bak kata, " Malu bertanya sesat jalan". Yang bestnya selepas hiking boleh le makan Cendol Pak Samat yang terletak depan Masjid Jamek Al-Rahimah. Boleh cuba nasi goreng daging Salai. Boleh tahan sedap juga.

Perjalanan ke puncak lebih kurang sejam. Bagi teman, trek adalah biasa dan semua adalah bertar merah, sesuai untuk 4WD. Ini adalah laluan untuk para peserta paragilding. Apabila sampai ke atas, selain memanjat bongkah batu yang besar untuk bergambar di sebelah kanan anda, anda boleh menikmati aksi para peserta paragilding. Itu yang bestnya. Padang rumput di atas puncak bukit juga cantik saujana mata memandang. Saya suka duduk di atas rumput sambil menikmati pemandangan yang indah. Satu lagi tempat yang menarik adalah Batu Belah, kira-kira 500 meter dari batu bongkah yang besar juga berbaloi untuk anda ke sana. Anda perlu ke bawah dari batu bongkah yang besar itu. Di situ juga penuh dengan batu bongkah yang besar, view adalah ke arah bandar Kuala Kubu Bharu.


Batu besar di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu


Pemandangan yang cantik ke arah bawah Bandar Kuala Kubu Bharu

Teman memang suka memanjat bongkah batu yang besar untuk bergambar.


Chinta, teman hati beta.


Begitu cantiknya awan dan pokok yang mencakar langit yang biru.

Read more ...

Friday 17 April 2020

Asam Pedas Muar

Tanjong Malim,Perak. Teman nak share resipi asam pedas Chinta. Chinta memang pandai masak. Sebut apa sahaja, maka jadilah seperti yang kita idamkan. Mane le idaknya kemahiran memasak teman jadi tumpo.
Rasanya macam masak asam pedas Muar. Bahan-bahan asam pedas ni adalah seperti berikut :
1. Bawang Merah/bawang putih/halia/belacan-kisar
2. Cili Kering-kisar
3. Minyak untuk ditumis sehingga pecah minyak
4. Air Asam jawa
5. Ikan Merah/tenggiri/pari/siakap/kembong
6. Daun kesum
7. Bendi
8. Tomato
9. Garam secukup rasa
Cara-cara masak:
1. Tumis bahan (1) sampai pecah minyak
2. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak
3. Bancuh asam jawa dengan segelas air kemudian tumiskan sampai pecah minyak lagi sekali. Masa ni masukkan separuh daun kesum
4. Bila dah nampak minyak mula keluar, masukkan air. Masukkan air ikut kepekatan yang disukai
5. Bila kuah dah mendidih masukkan ikan, bendi, daun kesum, tomato
6. Masukkan ikan akhir sekali kalau ikan tu jenis yang cepat hancur macam ikan kembung
7. Perasakan dengan garam
Sedap bila dimakan dengan nasi panas, telor dadar dan ulam.
Nyeghogin Chinta bila teman mentong. Ate.

Asam Pedas Chinta

Read more ...

Tuesday 14 January 2020

Jaman Tory, Kuantan

 Kuantan, Pahang

Makanan sedap. Semua secukup rasa mengikut selera saya. Teman paling suka daging salai ditambahnya ikan pekasam dan sambal tempoyak. Apatah lagi dengan minuman asam girl. ( asam boi dan lemon). Sekiranya anda singgah ke Kuantan, jangan lupa singgah ke kedai ini untuk menjamu selera. Waze je anda pasti sampai.Terima kasih Allah SWT.



Jaman Tory


Entrance Kedai Makan Jaman Tory

 Gulai Daging Salai

 Tambahan kepada gulai daging salai, diberi sambal tempoyak dan pekasam

 Tempoyak ikan patin


Asam girl (Asam boi campur lemon)
Read more ...