Showing posts with label Taiping Perak. Show all posts
Showing posts with label Taiping Perak. Show all posts

Wednesday, 15 April 2015

With love from Taiping : Pengalaman Hutan Hujan Malaysia

Zoo Taiping (Visiting the Malaysian Rainforest Experience)

Bring people close to the nature. Open between 830 am - 600 pm. Open everyday throughout the year include Sundays and Public Holidays. Entrance fee : Adult : RM 16.00. Children : RM8.00. Disability : Free of Charge. Video and Camera fee of Charge. Zoo Mini train : Free of Charge. The animals are usually feed in the morning between 10am to 12pm.

Ini adalah entri yang terakhir bercuti seisi keluarga ke Taiping dan Kuala Sepetang. Akan muncul lagi cuti kami sekeluarga siri ke 2 tahun 2015. Saya memilih untuk ke Zoo Taiping dan tidak ke Night Safari. Saya pernah ke Night Safari Taiping suatu masa dahulu. Kami tidak nampak banyak binatang dengan jelas  pada waktu malam, terasa rugi. Ternyata pandangan saya benar pada hari ini. Lebih berbaloi datang pada waktu siang hari berbanding malam

Zoo Taiping adalah zoo tertua di Malaysia. Dalam terbitan kali ini, saya hanya memilih binatang tertentu kesukaan saya. Banyak binatang sebenarnya di Zoo Taiping. Moh kita lawat Zoo Taiping.   

 Merak di Kayangan

 Gorilla

 Chimpanzee

 Singa

 Zebra

 Beruang Matahari

 Zirafah

 Walabi

 Sepasang Angsa

 Badak Sumbu

 Seladang

 Segerombolan Gajah

Selamat tinggal Zoo Taiping dan Night Safari
Read more ...

Tuesday, 14 April 2015

With love from Taiping : Charcoal Factory

Kilang Arang di Kuala Sepetang

Anda boleh menelefon Mr Chuah di talian 0125739563 untuk meminta keizinan untuk melawat kilangnya. Mr Chuah memberi kebenaran kepada saya untuk melawat kilangnya tanpa mengira masa. Kilangnya dibuka 24 jam. Ada penjaga di sana. Anjing-anjing yang ada mesra-mesra belaka.

Tetapi elok datang di awal pagi. Semua aktiviti dijalankan di awal pagi. Anda dapat melihat bagaimana kayu balak dipindahkan ke kilang melalui bot kecil. Proses pengeringan kayu sehingga proses kulit kayu dibersihkan. Kemudian, bagaimana kayu diletakkan ke dalam glove atau oven untuk dibakar menjadi arang. 

Begitu enaknya kita menikmati satay dan bbq. Di sebalik itu, ada insan yang menderita kerana kudrat demi sesuap nasi. Saya telah menyaksikan dokumentari 'Suri Kuala Sepetang' mengenai isteri-isteri yang menolong suami mereka bekerja di kilang Arang di Kuala Sepetang. Air mata menitis tanpa disedari. Sendu dan sayu di sudut hati kaki travel.  

Arah tanda utama adalah sebelum Hutan Paya Laut Matang di sebelah kanan dari Taiping. Kilang Arang di sebelah kiri anda. 


Kami sekeluarga melawat kilang arang pada hari terakhir di sebelah pagi.

Dapur Arang Ang Lay Poat Sdn Bhd

Gadis-gadis Ayu bumi Mua'alim

Jejak-jejak tapak kami

Kubah berbentuk glove dipanggil Tanur

Dapur arang atau oven berbentuk seperti Iglu berwarna kecoklatan

Untuk memperolehi arang bermutu tinggi, suhu api mesti dijaga peringkat demi peringkat.

Begitu lenanya Sang Anjing

Setiap tanur terdiri daripada batu-bata dan memerlukan 25,000 bongkah batu untuk membangunkannya.

Setiap tanur boleh memuat sehingga 1500 batang kayu arang  yang  mencecah 50 tan.

Proses pembakaran kayu mengambil masa 30 hari untuk menghasilkan arang berkualiti tinggi. Kayu di masak dalam suhu yang berbeza-beza. 10 hari api besar, 10 hari api kecil dan 10 hari lagi untuk proses penyejukkan arang.

Arang dibungkus mengikut gred dan di pasarkan ke Jepun dan Korea antara pasaran utama bagi tujuan pembuatan alat-alat solek dan pencuci muka.  
Read more ...

Friday, 10 April 2015

With love from Taiping : Kilang Kopi Antong

Lawatan Sambil Belajar

Entri Cuti-cuti ke Taiping belum habis lagi. Kita lihat kembali Jadual lawatan seperti berikut :

Hari Ketiga (21 Feb 2015)

1. Kaki Bukit Larut dan kolam renang Kemahkotaan
2. Kilang Kopi Antong
3. Kilang Arang Kg Dew
4. Zoo Taiping

Kami tidak tidak sempat berjogging di Kaki Bukit Larut dan ke kolam renang kemahkotaan. Lain kali sahaja. Pagi itu kami terus menderu ke Kilang Kopi Antong.

Lokasi : Antong Coffee Mill
              8A, Jalan Assam Kumbang,
              34000 Taiping, Perak

              GPS : AUNTONG SDN BHD
              Email : antong1933@gmail.com
              Website : www.antongcoffeemill.com.my

Waktu perniagaan : 830 pagi hingga 600 petang
Appointment : H/P 0123051106, 0149000055, 0195680008

Kilang Kopi Antong telah diasaskan oleh En. Tiah Ee Mooi pada tahun 1933. Kilang kopi ini adalah kilang kopi yang terlama di Malaysia dan telah melalui tiga generasi. Kami berpeluang merasai proses pembuatan kopi. Anda dapat merasai suasana pagi yang dicengkam oleh keharuman asap kopi yang dibakar menggunakan kayu api. 

Kilang Kopi Antong

'Chang Chun Pu' adalah salah satu tempat tinggal semasa Dr. Sun Yat-Sen dengan Chen Cui-Fen (teman kepada Dr. Sun Yat-Sen) semasa berada di Taiping. Kini, menjadi pejabat pentadbiran kilang kopi Antong.

Pelbagai jenis jenama kopi dunia 

Along dan Angah

Kembar tak seiras

Pejabat Pentadbiran Kilang Kopi Antong

Anda bukan sahaja merasai pelbagai jenis produk keluaran Antong tetapi juga pameran barang-barang antik simpanan Antong.

Gadis-gadis di rumahku

Doa agar kami bahagia sampai ke Jannah

Haruman aroma kayu api

Alangkah enaknya bila kopi dicecah dengan roti kok

Pusat Jualan Kopi Antong

Kesimpulannya, kami telah memperoleh 5 dalam 1 daripada lawatan ke Kilang Kopi Antong. 

Lima kebaikan yang diperolehi adalah seperti berikut :
(i) Education : Pendidikan
(ii)Taste : Rasa
(iii)Knowledge : Ilmu
(iv)Heritage : Sejarah
(v)Experience : Pendedahan  
Read more ...

Wednesday, 1 April 2015

With love from Taiping : Kunang-kunang atau Kelip-kelip di Kuala Sepetang

Kunang-kunang Kampung Dew di Sungai Sepetang



Selepas makan mee udang di Salleh Stall, kami bergegas ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang. Saya telah berjanji untuk menyertai kumpulan lain melihat kelip-kelip berterbangan liar pada waktu malam. Kami terpaksa menyertai kumpulan lain untuk mendapat harga istimewa. Seorang dikenakan harga RM22. Sekiranya 15 orang ke atas dikenakan harga RM20 


Kamera saya bukan jenis yang dapat menangkap gambar kelip-kelip. Gambar di atas adalah dari kamera Arild Hagen Norway. Saya hanya dapat menceritakan pengalaman saya. Saya pernah melihat kelip-kelip di Kuala Selangor. Saya lihat tertarik dengan kelip-kelip yang ada di kuala Selangor berbanding dengan Kampung Dew di Sungai Sepetang. Kedua-dua tempat itu adalah antara tiga kawasan perlindungan kelip-kelip paling penting di dunia. Satu lagi tempat adalah di Great Smoky Mountain National Park di Tennessee, Amerika Syarikat.

Di sini, kami menaiki bot laju menyusuri sepanjang tepi Sungai Sepetang. Di kuala Selangor, kami menaiki sampan dan dapat melihat dengan jarak yang lebih dekat lagi. Menurut jurucakap, kelip-kelip hinggap pada Pokok Berembang (sonneratia caseoraris). Pokok Berembang adalah satu spesies pokok bakau.

Kelip-kelip adalah kumbang bersayap. Mereka kelihatan bercahaya atau pada perutnya boleh berwarna kuning, hijau, atau merah pucat. Hanya Kelip-kelip jantan yang boleh terbang. Kelip-kelip betina hanya menunggu di tanah. Ia  boleh hidup selama 30 hari tanpa makan. Kelip jantan mati selepas mengawan. Kelip betina mati selepas bertelur.

Saya dapat melihat mereka suka menyala bersama. Kelip-kelip juga suka menyala secara berirama.

Sekiranya ada peluang, lawatlah kedua-dua tempat kelip yang terkenal di Malaysia. Sumbanglah kepada sosio-ekonomi penduduk Kuala Sepetang dari segi tarikan pelancong. Kedua, sebagai penunjuk kualiti alam sekitar apabila iklim berubah seperti pemanasan global. 

Hubungi En. Abd Wahab (019-5547310). Harga sebelum GST. (1 April 2015). Firefly seorang RM22 dan 15 orang ke atas RM20.  

Selain, itu anda boleh mengikuti aktiviti yang lain seperti memberi helang makan, melihat matahari terbenam, dan melihat bangau dengan bot. 

Egret(Bangau) 1 Person RM8 dan 15 People above RM7.
K. Sangga Feed the Eagles 1 Person RM22 dan 15 People above RM20.
Sunset 1 person RM22, 15 People above RM20.
Min 6 People. Boleh join orang lain.

Aktiviti melihat kunang-kunang mengakhiri malam kami. Ini adalah hari kedua (20 Feb 2015). Hari pertama (19 Feb 2015) kami dipenuhi dengan perjalanan ke homestay di Kamunting. Kami telah singgah di Pasar Changkat Jering pada hari pertama. 
1.  Jogging di Taman Tasik Taiping
2.  Muzium Taiping
3.  Muzium Matang Kota Ngah Ibrahim
4.  Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang
5.  Stesen Keretapi Kuala Sepetang (Port Weld)
6. Jambatan Kuala Sepetang untuk menikmati suasana matahari terbenam di Perkampungan nelayan
7.  Makan mee udang Kuala Sepetang
8.  Kelip-kelip Kampung Dew




Read more ...

Monday, 30 March 2015

With love from Taiping : Mee Udang Kuala Sepetang

Menu Istimewa Kuala Sepetang

Kalau anda bercuti atau singgah di Kuala Sepetang, jangan lupa cuba mee udang Kuala Sepetang. Setakat ini saya telah mencuba 3 buah warung mee udang Kuala Sepetang. 

Lokasi Mee Udang. Sekiranya anda dari Taiping menghala ke pekan Kuala Sepetang, anda akan jumpa Warung Mee Udang Mak Teh terlebih dahulu, kemudian Mee Udang Mak Jah. Akhir sekali, Mee Udang Port Weld atau Salleh Stall. Salleh Stall terletak dalam pekan Kuala Sepetang. Salleh stall terletak berdekatan dengan Balai Polis Kuala Sepetang.

Mengikut citarasa atau tekak saya, saya paling suka Mee Udang Mak Jah, diikuti dengan Mee Udang Mak Teh dan akhirnya Mee Udang Port Weld. Lain orang lain rasanya. Itu tekak saya. Rasa kita tak sama. Tepuk dada tanya selera masing-masing. 

Terima kasih Cinta kerana sudi belanja kami anak beranak. Tahniah Cinta kerana naik pangkat ke DG 44. Semoga murah rezeki dan dirahmati Allah S.W.T. selalu.

 Kaki Travel di Warung Salleh Stall atau Mee Udang Port Weld

 Warung Salleh Stall yang asal

 Tambahan Salleh Stall untuk menampung bilangan pelanggan yang semakin bertambah

Sang Helang menerjah

 Mee Udang Mak Jah (khaikerr.blogspot.com)

Mak Teh Mee banjir Udang (Joinme.com.my)
Read more ...

Thursday, 26 March 2015

From Taiping with love : Senja di Kuala Sepetang

Muara Sungai Kuala Sepetang

Kami telah berjalan-jalan di sekitar Pekan Kuala Sepetang. Sepetang merujuk kepada keindahan sinaran merah matahari di ufuk barat. Sinar merah suria di titik horizon Selat Melaka meninggalkan nostalgia buat kami sekeluarga. Sehingga anak kami, Nassier mengatakan bahawa alangkah bahagianya mempunyai sebuah rumah di muara sungai kuala Sepetang, menikmati senja dan malam hari sambil menikmati secangkir teh.   Kami ingin menikmati dan menghayati mentari terbenam di Kuala Sepetang. Nama asal Kuala Sepetang adalah Port Weld. Dahulunya, Port Weld adalah sebuah pelabuhan yang penting bagi pelombong bijih timah dengan adanya landasan keretapi pertama Tanah Melayu yang menghubungkan Taiping dengan Port Weld. 

Kuala Sepetang adalah terletak di kuala Sungai yang menghadap Selat Melaka. Kuala Sepetang mempunyai hutan bakau yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Antaranya, kayu arangnya mempunyai nilai komersial yang bermutu tinggi. Matang, Au Long, Kamunting dan Taiping adalah jiran-jirannya yang berdekatan.  

 Nelayan-nelayan tengah berehat di muara sungai

 Anda boleh menyewa bot sambil menyusuri Kuala Sungai Sepetang

 Deretan rumah tersusun di sepanjang muara sungai

 Deretan rumah dalam air

 Terkenang Kampung air yang banyak terdapat di Sabah,Sarawak dan Brunei

 Bot-bot nelayan yang tersusun indah di tepi muara Sungai Kuala Sepetang

 Para Pelancung menikmati keindahan sinaran merah matahari di ufuk barat. 

 Jambatan Kuala Sepetang, di sini saya menikmati senja mentari di ufuk barat

 Cinta dan anak-anak semua kesayangan abah

 Nassier dan Naim, anak-anak kesayangan abah

 Senja semakin merangkak tiba

Bot-bot nelayan tengah melabuhkan tirainya
Read more ...