Ungu Lavender
Pokok Jacaranda, Sydney.
Sydney.com
Pokok Jacaranda, Sydney.
Sydney.com
Read more ...
Pokok Jacaranda, Sydney.
Sydney.com
Sydney.com
Jacaranda bermaksud kayu keras tropika yang berbau wangi. Pokok hiasan yang boleh mencapai ketinggian 30m. Seluruh pokok akan mula berbunga pada penghujung musim bunga. Pada masa itu, semua pokok akan dilputi oleh bunga-bunga Jacaranda. Saya diperkenalkan oleh anak saya, Dr. Nassier semasa berada di Melbourne pada awal bulan Disember, 2015.
Pokok ini akan mula berbunga pada penghujung bulan Oktober setiap tahun. Sekarang pokok Jacaranda telah mula melanda bandar Sydney, penghujung bulan Oktober,2016. Seluruh bandar itu akan berwajah ungu kebiruan atau pun ungu Lavender.
Teman teringin ke Jacarandas Walk South Africa. Terdapat kira-kira 10 juta pokok keseluruhan di bandar raya Johannesburg, Afrika Selatan yang menghijaukan kawasan itu. Setahun sekali wajah bandar Johannesburg akan berubah dari hijau kepada ungu kebiruan. Terdapat 49 jenis spesies Jacarandas (jenis pokok tertua di benua Amerika Selatan) yang juga spesies yang sama terdapat di Uruguay, Brazil, Peru dan Argentina. Pokok-pokok ini dikatakan telah dibawa masuk ke Afrika Selatan sejak lebih dari 100 tahun dahulu. Lokasi yang cantik menawan yang dihiasi dengan bunga-bunga warna ungu ini terletak di sepanjang perjalanan di banyak lokasi menuju bandar raya Johannesburg.
Sumber dariapda Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jacaranda ialah genus 49 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Bignoniaceae, berasal dari kawasan tropika dan subtropika Amerika Tengah, Amerika Selatan, Cuba, Hispaniola, Jamaica dan Bahamas. [1] Ia telah ditanam secara meluas di Asia, terutama di Nepal. Ia juga biasa terdapat di Afrika Selatan, Zimbabwe dan Australia. Ia telah diperkenalkan di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Nama genus ini juga digunakan sebagai nama biasa.