Wednesday 30 April 2014

Santuari Ikan Sungai Chiling

Letak di Kuala Kubu Bharu jalan menghala ke Fraser Hill

Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, anda perlu exist tol Sungai Buaya, menghala Ke Rasa/ Bandar Kuala Kubu Bharu. Tol Sungai Buaya dibuka dengan rasminya pada bulan Januari 2014. Perjalanan dari kuala Lumpur ke Kuala Kubu Bharu lebih kurang 70 KM. Jika anda dari Utara exist tol Tg Malim, terus dan belok ke kanan dan terus menghala ke Pekan Kuala Kubu Bharu.  

Santuari Ikan Sungai Chiling terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan menghala ke Fraser Hill. Kalau dari bandar Kuala kubu Bharu cari jalan ke Fraser Hill. Landmark yang penting anda perlu jumpa Empangan Kuala Kubu dan lebih kurang 10 KM sampai le ke tempat ini. Biasanya, anda melalui jambatan sempit dan di sebelah kanan tempat letak kereta untuk Kawasan perkelahan Air terjun Chiling. Anda teruskan perjalanan sehingga ternampak kereta parking kiri kanan bahu jalan kira-kira sampai le tu. Cari pintu gerbang tulis Santuari Ikan Sungai Chiling. Itu kira jalan masuk. Selamat berjungle trekking. Tiba-tiba teringat kat Rein. Kan blognya Janggeltrekker's life.

 Anda perlu melepasi Empangan Kuala Kubu Bharu
  
Selepas Empangan Kuala Kubu Bharu, anda akan sampai ke Jambatan sempit dan tempat letak kereta di sebelah kanan jalan menuju ke Air Terjun Chiling. Jalan lagi sehingga terjumpa kereta terletak di kiri kanan bahu jalan. Santuari Ikan terletak di sebelah kanan jalan. 

Jalan masuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling. Palang itu bertujuan menghalang kereta masuk. Terus berjalan sehingga anda jumpa dengan pejabat atau kawasan perkemahan. Jalan sehingga lebih kurang 500 m. Bayaran masuk adalah RM1. Bagi yang ingin bermalam, boleh berkemah di tapak perkemahan yang disediakan. Deposit perkemahan adalah RM10 seorang. Deposit itu bertujuan memastikan kebersihan di sekeliling khemah.

Hanya dibuka hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tutup pada hari Isnin sehingga Khamis. Masa dibuka adalah dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Ini adalah lintasan 1. Anda perlu mengharungi 6 lintasan sebelum sampai ke air terjun di penghujung lintasan anda. 5 Lintasan adalah kawasan berair. Ada surau, wakaf dan tandas di sini. Siap buang air dahulu. Kalau terdesak, buang air dalam semak atau dalam air je. Nanti digigit sang ikan atau mohon sembah datuk moyang untuk kencing. Pengsan terus baca statement ini. Ada aku kisah. 

Pemandangan yang begitu indah. Jangan lupa bawa beg kalis air bagi menyimpan barang-barang anda dari dimasuki air. Laluan Denai adalah bersebelahan sungai. Anda akan melintasi banyak lorong tikus atau denai kecil.  

Banyaknya ikan kelah di sepanjang perjalanan. Memang teruja.  Anda dilarang memancing atau menjala ikan dan sekiranya ingkar akan didenda. Bawalah makanan ikan atau boleh beli sebungkus RM2 dari kaunter bayaran tiket. Geram tengok ikan-ikan tu.

Anda dinasihat bawa beg kalis air dan botol minuman seperti yang kami bawa. Masuk makanan ke dalam tupperware. Jangan sesekali bawa botol mineral atau makanan dalam plastik. Ini sudah pasti mencemarkan sungai. Maka anda perlu deposit sekurang-kurangnya RM50 sekiranya anda membawa botol-botol mineral dan plastik-plastik makanan. Sekiranya anda tidak berjaya membawa sampah sarap makanan keluar dari jungle trekking,maka anda anda kehilangan wang deposit RM50.

 Lintasan sungai yang menarik tetapi berair. Jadi, pakailah kasut atau sandal yang sesuai.

Ini adalah salah satu lintasan sungai. Airnya deras semasa hujan atau musim hujan. Semasa kami pergi, ini adalah musim kemarau, jadi airnya kurang deras. Memang tempat kegemaran muda-mudi. Mat Saleh pun ramai di sini.

Lintasan 6 adalah lintasan yang terakhir sekali. Jalan keluar ke tapak perkemahan atau opis kaunter tiket , anda perlu lintas balik semua lintasan tadi sampai le ke Lintasan 1, penghujung jalan keluar.

Air Terjun Santuari ikan Sungai Chiling, ini adalah ganjaran buat anda. Lubuk air terjun untuk mandi-manda. What a beautiful view.

Sampai sudah ke Santuari Ikan Sungai Air Terjun Chiling, penghujung jalan setelah penat berhempas pulas. Kan, anda kena bersusah payah dahulu sebelum sampai ke tempat yang indah. Biasanya selepas menempa tempat yang berliku-liku dan  curam akan terjumpanya lembah yang begitu indah sekali.
  
Airnya begitu dingin sekali, boleh le rendam-rendam badan. Ikan dok main keliling kita  tahap kaki je. 

Mana-mana kawasan, anda senang jumpa ikan kelah dan batu-batan. Ikan dok main celah kaki dan kangkang semasa mandi. Kena pandai teknik menepuk ikan. What a fish.  

Selamat jalan jambatan gantung yang tak berapa gantung. Ada rezeki dan umur yang panjang, datang lagi. Kawasan ini sesuai untuk trip sehari, berkelah dan BBQ di tepi sungai sambil beramah mesra dengan ikan-ikan kelah.

Anda boleh memanggil En. Shukri (0133089463) untuk memastikan kesesuaian untuk berjungle trekking. Sekiranya hujan deras, maka airnya akan naik dan berbahaya. Katakan anda ingin pergi pada hari Ahad, talipon En. Shukri pada malam sabtu untuk kepastian. Kalau jawapannya mengecewakan, anda masih boleh berjungle trekking ke Fraser Hill menikmati keindahan alam di sana. Perasaan kita tu perlu dilayan dan ditepuk amai-amai belalang kupu-kupu. 

70 comments:

  1. Cantik.. suka tengok air terjun tu. Dpt berendam dikepanasan tengah hari cuaca malaysia mmg nikmat sungguh tu.. nyaman.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendam terus ... Pasal mentari panas terik & membahang waktu tu.

      Delete
  2. hehe baguih betoi syarat2 larangan kat sini, macam tu la caranya untuk memelihara kebersihan sungai, kasi denda jer sapa yang tak mau patuhi syarat ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya semua tempat rekreasi perlu dikenakan syarat. Pasal rakyat Malaysia hanya menjaga kebersihan rumah masing-masing je.

      Delete
  3. Banyak juga halangannya nak sampai sini ye... tapi memang cantik dan bersih tempatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok je. Cuma saya disengat penyengat je... bro mesti ke sana sekiranya ada masa. Boleh bermesra dengan ikan-ikan kelah yang jinak- jinak merpati.

      Delete
  4. Keindahan khazanah alam yang tidak terungkap

    ReplyDelete
  5. last tu baru perasan kuala kubu kat selangor . ingatkan kat perak ... cantik sgt tptnya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuala kubu bharu itu selangor punya... On the way ke bukit fraser & kuala Lipis, Pahang.

      Delete
  6. jernihnyer air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jernih pasal ada peraturan sama ada berkelah, berkhemah & jungle trekking..

      Delete
  7. saya pernah makan ikan kelah merah..sanagt sedap dan manis.....sekilo harga rm250 nasib baik boleh makan free masa daki gunung tahan ari tuh... air jernih giler kot..geram jer nak mandi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung bro dpt makan ikan kelah merah tu.. Rezeki betul.

      Delete
  8. lawa pemandangan tambah2 kat air terjun.. jernih air..
    bgus buat undang2 mcm tu..barulah kita diajar utk jaga kbersihan..
    klau stakat ckap mlut memang x bkesan..denda je makanya... baru org ingat,,..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat Malaysia perlu diajar menjaga kebersihan. Deme hanya jaga kebersihan laman rumah masing-masing je..

      Delete
  9. sangat menarik ni.. pasti akan contact en. Shukri utk arrange jugle tracking kat sana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib pergi.. Rugi pasal bukannya susah nak berjungle trekking.. Jalan-jalan santai je..broga hill lagi payah.

      Delete
  10. Dulu masa kursus BTN kat Kuala Kubu Bharu pernah jungle trekking waktu malam ke kawasan sungai, denainya kiri kanan hutan, adakah itu santuarinya? Signboard zumal tak perasan pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa cuba pergi sekali lagi mengimbau kenangan lalu.

      Delete
  11. Abe Mkl dari krabi ke sg ciling pulok, what a fish hahaha cari apo kat celah kelangkang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa JM mesti celok-celok ikan itu. Ikan-ikan pasti terhibur dengan kehadiran seorang blogger yang cantik manis & meletop-letop sejak akhir-akhir ini.. Hihihi

      Delete
  12. seronoknya dapat bermain dgn ikan2 kelah yg cantik..sambil menikmati view indah alam sekitar...

    ReplyDelete
  13. Lama gila x bertrekking ni. Kena asah bakat lama. Dulu selalu join pengakap masuk keluar hutan. Best ah kawasan gini, boleh tenang2 kan jiwa.

    ReplyDelete
  14. Banyaknya ikan.. Dahlah air jenih. Bestnya...

    ReplyDelete
  15. banyaknye ikan. air pun jernih! seronoknye! mandi sambil tangkap ikan..lepas tu buat bbq..mabeles!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara tempat terbaik untuk jungle trekking & tempat exercise saya.

      Delete
  16. Teringin nak pi Santuri ikan nie.. tapi nasib selalu tak menyebelahi huhuuu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Saya doa anda akan sampai ke sana suatu hari nanti. Jangan lupa tulis entri versi anda pulak. Teringin benar nak membacanya.

      Delete
  17. Pernah lalu di sini, tapi tidak menyinggah...Fraser hill sejuk betul masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye.. Santuari Ikan Sungai Chiling dalam perjalanan ke Fraser Hill je..

      Delete
  18. banyaknya ikan.. macam best je main2 dengan diorg sambil mandi manda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best bermandi manda sambil bermanja-manja dengan depa yang jinak-jinak merpati.

      Delete
  19. back to nature...geram tengok ikan2 yang banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tersangat geram tengok depa, sehingga nak ke sana lagi. Insyallah dalam bulan Mei ni ada 2 trip lagi..

      Delete
  20. owh...tempat ini saya ade perasan abg din..last trip sy pergi ke fraser ngan family memang ade plan nak singgah sini sebelum naik..tapi disebabkan ktorang dah lambat jadi terpaksa cancel plan pegi tempat ini...cantik giler rupanya tempat ini...ingatkan level2 sg tua jer..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa dan ruang mesti lawat Ikan-ikan kelah yang seperti jinak-jinak merpati. Anda pasti terhibur dengan telatah ikan-ikan kelah tu.

      Delete
  21. Jernihnya airnya...nampak ikan2 berenang2....bestnay....nampak sangat ikan2 kat situ jinak2 dan mesra pengunjung ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarikan utama adalah ikan, air terjun, kebersihan dan keindahan suasana persekitaran Santuari ikan Sungai Giling.

      Delete
  22. seronoknya ikan ikan ada sekali! Mesti geli kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. geli pun ada...seronok pun ada....macam-macam..hidup mesti merasa kelainan...hihihi

      Delete
  23. cantiknya tempat ni MKL! suka sangat tengok gambar yang ada ikan tu
    saya pula yang jadi geram
    bilalah boleh ke sini juga

    ReplyDelete
  24. Kawan saya dah pernah pergi. Saya yang duduk berdekatan pun tak pernah pergi lagi.

    ReplyDelete
  25. masa pergi bkt fraser aritu ada nmpk tempat ni, ramai betul orang parking kereta berjalan jauh, tapi kami tk singgah pun. mcm tk sesuai je nk bwk anak2 kecik meredah hutan nak smp ke tmpt ikan tuh.. hihihih

    ReplyDelete
  26. Boleh tak bawa anak kecik umo dalam 2 tahun..best tengok..ingat nak bawa family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga yang bawa anak kecik. Boleh je...no hal. Ada juga wakaf...dan sesuai untuk anak kecil umor 2 tahun.

      Delete
  27. Macam mana nak pergi sini bang dr kuala lumpur ?? Ada transport awam tak ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Naik Komuter ke Kuala Kubu Bharu...kemudian ke Pekan Kuala Kubu Bharu....dari stesen bas Kuala Kubu Bharu naik baik ke Sungai Chiling....

      Delete
  28. Cantik! pernah sampai sini jugak dulu dan aktiviti mcm river-cross mmg sgt bestt dpt buat kt sini =)

    ReplyDelete
  29. Mmg bes la tmpat ni..x jemu bwa family yg duduk di bndar nk tenangkan fikiran..terbaikla..jom cmping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat yang wajib dikunjungi. Saya dah melawat banyak tempat di luar negara. Belum pernah jumpa lagi tempat seperti ini di luar negara.

      Delete
  30. Bahaya tak klu mlm mlm g kar sna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam tidak dibuka. Pengunjung terakhir dibenarkan masuk adalah jam 3.00 petang. Pengunjung yang masuk ke sana jam 3.00 petang diwajibkan keluar dari kawasan trekking jam 6.00 petang.

      Delete
  31. sesuai x kalau bawa baby dlm 5 bulan?

    ReplyDelete
  32. Nurul Fatina : Sesuai dan perlu didokong oleh Sang Suami. Pasal kena rentas anak sungai.

    ReplyDelete
  33. salam.. seronoknya nak camping juga.. ada sewa khemah tak kat sana..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sewa khemah. Khemah yang muat untuk 5 orang duduk. Harga sewa RM50 untuk 2 hari 1 malam. Hubungi :En. Shukri (0133089463).Setakat ini, Januari 2017 no ini masih boleh digunakan.

      Delete