Kobe Night View
Entri ini dinamakan Inspiration 360 kerana kegilaan kami berada di Kobe Harborland sampai menjelang malam. Dari siang tadi lagi, kami bergambar serta menikmati keindahan Harborland. Kami sangat teruja akan keindahan alam di Harborland. Sampaikan saya namakan entri ini Inspiration 360. Hahaha.
Kami juga telah shopping di Seria (Bangunan Umie) selepas dari Inspiration 360 di Kobe Harborland. Seria umpama kedai RM3 depa.
Selepas shopping, kami bergegas pulang ke Shin-Imamiya kerana terpaksa check out dari Toyo Hotel. Ini baru malam kedua. Besok, malam ketiga kami di Jepun. Dah entri ke 14. Banyak lagi entri, as i love Japan very much.
Dari Stesen Kobe kami turun di Stesen Osaka, baru naik train semula untuk ke Shin-Imamiya. Kami tinggal anak-anak gajah di Toyo hotel selepas check out pagi tadi. Tak mau menyusung ke sana ke mari. Malam ini kami terpaksa menyusung anak-anak gajah ke Kyoto. Hari ke 3, kami ingin menjelajah bandar kyoto, bandar bersejarah dan ibu kota lama Jepun.
Dari Toyo Hotel, kami ke Stesen Shin-imamiya terus ke Stesen Osaka. Kami turun di Stesen Osaka terus naik train ke Stesen Kyoto. Dari Stesen itu, kami terus mencari pandu arah ke Asokan Kyoto Hotel.
Kobe Harborland
Kobe Tower
Red Kobe Port Tower
Kobe Maritime Museum
Cinta and Ferris Wheel
Inspiration 360
Oriental Hotel
Night with Cinta
Red Ferris Wheel
Yellow Ferris Wheel
Red Blue Green Ferris Wheel