Sunday 23 June 2019

Doha City Tour

City Tour, Doha.

oleh Noor Hidayah Hanapi

Transit di Hamad International Airport 19 jam..mereput gua weh
Kami Join City Tour yang disediakan oleh Qatar Airways dengan bayaran 40 riyal qatar selama 2.45 jam..tour ini hanya boleh disertai oleh penumpang yang transit lebih daripada 5 jam di HIA
Banyak tour yang disediakan tapi kami hanya memilih Doha City Tour sahaja..ada 4 tempat yang termasuk dalam Doha City Tour ni iaitu:

1. The Pearl-Qatar
2. Museum Of Islamic Art
3. Katara Cultural Village
4. Souq Waqif


Kaunter pendaftaran untuk join tour ni terletak berhadapan dengan pintu gate A3. Dengan menyertai city tour Doha, sekurang-kurangnya anda mengenali doha secara dekat. Doha sebuah negara yang kaya raya. Lebih dari 80% adalah penduduk asing. Penduduknya mendapat pendidikan percuma, tidak perlu membayar cukai dan dilayan sebagai penduduk kelas pertama. Ini adalah kerana Allah SWT melimpah kurnia negara Doha dengan kekayaan minyak.

 Antara tour yang ditawarkan

 Tempat pendaftaran untuk tour

Ada pakej  tour 1-6 yang ditawarkan.

Read more ...

Tuesday 11 June 2019

Pantai Senok, Bachok Kelantan

Pantai Nami Senok Beach oleh Noor Hidayah Hanapi


Kalau kawan-kawan ke Kelantan jangan lupa singgah di Pantai Senok, Bachok, Kelantan.
Dari Kota Bharu, Kelantan  ke Pantai Senok ini mengambil masa dalam 30 minit sahaja. Waze atau goggle map pasti sampai ke destinasi.

Keistimewaan tempat ini terletak pada pokok-pokok yang ditanam sebaris sebaris lurus..Dah rupa kat Nami Island, Korea yang terkenal tu..cuma bezanya kat sini tidak ada salji yang memutih.
Di sini juga terdapat light house (rumah api) yang terletak di atas batu-batu ban..unik sangat
Pst: jangan kata kaka ida tak payung jalan-jalan dalam negara ðŸ˜‚

Pst 2: tak payah la tengok model itu, tengok view je.







 Cantik terbentang indah


 Sebaris Sebaris Lurus

Terapi mindaku


Antara tempat yang indah di dunia 


 Moga tempat ini dijaga dengan elok


 With Cinta


 Ada juga kambing -kambing yang berkeliaran

 Begitu cantik tersusun rapi


 Rumah api di atas batu-batu ban. 


Semoga tempat ini dikekalkan keaslian alam sekitarnya

Pemandangan yang indah di sekitar rumah api
Read more ...

Monday 3 June 2019

Impian lama tercapai apabila ke Tasik Bled, Solvenia

Tasik Bled,Solvenia

Oleh Noor Hidayah Hanapi


 Tasik Bled


Cinta berjaya mendaki ke Mala Osojnica untuk melihat Tasik Bled dari atas bukit

Semenjak dari trip Balkan bulan Disember 2018 lagi gua dah termimpi-mimpi Tasik Bled yang terletak di Slovenia ni. 
Tapi masa tu disebabkan kesuntukan masa, gua terpaksa melepaskan destinasi idaman gua tu.
Alhamdulillah trip Mei-Jun 2019 gua berpeluang berkunjung ke Tasik Bled, Slovenia ni..berpikir-pikir masa  buat itinerary tu sempat ke berbaloi ke, arghhhh redah je lah..tak cuba tak tau.
Alhamdulillah walaupun cuaca hujan dan mendung gua dan lao kong berjaya menjelajah tasik Bled.
Lake Bled ini terletak di bandar Bled, lebih kurang 55 kilometer dari Ljubljana, ibu negara Slovenia.
Tasik ini terhasil apabila glasier yang melitupi lembah ini mencair disebabkan oleh pemanasan global dan pergerakan muka bumi puluhan ribu tahun dahulu. Perubahan ini membentuk Tasik Bled, Tasik Bohinj dan sungai-sungai di persekitarannya.
Air dari glasier ini menjadikan tasik dan sungai-sungai di sini jernih dengan warna biru kehijauan.
Di tengah-tengah Tasok Bled  terdapat sebuah gereja yang mana kita boleh datang ke situ dengan menaiki bot atau mendayung sendiri.
Gambar diambil dari Mala Osojnica..terpaksa hiking dalam 30 minit untuk  sampai ke sini..tapi gua mendaki separuh jalan je sebab dah nak masuk waktu berbuka puasa masa ni

Read more ...