Zon Bebas Cukai, Kelantan
Rantau Panjang adalah kira-kira 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran Sungai Golok, Thailand. Ia terletak di utara negeri Kelantan dan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas yang dikenali sebagai zon bebas cukai.
Rantau Panjang adalah tempat membeli belah yang terkenal di Kelantan. Sekiranya teman ke kelantan, teman pasti singgah di sini. Ini adalah tempat persinggahan yang paling digemari sekiranya ke negeri Che Siti Wan Kembang. Pekan Rantau Panjang dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Sekiranya anda peminat barangan Siam, pasar ini sangat sesuai untuk anda kerana banyak barangan murah dari negara jiran, Thailand.
Di sini, macam-macam ada, seperti toto, jersi bola, periuk belanga, tudung, pinggan mangkuk, baju wanita dan pelbagai lagi. Anda perlu meninjau-ninjau harga dan jangan membeli dengan tergesa-gesa. Kadang kala anda perlu tawar menawar. Teman mendapati kadang kala antara sebuah kedai dengan kedai lain perbezaan harga boleh sampai RM10 ringgit.
Dahulu teman suka membeli jersi di sini. Jersi di Rantau Panjang berkualiti dan selesa memakai. Teman juga suka membeli toto Greentex antara yang paling kualiti berbanding jenama Sweeten dan Narita. Teman juga suka membeli periuk belanga cap buaya. Selain itu, anda wajib mencuba makanan ala Thai seperti mee celup, pulut ayam, cendol, baba ais krim, kupasan mangga muda asam dan tom yam. Baba ais ceram krim mengandungi pulut, jagung, roti dan kacang.
Tempat letak kereta yang luas dan lapang
MYDIN Rantau Panjang
Bazar Bonda
Indah Bazar
Ada dijual pelbagai jenis periuk dan toto
Bazar Siti Fatimah
Surau Al-Quddus
This is Rantau Panjang