Friday 30 December 2016

Van Houten Cocoa, Family Mart Takayama

Van Houten Cocoa

Oleh Noor Hidayah Hanapi


Sebelum pi jepun ramai yang rekemen kata van houten cocoa ni sedap, sampai je jepun cari disetiap kombini tapi tak jumpa-jumpa

Hari ni dalam salji tebal masuk Family Mart jumpa van houten cocoa ni kat rak, tinggal satu je, rezeki Allah nak bagi merasa

Dalam dingin fuyu, menikmati hirupan van houten cocoa depan bilik berlatar belakangkan salji, perghhh nikmat — at 国際交流ゲストハウス J-Hoppers Hida Takayama Guesthouse.


Family Mart, Takayama : Van Houten Cocoa dijual di sini.
Read more ...

Wednesday 28 December 2016

Tandas oh Tandas

Saya & Washroom
oleh Noor Hidayah Hanapi

Semasa saya menaiki bas Willer Express di Jepun satu perkara yang menarik perhatian saya adalah washroom aka toilet di setiap perhentian rehatnya
Tandasnya sangat la bersih, dengan tak ada langsung kekotoran, daki2 lumut dan pencahayaan yang romantik hehehe
Bukan la kata tandas rnr kat malaysia tak bersih (matilah kena kecam baru jalan sikit dah kutuk negara tercinta) tapi tandas kat Jepun ni unik..meh saya kongsi keunikannya
1.Pada musim sejuk ni mangkuk tandasnya suam-suam kuku..letak je bontos atas mangkuk tandas rasa selesa je, tak la rasa terkejut kesejukan kahkahkah
2.Ada disediakan sabun untuk cuci mangkuk tandas..picit je sabun tu atas tisu dan lap, dah rasa yakin halalan toyyiban nak duduk
3. Ada butang yang keluarkan bunyi..bunyi ni disediakan untuk mengelakkan orang luar dengar bunyi yang tak sepatutnya dari dalam tandas plopplopplop. 
3. Tepi mangkuk tandas ada butang untuk pancutkan air..ada pancutan untuk basuh kincin ada yang untuk basuh birak..pilih je yang mana berkenan bukan kena bayar pun hehehe

 Panorama tandas Jepun

 Tandas mangkuk yang canggih

 Bersih mengerlip...

Percahayaan yang romantik
Read more ...

Saturday 24 December 2016

Pulau Itsukushima (Miyajima)

Saya & Cik Rusa
Oleh Noor Hidayah Hanapi


 Cinta dan Rusa

Rusa yang begitu jinak berkeliaran 

Semasa kunjungan saya ke Hiroshima, saya telah berkunjung ke Pulau Itsukushima atau lebih dikenali sebagai Miyajima. Pulau ini dianggap suci dalam agama Shinto.
Pulau Itsukushima bermaksud 'Shrine Island' kerana disini letaknya sebuah shrine yang terkenal iaitu Itsukushima Shrine yang telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
Saya tak nak bercerita tentang landmark yang terkenal di Miyajima ni iaitu Torii Gate yang terapung dan Itsukushima Shrine kali ni tapi saya nak bercerita tentang rusa liar yang jinak berkeliaran di pulau ini.
Setibanya di pulau ni saya disambut oleh beberapa ekor rusa yang mengekori untuk mendapatkan makanan..tapi dek kerana amaran yang diberikan di papan kenyataan bahawa memberi makanan adalah dilarang kepada mereka, niat nak memberi makan biskut kepada mereka terpaksa dihentikan.
Saya nak berkongsi tentang hubungan di antara menjaga kebersihan dan kehidupan si rusa di pulau ini..tabiat pemakanan semulajadi rusa adalah rumput atau dedaunan, sekiranya kita memberi makanan selain daripada itu macam biskut ke, ia akan menyebabkan kesakitan pada perut rusa.
Rusa tak boleh hadam benda seperti plastik atau kertas, sekiranya kita buang sampah merata-rata dipulau ni, rusa yang berkeliaran ni akan makan segala sampah sarap dan menyebabkannya sakit.
Fakta rusa di Miyajima: rusa-rusa ni asalnya datang daripada hutan yang berdekatan..apabila ramai pelancong memberi makanan kepada mereka, mereka cenderung datang ke tempat tumpuan pelancong ni untuk mendapatkan makanan.Lama kelamaan, mereka akan makan plastik dan kotak makanan yang dibuang oleh pelancong kerana terhidu sisa makanan di situ..Oleh kerana makanan yang tak boleh dihadam ni berada dalam perut si rusa, jangka hayat mereka tidak panjang seperti sebelumnya
Dengan itu adalah disarankan pelancong tidak memberi makanan kepada rusa dan tidak membuang sampah merata-rata untuk menggalakkan mereka pulang semula ke habitat asal mereka

P/s: saya ternampak rusa makan peta yang dipegang oleh seorang pelancong..terjerit-jerit pelancong tu.



Read more ...

Wednesday 21 December 2016

Wordless Wednesday : The Giant Spider

Tokyo, Jepun

Kredit : Norliza Yaacob 

Mori Tower & The Giant Spider
Read more ...

Monday 19 December 2016

Lake Kawaguchi + Pisang Kaki


Lake Kawaguchi + Pisang Kaki + Mount Fuji

Kredit : Nerawi Sitam


Lake Kawaguchi + Pisang Kaki + Mount Fuji

 Pisang Kaki

Read more ...

Saturday 17 December 2016

Tokyo

Tempat yang wajib dikunjungi sekiranya berada di Tokyo. 


Tokyo Station

Tokyo Tower

Tokyo Skytree
Read more ...

Thursday 15 December 2016

Hiroshima

Tempat-tempat yang menarik wajib dilawati sekiranya anda berada di Hiroshima.

Kredit : Norliza Yaacob

 The Torri Gate

Hiroshima Castle

A-Bomb Dome
Read more ...

Tuesday 13 December 2016

Mount Fuji

Mount Fuji

(Norliza Yaacob)

The Awesome Mount Fuji
Read more ...

Sunday 11 December 2016

Teaser 13 : Shibuya

Shibuya & Hachiko

Ini adalah antara tempat yang akan kami kunjungi. Pada masa ini saya telah pun bercuti ke cuti. 

Kredit : Norliza Yaacob

 Shibuya Crossing : the busiest crossing street in the world

The Loyal Hachiko
Read more ...

Friday 9 December 2016

Teaser 12 :Yasugi

"Adachi Museum Of Art"
The most beautiful Japanese Garden in the world.

Terletak di bandar Yasugi, Shimane Prefecture. 2 jam setengah perjalanan dari bandar Hiroshima.



Menurut kamarul IImar Ramli di sini juga dekat dengan dah dengan Tottori sand dune, jambatan tercuram di dunia, Perkampungan anime Ge Ge Ge no Kitaro, Sakaiminato iaitu pusat pendaratan Matsubagani atau ketam kaki panjang... dan banyak lagi tempat yang menarik. Masa je yang tak cukup untuk menjelajah Jepun.

Kredit : Kamarul IImar Ramli


Pokok-pokok renik yang cantik

Tak tergambar keindahannya

Air mengalir kedinginan

Bagaikan sebuah lukisan



Read more ...

Monday 5 December 2016

Teaser 11 : Itinenary Tokyo, Jepun

Tokyo, Jepun.


A snow capped Mount Fuji above a frozen Lake Kawaguchiko, Japan
damoncoulter.photoshelter.com

9 Dis - 22 Dis 2016

10 Dis  - Ho Chi Minh, Vietnam
               Narita Airport, Japan

11 Dis  - Hakeno-Fuji

12 Dis -  Kawaguchiko

13 Dis - Kawaguchiko/Hiroshima

14 Dis - Hiroshima/Tokyo

15 Dis - Tokyo

16 Dis - Nagoya/Takayama

17 Dis - Takayama/Shinhotaka Ropeway

18 Dis - Shirakawago/ Kanagawa

19 Dis - Kanagawa

20 Dis - Tokyo

21 Dis - Tokyo/Ho Chi Minh

22 Dis -  Ho Chi Minh/KLIA


Itinenary semasa berada di bandaraya Tokyo

1.  Asakusa 
    (Sensoji Temple, Sumida Park, Nakamise Street, Tokyo Sky Tree & Asakusa Shrine)

2.  Uneo Station/Uneo Park
     (Shinobazu Pond, Tokyo National Museum, The National Museum for Written Art, The Tokyo Metropolitan Art Museum, The National Science Museum, Ueno Zoo dan Ueno Toshogu Shrine)

3.  Tokyo Station
     (Imperial Palace & Nijubashi Bridge)

4.  Tokyo Tower & Zojoji Temple

5.  Rapponggi (Hard Rock Cafe)

6.  Shibuya & Hachiko

7.  Tokyo Metropolitan Government Building (TMG)
     (Observation Deck, tingkat 45, North Tower) 

8.  Odaiba (Gundam, Rainbow bridge & The Statue of Liberty)

9.  Tokyo Disneyland/ Disney sea

10. Akihabara (Electric City)

11. Tokyo Camii

12. Harajuku 
      (Yoyogi Park, Meiji Shrine, Takeshita Street)

13. Kinshico (Biggest Daiso)

14. Shinjuku (Gyoen National Garden) 

15. Omotesando

16. Ameyokocho Shopping Street

17.  Tsukiji fish market  

Terima kasih daun keladi kepada Abang Supermeng Malaya, Jari Manis, Pak Lang Mie (PLM), Orang Bukit, Scdha Sein, Faizal Fredley, Janggeltrekker's Life, Bila Budak Kampung Travel, Farikica's World, Kaki Berangan, Naramas Aman, Blog Sal dan Saffuan Jaffar Blog Travel kerana memberi maklumat perjalanan yang berguna semasa teman di Jepun nanti. 


Read more ...

Saturday 3 December 2016

8 Four 'Questions' That Intrigued Me

Tanjong Malim

Haha everything is so serious. Let's have a little fun. It is on Facebook anyway, just I don't really post on Facebook much so why not I post it here. I have seen blogger, Hanis Amanina posted in her blog, http://www.hanisamanina.com/  I totally agree with her. " My blog; my space, my life although it is still open for public to read". So, here we are, 8 Four 'Questions' That Intrigued Me. Slightly different, as I combined between her view and the face book version .  

The loved Ones




Four names I go by:
1. Khairuddin
2. Mat
3. Dean
4. Khai


 I have more than four names to go by.  Other names might be Seng Hock, Ah Hock, Christopher, Chris, Sin Hock, Lim and Pydee were historically. But the four names shown above are the latest.    

Four things I hate:
1. Tikus
2. Pacat
3. Pot holes
4. Jammed

Four places I've lived:
1. Port Dickson,Negeri Sembilan
2. Kota Kinabalu,Sabah
3. Jitra,Kedah
4. Tanjong Malim, Perak.


I consider Tanjong Malim as my hometown already as I was born in Seremban, Negeri Sembilan. Tg Malim is the place I will be rest to peace. I have told my wife that would be my burial ground.


Four places I would love to visit:
1. Makkah + Madinah
2. See the Northern Lights in Iceland
3. Experience Cherry blossom in Japan/Korea
4. Moscow, Russia; to start Trans-Siberian train


That is my wish lists. May my dream will come true.


Four things I love to eat:
1 Tomyam Sea Food
2. Laksa
3. Ikan Taucu, anything to done with Taucu. Example Peria Masak Taucu
4. Petai


Honestly I don't really care about food. As long as it is healthy food. One more thing, you can't take out the kampung in me. Sorry folks. 

Four favorite drinks:
1. Plain / mineral water
2. Chinese Tea
3. Coffee
4. Flowering Tea



Honestly I don't really care about drinks. Anway, I love tea. Chinese tea and flowering tea are my favorites.


Four things I love to watch:
1.  Green Scenery
2.  Handsome/beautiful people
3.  Snow
4.  Old castle 



.


Four things I am looking forward to :
1. Completing my PhD. The soonest the best.
2. To publish my writing.
3. Backpacking. Experience a sunrise in its true glory. 
4. Continuously growing and help others live their best lives.Reach out to millions in the world and help them to grow and acheive their highest potential.

Above all, this is my bucket list where I list all the things I want to do, feel, experience, see and acheive before I die.

So, what about you? Share yours in the comments below :D
Read more ...

Wednesday 30 November 2016

Teaser 10 : Itinenary di Tokyo

Tokyo, Jepun

The World Tallest Tower : Tokyo Skytree. 
GailinPot

Bercerita pasal gambar. Tip menangkap gambar di Jepun. Apabila ingin menangkap gambar orang Jepun, lebih baik minta izin terlebih dahulu. Apabila menangkap gambar, jangan bising-bising. Biar kaki tangan yang berjalan, bukan mulut yang berkata-kata. Orang Jepun adalah bangsa yang senyap dan peka kepada bunyi. Kita mesti menjadi senyap seperti Jepun. Ibarat kata, " Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau mengauk." 

Sahabat teman telah menyenaraikan 13  tempat yang menarik dan harus dilawat bila ke Jepun

(1) Akihabara (Electric City)
(2) Kinshico (Biggest Daiso)
(3) Ameyoko (Shopping Street)
(4) Ueno Park (Museum)
(5) Tokyo Dome (Entertainment City)
(6) Nippori (Textile Town)
(7) Tokyo Sky Tree (Tokyo Skytree Town)
(8) Harajuku (Takeshita Street)
(9) Shibuya (Busiest Crossing Street in the World)
(10)Tokyo Tower (Magic Ball)
(11) Roppongi (Hardrock Cafe)
(12)Asakusa (Sensoji Temple & Bazaar)
(13)Odaiba (Gundam & Statue of Liberty)

Kami ada lebih kurang 3 hari di Tokyo. Hari-hari yang lain kami berada di luar Tokyo. Itinenary kami lebih kurang begini :

Day 1

(i) Tokyo Metropolitan Government Building (TMGB)
(ii)Shinjuku Gyoen National Garden
(iii)Tokyo Camii
(iv)Harajuku (Yoyogi Park, Meiji Shrine, Takeshita Street)
(v)Omotesando
(vi)Shibuya (Hachiko Statue, Pedestrian Crossing)

Day 2

(i) Ueno Park
(ii)Ameyayokocho Street
(iii)Asakusa (Senseji Temple, Nakamise Street)
(iv)Tokyo Skytree
(vi)Akihabara

Day 3

(i) Tokyo Tower
(ii)Odaiba
(iii)Tokyo Disney (round-round kat luar) 
  
Read more ...

Monday 28 November 2016

Passport Antarabangsa hilang di Jepun

Tokyo

Winter : Walking in Tokyo 2014 (Yokohama, Shinjuku, Maihama)
Youtube.com

Catatan ini adalah sebagai peringatan buat diri saya dalam kembara ke mana-mana tempat di muka bumi ini.

Anda perlu membawa bersama-sama dengan anda salinan passport, salinan IC, salinan surat beranak,salinan boarding pass dan juga tiket pulang ke Malaysia. Salinan buat siap-siap di Malaysia. Itu adalah amalan saya setiap kali travel.

Dalam masa terdekat saya akan travel ke Tokyo, maka di sini saya catat siap-siap dan simpan dalam blog alamat kedutaan sebagai rujukan. Sediakan payung sebelum hujan. 

Sekiranya berlaku kehilangan, saya boleh buat laporan di Kedutaan Malaysia di Jepun yang alamat adalah seperti berikut :

20-16 Nanpeidai-cho
Shibuya-ku
150-0036 Tokyo
+81-3-3476-3840
mwtokyo.kln@1govuc.gov.my

Link adalah seperti berikut :

http://www.kln.gov.my/web/jpn_tokyo/home

Waktu buka : Monday-Friday 9.00 am - 12.30 pm atau 1.30 pm - 5.00 pm

Rush hours di Jepun adalah dari waktu 7.00 - 8.30 pagi. Itu waktu depa pergi ke opis. Kalau di sebelah petang, jangan balik last train je. Petang tak sesibuk di sebelah pagi.  

Kos untuk membuat passport sementara adalah kira-kira RM50 dalam nilai yen semasa. Untuk mengeluarkan dokumen perjalanan mengambil masa sekurang-kurangnya 1-2 hari bekerja. Maka seelok-eloknya perlu ada duit minimum untuk 5 hari penginapan.

Maka seelok-eloknya, kita perlu aktifkan kad kredit antarabangsa supaya boleh menampung semua kos yang di luar jangkaan atau lebihkan bajet sekiranya berlaku kecemasan.

Maklumat di atas saya perolehi dari Dzulhaidy Abdul Rahim : Road to Japan. Sebagai catatan untuk rujukan apabila mengembara ke Jepun.
Read more ...

Saturday 26 November 2016

Thursday 24 November 2016

Penerbangan Antarabangsa mahu pun Domestik

Berhati-hati apabila berada di Lapangan terbang.
oleh Zaid Traveller.

Bio data Zaid Traveller
A full time Businessman and full time World TravelIer. Visited 93 countries since 2002.

KLIA2. Kami dalam perjalanan ke Melbourne untuk bersama-sama Dr Nassier untuk sidang  konvo MBBS Disember 2015

Ini adalah beberapa contoh perangkap jenayah yang perlu anda berhati-hati ketika berada di lapangan terbang :

1- Taktik meminta menjaga bagasi.


Jika ada orang yang tidak dikenali meminta anda menjaga bagasi, sila tolak dengan cara baik. 



Pernah berlaku satu kes di dalam tandas, seorang lelaki minta tolong tengokkan bagasi sementara dia masuk ke dalam tandas, tak sampai 5 minit, orang menolong itu diberkas oleh polis kerana memiliki 5 kg dadah. Si penjenayah yang berada di dalam tandas  itu terselamat.

2- Taktik memberi air minuman secara percuma.

Pemberian ini juga perlu ditolak dengan cara baik. Kita tidak mengenali beliau, kemungkinan di dalam botol minuman tersorok bahan larangan. Silap hari bulan kita yang akan ditahan.


Zaman sekarang pelbagai cara jenayah dilakukan, tin air minuman juga boleh diubah suai menjadi menyimpan dadah. 

3- Taktik bertanya soalan.

Ramai yang sudah terkena terutamanya ketika beratur di Kaunter Imigresen. Taktiknya adalah dalam keadaan tergesa-gesa, si penjenayah akan berlakon menanya soalan, sedang kita leka melayan, rakan penjenayah akan memasukkan bahan terlarang ke dalam bagasi kita.


Tujuannya, jika berlaku penahanan ketika pemeriksaan kastam, mereka akan terlepas, sebaliknya kita yang tidak mengetahui apa-apa yang akan ditahan.

4- Periksa dahulu barang yang dikirim.

Walaupun dari kawan rapat sendiri, buka dan periksa terlebih dahulu barang yang hendakk dikirim sebelum masukkan ke dalam bagasi.


Bukan tidak percayakan kawan sendiri, tetapi wajib untuk kita lebih berhati-hati. Siapa tahu di dalamnya tersembunyi bahan terlarang, mungkin kawan kita sendiri tidak tahu akan kewujudan barang tersebut.

Pendek kata,biarlah orang mengatakan bahawa kita sombong. Asal diri kita selamat. Kerana jika berlaku perkara yang tidak diingini kita yang akan merana kelak. Walaupun lapangan terbang merupakan tempat tumpuan pelancong, ia juga tempat transit untuk aktiviti jenayah terutamanya jenayah dadah. Harap anda semua akan sentiasa berwaspada dan berhati-hati.

Banyakkan berdoa ketika bermusafir, inshaAllah pengembaraan akan lebih diberkati dan dirahmati.
Semoga bermanfaat.
Read more ...

Tuesday 22 November 2016

Merancang percutian dengan cuti panjang 2017

Tanjong Malim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kita selalu merancang dan berangan-angan. Angan-angan biarlah tinggi setinggi bulan purnama, kerana angan-angan itu adalah percuma. Dari sekecil-kecil perancangan sehinggalah sebesar-besar perancangan. Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini, Kita merancang apa akan kita lakukan esok, Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,

Di sini saya ingin merancang percutian saya untuk tahun 2017.  Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang? Ketahuilah, Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.

Cuti yang panjang bagi 2017 adalah Januari (5 hari), Jun (4 hari), Ogos (4 hari), dan Oktober (4 hari).






Sekiranya rancangan  kita tidak menjadi kenyataan. janganlah bersedih.  Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan apa telah yang berlaku. Teruslah teguh berdiri mengharap rahmat daripadaNya. "...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir."
( Yusuf, 12:87)

Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi.  Sesungguhnya, akan ada manis di akhirnya. Kadangkala, Allah memberi kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah memberi kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah. Redha dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua. Rezeki Allah itu maha luas. Sesungguhnya, Allah itu maha mengetahui lagi penyayang.



Read more ...