Friday 31 October 2014

Beautiful Guilin 10 : Dazheng Hot Spring Holiday Hotel

Hari Kedua (Ahad Pagi)

Hari ini adalah hari kedua di Guilin, China. Saya sambung entri yang terbengkalai ini. Tak ada mood nak tulis pasal Guilin walaupun Guilin terkenal dengan keindahan alam semulajadinya. Sebelum kami menyambung lawatan kami ke tempat-tempat yang menarik di negeri China. Saya ingin membawa anda melihat panorama di sekitar Dazheng Hot Spring Holiday Hotel yang kami menginap malam tadi. Ini adalah panorama di awal pagi sebelum sambung trip ke tempat lain.

 Bas Pelancong yang disediakan untuk 8 orang. Lumayan juga.

 Bahagian belakang hotel kami

 Papan tanda hotel

 Seni hiasan yang mempersonakan

 Reception hotel

 Pemandangan berlatar batu kapur

Hotel, Batu kapur dan Air Pancut
Read more ...

Wednesday 29 October 2014

Jetty Bagan Datoh Perak

Hilir Perak

Syukur alhamdulillah, Kami sekeluarga sempat berkumpul adik beradik, ipar duai serta anak-anak buah di Batak Rabit, Teluk Intan. Dalam itu, kami sempat berkonvoi ke rumah kak Ina yang terletak di Bagan Datoh. Kami mengambil kesempatan untuk melawat Jetty Bagan Datoh yang terletak di hilir Perak.

Bagan Datoh adalah terkenal dengan perkampungan nelayan dan hasil pertanian terutama kelapa atau Coconut Paradise’,  Bagoh Datoh adalah pusat pengeluaran kelapa yang terbesar di Malaysia. Tujuan kami adalah melawat Jetty Bagan Datok. Anda boleh memancing ikan, menaiki bot untuk menikmati keindahan  di sepanjang Sungai Perak dan juga menikmati suasana sunset di senja kala. 

Lokasi adalah kira-kira 45 km ke barat Teluk Intan, Perak. Sekiranya anda dari Sekinchan, anda pasti melalui Sungai Besar, Sabak Bernam dan terus ke Bagan Datok. Guna waze je. 


Tebing sungai di sebelah kanan Jetty

 Keluarga bahagia

 Semoga hubungan sesama kita kekal sampai ke Jannah

 Aku blogger dan Cinta

Yang Comel Yang kacak

 Kampung Air di sepanjang tebing Sungai Perak

 Langit berawan yang begitu indah di mata seorang blogger

 Pemandangan Jetty Bagan Datoh

Semoga kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehin

 Kasih ibu membawa ke syurga

 Penghujung Jetty Bagan Datoh

 Pemandangan di sepanjang tebing Sungai Perak, di sebelah kiri Jetty Bagan Datoh

 Ada juga taman permainan kanak-kanak

Banyak juga pusat menjamu selera di sekitar pekan Bagan Datoh

Read more ...

Tuesday 28 October 2014

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014



Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 bermula pada jam 4.00 pe 11 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 11 November 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 552.90 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
Diari Jejaka Hangat | Yun Sing | Ana Solehah | Syaza Raihanah | Iklil Syahmi | Idah Rashid | IanFaizal | Mar Mansor | Kathy R'bain | Shad | Ssurianah Yana | NurAlja | Aika Azizan | Budak Bandung Laici | Hunny Kitty | Si Tracey | Noryussyairah | Ida
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

       

3. Follow Twitter + Instagram Sponsor
Twitter :   


Instagram :  Rexylla_Blogshop  Aerill_Hassan
4. Tambah Google Plus Sponsor 
+Mohamad Khairil  +ct fand 
3. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


37 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 12 November 2014.

Good luck!
Read more ...

Sunday 26 October 2014

Sydney : Bare Island, La Perouse

Bare Island, New South Wales

Sekiranya anda berkunjung ke Sydney, jangan lupa singgah ke Bare island. Terletak di muara Botany Bay. Kubu Bare Island dibina pada tahun 1885 untuk melindungi Sydney dari serangan laut. Selain pemandangan yang cantik, terdapat muzium ketenteraan dan sangat sesuai untuk aktiviti menyelam dan snorkeling di sini.

Cara ke sana : naik bas L94/ 391 di hadapan station St James atau Elizabeth St, martin pi.

Keterangan dari Wikipedia adalah seperti berikut :
Bare Island is an islet in south-eastern Sydney, in the state of New South Wales, in eastern Australia. The islet is located about 16 kilometres (9.9 mi) south east of the Sydney central business district, within Botany Bay, close to the bay's northern headland. Containing fortification facilities, Bare Island is listed on the State Heritage Register and is significant as an almost completely intact example of late nineteenth century coastal defence technology.
Bare Island is connected by a footbridge to the suburb of La Perouse. The historic military fort and tunnels can only be visited by guided tour. The waters around the island are popular with scuba divers
Bare Island is the most popular scuba diving site in New South Wales. On a sunny summer Sunday there can be as many as 200 divers here during the day. It is a common diver training location and also very popular for snorkeling.
The reefs that stretch around the island and out to the south and west are home to some of Australia's most colourful marine animals. Things to be seen including big belly sea horses, sea dragons, pygmy pipehorses, red Indian fish and all the usual fish seen around Sydney. People have also seen seals and grey nurse sharks at times and in late winter Port Jackson sharks are very common. (Wikipedia)


Bare Island

Jambatan Kayu menghubungkan Bare Island dari La Perouse

Pemandangan di bawah Jambatan bare Island

Rupa bentuk batu di kawasan Bare island

Barrack Tower, Sekitar La Perouse

Laut Bare Island

Kredit : Jim Suhaimi

Read more ...

Thursday 23 October 2014

Shenzhen/Guangzhou Tour

Itinerary 4 Days Tour..Holidaying again

Depart on Sunday.

Day 01 KLIA2/Shenzhen

Assemble at KLIA2 for a pleasant flight to Shenzhen. Upon arrival, greet by a local tour guide at the airport. Then, transfer to hotel and free at our leisure until dinner time.

Day 02 Shenzhen/Guangzhou

After breakfast, visit Shenzhen Garden Expo, Mangrove Forest, Lianhu Garden, Deng Xiao Ping Statue, Temple Square and Pixiu Museum. Then transfer to Guangzhou by coach.

Day 03 Guangzhou/Shenzhen

After breakfast, proceeds tour to New Lychee Bay, Five Rams Statue, Er Sha Island Xinghai Concert hall, New Museum of Guangdong Province, Shang Xia Jiu Pedestrian Street, Mineral Museum, and Baoshutang. Then, transfer back to Shenzhen.

Day 04 Shenzhen/KLIA2

After breakfast, free at leisure until transfer to airport for depature flight back to Kuala Lumpur.

Compulsory tours : Bejing Lu Pedestrian Street, Pearl River Delta Cruise, Deep Blue Fam 3D Water Show.     

Mangrove Forest Shenzhen

 Shenzhen Garden Expo

New Lychee Bay 

Pearl River Delta Guangzhou

Picture : Google.com
Read more ...

Tuesday 21 October 2014

10 Random Facts about Me when I am Travelling (as tagged by Wanderlust)

Terima kasih buat Wanderlust kerana tag saya. Saya menunggu Abang Mie dan JM punya. Buat je sambil dapat mengenali antara satu sama lain.


 Angkor Wat, kemboja

The Garden of Morning Calm, Korea

10 Random Facts about Me when I am Travelling (as tagged by Wanderlust)

1. ITINERARY

Itinerary penting. Buat research dahulu. Banyak baca blog kawan-kawan yang pernah travel. Buat banding beza dan ikut cita rasa kita. Tapi tak lah rigid dan boleh diubah suai. Saya cuba patuhi itinerary yang telah disediakan. Buat budget siap-siap. Belanjawan. Kami travel banyak guna Airasia dan beli tiket promo. Pasal banyak tempat nak cover dan memang kaki travel.

2. PEOPLE WATCHING DAN MASA UNTUK BERFIKIR.

Saya suka tengok gelagat orang. Tak kira yang cantik atau kacak, semua disapu. Best tau. Kadang kala kita boleh belajar daripada gelagat mereka. Orang-orang cantik banyak di Korea dan Aussie. Contoh bagi di dunia sebelah kita. Masa travel adalah untuk berfikir dan muhasabah diri. Tapi tak pernah insaf apabila melihat sesuatu kejadian. Misalnya, kejadian Tsunami di Acheh. Tapi sampai Malaysia, ternyata tak pernah ubah. Mungkin rasa saya muda lagi dan akan hidup seribu tahun lagi. Taubat.

3. TAK KISAH TEMPAT TIDOR ATAU MAKAN

Saya boleh tidor di mana-mana sahaja. Pernah tidor di airport, masjid atau pun park. Hotel budget pun boleh. Share dorm pun boleh asalkan halal. Begitu juga makanan. Tak kisah pasal nak travel. 

4. BIG NO TO HANDPHONE

Masa travel singkat. Jadi no to Facebook atau whatapps dengan sesiapa pun kecuali urgent. Nanti masa rehat bolehlah berbuat demikian terutama dengan peminat. Macam ada peminat sangat.

5. SUKA AKTIVITI LUAR

Kalau boleh saya suka aktiviti luar seperti mendaki gunung, berbasikal, bermandi manda sebagai contohnya. Kalau tak, kita berjalan kaki sepanjang hari. Berjalan kaki sepanjang malam pun ok.

6. TRAVEL LIGHT

Saya suka bawa barang-barang yang ringan. Baju pun sekadar t shirt. Semua yang ringan-ringan belaka. Tengah cari produk yang ringan je. Contohnya, selipar atau kasut ringan.

7.  LAST MINUTE PACKING

Tak suka sedia awal-awal. Jadi macam lipas kudung jadinya. Biasanya ditangguh beres. Dah agak apa yang nak dibawa. Suka travel light je dan saya jenis kerja last minute punya. Kadang kala leka juga. Maklum le, lelaki sama seperti lelaki lain.

8. CUACA SEJUK

Saya suka cuaca empat musim. Semua cuaca saya suka terutama winter. Best sangat bila masa winter. Saya suka winter di Sydney. 

9. SUKA BERGAYA

Saya suka travel light tapi dalam masa sama suka bergaya bila bergambar. Saya suka benda-benda yang cantik dan indah. Saya juga pasti diri saya cun, kemas dan nampak bersih. Banyak juga menghabiskan masa di cermin atau toilet. Toilet tempat bertapa saya. Tapi toilet mestilah bersih dan berbau wangi.

10. NILAI-NILAI MURNI

Bila travel mesti penuh dengan nilai-nilai yang baik seperti bertimbang rasa, tidak mengambil kesempatan dan hormat menghormati antara satu sama lain. Tak kisah soul mate yang menjadi travel partner. Begitu juga dengan travel agent atau pun sesiapa yang kita jumpa di tengah jalan. Paling benci pembohong dan yang mengambil kesempatan di atas kita. Saya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda. Saya mudah jatuh hati dengan kemesraan seseorang dan mudah menjauhi diri apabila diri diambil kesempatan.

Itu sahaja. Di sini saya hendak tag Abang Mie (Pak Lang Mie), JM, Rein (Janggeltrekker), Nohas, Orga( SKampung), Faizal Fredley, Travel My Way, Scdha Sein, Travelholic, Cerita Tentang Segala, Bibie Karim, Kak Kiah, Farikica's, Naramas Aman, Sekadar Coretan Perjalanan dan Hang Dhamin. Selamat mengembara. Takbir. 

LAVENDER WORLD : IDAMAN KALBU
Read more ...

Sunday 19 October 2014

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

Read more ...

Friday 17 October 2014

Takwim / Kalendar Sekolah Tahun 2015

Salam Sahabat blogger kalian. Berikut adalah takwim atau kalendar Sekolah tahun 2015 Untuk membantu anda merancang aktiviti percutian keluarga atau peribadi, rujuk juga Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2015. (Kredit :http://www.malaysiatercinta.com/2014 )
Kumpulan A:
Untuk sekolah-sekolah di negeri yang hujung minggunya hari Jumaat: Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.
takwim sekolah 2015 A


Kumpulan B:

Untuk sekolah-sekolah di negeri yang hujung minggunya hari Ahad: Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.
takwim sekolah 2015 B
Read more ...

Wednesday 15 October 2014

Bustel Klebang Melaka

Chalet Bus 0197414113

Banyak memori indah sekiranya anda bermalam dalam bus. Terkenang zaman dahulu, sekarang pun naik apabila pergi travel luar negara. Bustel atau hotel dalam bus. Bus lama dijadikan hotel. Bus tu terletak dalam parking bay. Anda boleh whatsapp untuk booking. Biasanya fully booked. Booking awal-awal seharusnya jadi amalan. Harga. Weekdays RM80. Weekend RM120. Biasanya, satu bus ada dua bilik. Setiap bilik ada bilik air sendiri. Setiap bilik boleh muat dua orang dewasa dan dua kanak-kanak. Bustel menghadap ke laut. Ada bustel untuk reception office. Ada bustel untuk kedai makan. Ada kira-kira 15 buah bustel buat masa ini. 

Yang best, Coconut Shake Klebang yang sangat terkenal terletak di area yang berhampiran. Best tapi kena beratur panjang. Di samping itu, ada juga kuih muih tempatan disajikan dan nasi lemak pun sedap. Harga pun berpatutan. Jangan lupa Coconut Shake Klebang yang sangat terkenal tu.

Bustel Klebang Melaka. (Kredit : Cik Na MN facebook)

Bilik tidor dan bilik air (Kredit : Cik Na MN facebook)
Read more ...

Sunday 12 October 2014

Kalendar Cuti Umum 2015 Malaysia


Kalendar Cuti Umum 2015 Malaysia

(Tertakluk kepada perubahan)

kalendar cuti umum 2015

Jadual Hari Kelepasan Am 2015
Tarikh
Cuti Umum
Negeri
1 Jan (Khamis)Tahun Baru 2015Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
3 Jan (Sabtu)Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)Seluruh negara
14 Jan (Rabu)Hari Keputeraan YDB Negeri SembilanNegeri Sembilan
18 Jan (Ahad)Hari Keputeraan Sultan KedahKedah
1 Feb (Ahad)Hari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan dan, Putrajaya
3 Feb (Selasa)Hari ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor
19 Feb (Khamis)Tahun Baru CinaSeluruh negara
20 Feb (Jumaat)Tahun Baru Cina (Hari Kedua)Kecuali Kelantan dan Terengganu
4 Mar (Rabu)Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
3 Apr (Jumaat)Good FridaySabah dan Sarawak
15 Apr (Rabu)Hari Melaka Bandaraya BersejarahMelaka
26 Apr (Ahad)Hari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
1 May (Jumaat)Hari PekerjaSeluruh negara
3 May (Ahad)Hari WesakSeluruh negara
7 May (Khamis)Hari HolPahang
16 May (Sabtu)Israk dan MikrajKedah, Negeri Sembilan dan Perlis
17 May (Ahad)Hari Keputeraan Raja PerlisPerlis
30&31 May (Sabtu&Ahad)Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah dan Labuan
1&2 Jun (Isnin&Selasa)Perayaan Hari Gawai DayakSarawak
6 Jun (Sabtu)Hari Keputeraan YDP AgongSeluruh negara
18 Jun (Khamis)Awal RamadanJohor, Kedah dan Melaka
4 Jul (Sabtu)Hari Nuzul Al-QuranKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu
7 Jul (Selasa)Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
11 Jul (Sabtu)Hari Jadi YDP Pulau PinangPulau Pinang
17&18 Jul (Jumaat&Sabtu)Hari Raya PuasaSeluruh negara
31 Aug (Isnin)Hari KebangsaanSeluruh negara
16 Sep (Rabu)Hari MalaysiaSeluruh negara
13 Sep (Sat)Hari Jadi YDP SarawakSarawak
24 Sep (Khamis)Hari Raya QurbanSeluruh negara
25 Sep (Jumaat)Hari Raya Qurban (Hari Kedua)Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
3 Oct (Sabtu)Harijadi YDP SabahSabah
9 Oct (Jumaat)Hari Jadi YDP MelakaMelaka
14 Oct (Rabu)Awal Muharram (Maal Hijrah)Seluruh negara
24 Oct (Sabtu)Hari Keputeraan Sultan PahangPahang
10 Nov (Selasa)Hari DeepavaliKecuali Sarawak
11&12 Nov (Rabu&Khamis)Hari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
18 Nov (Rabu)Hari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
22 Nov (Ahad)Hari Keputeraan Sultan JohorJohor
27 Nov (Jumaat)Hari Keputeraan Sultan PerakPerak
11 Dec (Jumaat)Hari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
24 Dec (Khamis)Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)Seluruh negara
25 Dec (Jumaat)Hari KrismasSeluruh negara
          http://www.malaysiatercinta.com/
         


Read more ...