Welcome to Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.
Siapa sangka di tengah-tengah kota metropolitan, ada sebuah kawasan hutan yang telah dipulihara dan dipelihara serta telah membangun sebagai pusat rujukan terkemuka dalam penyelidikan perhutanan.
Kawasan sekitar FRIM telah dibahagikan mengikut zon : A-H dan antara zon-zon yang menjadi tarikan pengunjung ialah :
- Zon B : Paya burung (wetland)
- Zon C : Taman Etno-botani
- Zon D : Denai Keruing & Denai Salleh
- Zon G : Titian Kanopi/ kawasan perkelahan (air terjun) / rumah tradisional (Rumah Terengganu)
- Zon H : Abboretum Dipterokap
Tujuan utama kami sekeluarga ke FRIM kali ini adalah untuk trekking hutan FRIM dan naik Titian Kanopi. Kedua, adalah untuk selfish menggunakan mug Ephyra yang diperolehi dari Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016. #SBB 2016 telah berlangsung pada 16hb April 2016 dan telah menjadi satu kenangan yang indah dalam dunia blogging Malaysia. Bagaikan kata, meraikan dan diraikan. Ibarat kongsi dan perkongsian. Hatta, memberi dan menerima. Majlis tahunan kali ke-5 kali ini bermula dari edisi #SBB2012 sehinggalah pada tahun ini di #SBB2016. Acara ini telah berlangsung di Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur. Jam: 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.
Malang sekali, titan Kanopi itu telah ditutup untuk orang ramai sejak bulan September 2015 sehingga kini. Pembaikan sedang berjalan. Saya tidak membuat homework yang secukupnya dan tidak mengetahui titian kanopi masih belum dibuka lagi untuk orang ramai. Sampai ke pintu gate, baru disedari bahawa titian ini masih ditutup. Apa sekalipun banyak lagi tarikan di kawasan ini seperti di Zon B, C,D, G dan H.
Info Bayaran :
1. Bayaran masuk ke FRIM ialah RM5.00/kereta - caj dikenakan ikut kereta dan bilangan ahli dalam kereta. Contohnya kami berempat naik sebuah kereta dikenakan caj masuk sebanyak RM8.00/entry tolak RM1 kerana ada seorang OKU. OKU adalah percuma. Jumlah Tax (GST@6%) RM0.42. Jumlah perlu dibayar : RM7.40
2. Jangan lupa bawa minuman dan makanan.
Keputusan kami adalah ke Zon G : Titian Kanopi/kawasan perkelahan (air terjun) walaupun Titian Kanopi ditutup. Blog ini ditulis pada 4hb April 2016 Titian Kanopi masih belum dibuka lagi. Anda boleh menghubungi pihak FRIM sekiranya ingin ke Titian Kanopi di Tel : 603-62797000 atau email : feedback@frim.gov.my. Alamat : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan. Renjer hutan dan saintis telah memulih semula kawasan ini sejak tahun 1926. Dahulu kawasan ini adalah kawasan lombong tinggal, kebun sayur dan belukar semata-mata.
Moh ikut kami ke Air Terjun FRIM. Ibarat kata, "Bagi mereka yang bersedih, lihatlah keindahan alam. Bagi mereka yang merasa sempit, lihatlah luasnya semesta. Dan bagi orang-orang kecil, lihatlah besarnya alam semesta ini."
Jambatan rusty di penghujung jalan Air terjun FRIM
Dr. Nassier anak no 2 kami di Jambatan Rusty
Naim, anak OKU kami. Anak Syurga.
Batu hamparan untuk berpinik
Air Terjun yang semakin kering akibat Elnino
Aku dan Ephyra
Pepatung dan Ephyra