Showing posts with label Bali Island. Show all posts
Showing posts with label Bali Island. Show all posts

Wednesday, 2 December 2015

Mafia Money Changers Di Bali



Wajah di Pantai Kuta, Bali.


Bali memang terkenal dengan keindahan pantainya. Memang sesuai untuk honeymoon. Di sini, teman menceritakan tentang Scam. Scam yang terkenal di kalangan money changer,terutama di tepi jalan. Apabila kita terlebih belanja, kita akan mencari jalan untuk tukar kepada rupiah.

Anda perlu berhati-hati. Terutama, dengan kedai-kedai kecil di sekitar jalan Legian atau Kuta Beach. Biasanya depa akan tawar exchange rate yang lebih murah daripada harga pasaran.

Katakan hari ini (20hb November,2015) teman check kat website Moneymaster (mid valley) 1 juta = RM323.  Selain itu, boleh juga check di website Spectrum forex (nu sentral) sama juga. Depa akan tawar RM 300 katakan. Lebih murah dari pasaran. Berhati-hati semasa depa mengira wang tukaran itu. Semasa mengira, kami pun sama-sama mengira, mata tidak terlepas dari melihat gerak geri tangannya. Apabila wang itu diserahkan kepada kami, nampaklah beberapa kepingan note itu jatuh masuk semula ke dalam laci. Dia tak mengaku dan semena-menanya naik angin. Apabila diminta duit tukaran itu dikira semula, depa keras tak bagi dan siap ugut 'nak tukar ke tak'. Bila tak nak dan keluar dari kedai itu, kami masih kena sumpah seranah. Depa akan menyebabkan ketakutan di pihak kita. Teman pun menjadi takut dengan kejadian itu.  Kadang kala, bila dipulangkan duit, depa akan halau kita. Buat kita macam sampah. Jenguh juga bertengkar dengan depa. Stress jadinya.

Anda boleh goggle Youtube com, melihat kejadian seumpama itu. Scam money changer sangat terkenal di Bali. Video di atas adalah contoh scam untuk tonton anda.

Pengajaran daripada pengalaman teman :

i)   Baik aktifkan kad CIMB Antarabangsa anda. Boleh keluar duit di CIMB niaga.
ii)  Cari pengurup wang berlesen dan syarikat besar.
iii) Depa akan gunakan note yang kecil, senang untuk scam dan menggelirukan pelanggan.      Padan muka kerana tukar di backlaner money changer.
iv) Jangan termakan dengan kadar tukaran wang yang tinggi.
v)  Depa pandai tarik perhatian kita dan sangat mesra dengan muka yang manis.
vi) Boleh tukar di tempat yang rasmi seperti di Bank MANDIRI

Biar tukaran wang itu sedikit daripada terkena scam seumpama itu. 





Read more ...

Monday, 18 November 2013

Taman Ayun Mengwi Temple Part XI

The Island of Thousand Temples

Taman Ayun Temple

Kami melawat tempat ini disebelah awal pagi dan bayaran masuk adalah Rph 30,000. Pemandangannya begitu indah. 

Taman Ayun Temple is a Royal Temple of Mengwi Empire and it is located in Mengwi Village, Mengwi sub district, Badung regency and about 18 Km north side of Denpasar town. It is strategically located beside of major roadway between Denpasar to Singaraja. It is set on the land which is surrounded by the big fish pond and look like a drift on the water. It owns the beautiful temple building with multistoried roof and Balinese Architecture. The wide beautiful landscape garden in front courtyard to welcome all visitors who come and visit this temple. It is a beautiful place to visiton your vacation in Bali.




Read more ...

Friday, 15 November 2013

Kebesaran illahi Jalanan ke Uluwatu Part XII

Yang Pelik dan Aneh

Bali : The Land of Thousand Temples

Kami telah bergerak awal ke Uluwatu, Bali kira-kira jam 10.00 pagi. Elok pergi awal takut tasik diliputi kabus. Nanti tak nampak apa-apa seperti semalam di Gunung Batur. Kami berasa kecewa terutamanya cinta. Bukan rezeki kami. Kami tidak menghabiskan masa yang begitu lama di Taman Ayun,sekadar mengambil gambar dan menikmati keindahan alam. Destinasi yang hendak kami tuju disertakan gambar seperti di bawah. Awesome kan tempat itu. Itu adalah antara dua tempat yang paling saya suka tentang Bali dalam lawatan kali ini. Satu lagi adalah Tanah Lot.

Anda tentu tertanya apa yang pelik dan aneh berdasarkan entri saya. Sama-sama kita tunggu.

Uluwatu, Bali....ini adalah destinasi kedua untuk hari ketiga. Kami ada tiga destinasi untuk hari ini. 

Read more ...

Thursday, 14 November 2013

Bali Island : Itinerary Untuk Hari Ketiga Part X

Bali - The Island of Thousand Temples
(14 Sept hingga 17 Sept 2013) Part X

Saya menulis untuk hari ketiga, dah sampai Part X. Kami bertolak dari Kuta Beach, penginapan kami adalah berdekatan dengan Pantai Kuta.


 Persekitaran Penginapan Sewa Kami  : Puri Jayaraja Guest House ( Sewa termasuk cukai : RM78 sehari)

Kami tinggal di tingkat bawah, berdekatan dengan tangga, sebelah kiri anda.

Read more ...

Friday, 25 October 2013

Bali Island-Tegalalang, Ubud-Part IX


Bali - The Island of Gods.

(14hb September - 17hb September,2013)


Hari telah hampir melabuhkan tirai. Ini adalah destinasi kami yang terakhir untuk hari yang kedua di Bali. Banyak juga tempat yang kami lawati kerana pemandu pelancong sungguh baik hati dan mengikut kehendak hati kami. 

Kami sempat singgah di Tegalalang, Ubud. Pemandangan adalah padi bukit yang sungguh hijau menawan. Kami sepatutnya dikenakan bayaran Rph5,000. Tapi memandangkan sudah lewat petang kami masuk secara percuma. Memang dah rezeki kami. Kawasan ini adalah destinasi pelancongan yang terkenal. Anda pasti bertemu dengan Tegalalang kerana terletak di tepi jalan dalam perjalanan ke kitamani dari Ubud. Sebahagian penduduk bekerja sebagai petani mengusahakan padi bukit. Di kiri kanan jalan, anda pasti bertemu dengan kedai cendera hati di tepi jalan.


Read more ...

Thursday, 24 October 2013

Bali Island-Bayung Bagus-Part VIII

Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)


Bayung Bagus, Bali Plantation Visit



Kali ini kami melawat ke Bayung Bagus. Saya boleh menggambarkan ladang kopi ini sebagai eco friendly farm, ada dijual kopi luwak, dan juga organic products. Banyak juga ditanam buah-buahan. Mereka menyambut kedatangan kami dengan penuh kemesraan dan penuh dengan senyuman. Waktu pun hampir petang, dan merupakan destinasi yang kedua terakhir pada hari kedua.  


Buah Markisa

Bayung Bagus

Read more ...

Wednesday, 23 October 2013

Bali Island-Gunung Kitamani-Part VII


Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)

Gunung Kitamani, Kabupaten Bangli.



Berikut adalah entri pada hari kedua, akan lawatan kami ke Gunung Kitamani di kabupaten Bali. Kintamani terletak di Central Bali, menghala ke utara dan lokasi destinasi pelancongan kami yang paling jauh  ke utara. Bayaran masuk adalah Rph 20,000. Dicaj keseluruhan tidak mengira jumlah pelancong.

Setelah kira-kira 2 jam  setengah perjalanan dari Kota Denpasar, kita akan sampai di kawasan ini, yang disebut sebagai Penelokan, yang sesuai dengan namanya dalam bahasa Bali yang bererti tempat untuk melihat-lihat merupakan lokasi yang paling strategis untuk menikmati pemandangan alam di kawasan wisata ini. Penelokan terletak di Kedisan, salah satu desa di Kec. Kintamani.

Dari Penelokan kita akan menyaksikan pemandangan menakjubkan. Kombinasi antara Gunung Batur beserta hamparan bebatuan hitam dengan Danau Batur yang berbentuk bulan sabit berwarna biru di sebuah kaldera yang  dikatakan sebagai kaldera terindah di dunia. Penelokan sudah mempunyai infrastruktur yang cukup memadai sebagai tempat wisata, antara lain penginapan maupun restoran.

Sumber :http://id.wikipedia.org/wiki/Kintamani,_Bangli

Berikut adalah pemandangan Gunung Batur serta Danau Batur  :

Sumber : Mountinblack. blogspot.com


Read more ...

Tuesday, 22 October 2013

Bali Island-Pura Tirtha Empul-Part VI

Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)

Pura Tirtha Empul, Tampak Siring, Gianyar.


BismillahahiRRahmananiRRahiim

Entri kali ini adalah tentang Pura Tirtha Empul, Tampak Siring. Bayaran masuk adalah Rph 15,000.


Tirta Empul Temple (IndonesianPura Tirta Empul) is a Hindu temple in the middle of Bali Island, Indonesia, famous for its holy water where Hindu Bali people go for purification. Tirta Empul Temple was built in 962 A.D. during the Warmadewa dynasty (from the 10th to 14th centuries), at a site where there was a large water spring.
On the left side of the temple is a modern villa on the hill. built for President Sukarno's visit in 1954, which is now used as a rest house for important guests.

Source :http://en.wikipedia.org/wiki/Tirta_Empul_Temple

Konon terdapat sebuah cerita tentang seorang raja yang bernama Mayadenawa, Mayadenawa sangat sakti tetapi jahat. Bhatara Indra pun diutus dari langit untuk membunuh Mayadenawa. Mayadenawa kewalahan lalu melarikan diri dengan berjalan sambil memiringkan telapak kakinya agar tidak terdengar oleh Bhatara Indra. Dari sanalah kemudian muncul nama sebuah desa Tampak Siring. Mayadenawa kemudian meracuni pasukan Bhatara Indra dengan air yang sudah diracuni, Bhatara Indra lalu menancapkan sebuah bendera ke tanah dan tersembur air yang dijadikan penangkal racun Mayadenawa. Konon sumber air itulah yang kini disebut Tirta Empul.

Sumber : http://imadewira.com/pura-tirta-empul-tampak-siring/



Read more ...

Monday, 21 October 2013

Bali Island-Gunung Kawi, Ubud-Part V

Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)

Gunung Kawi, Ubud, Bali


BismillahahiRRahmananiRRahiim


Entri kali ini masih lagi hari kedua kami di Bali. Saya juga menulis sedikit demi sedikit berdasarkan tempat yang kami lawati. Kali ini, kami ke Gunung Kawi, di Ubud. Tempat ini saya ketahui dari bacaan goggle dan diperkenalkan oleh  Trip advisor. Saya suka sangat tempat ini kerana menggabungkan pelbagai unsur yang terdapat di Bali. Gunung Kawi mengandungi kuil-kuil Hindu, sawah padi, pokok kelapa, orang-orang Bali, persiapan untuk berpesta, sungai, batu gunung, gua-gua pertapaan, kubur diraja, tangga dan kedai-kedai jualan.

Read more ...

Sunday, 20 October 2013

Bali Island-Simply the world's best Island-Part IV

Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)

BismillahahiRRahmananiRRahiim


Kali ini kami melawat dua lagi tempat iaitu satu ke Pura (temple) dan satu lagi ke Pusat Ukiran Kayu. Entri ini masih pada hari kedua iaitu 15 September.2013. Berikut adalah entri tentang Pura Puseh Pura Desa Adat Batuan. Pura ini adalah tempat ibadat bagi orang Hindu di Pulau Bali.






Read more ...

Saturday, 19 October 2013

Bali Island- Batuan Painting Bali-Part III

Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)

BismillahahiRRahmananiRRahiim



Berikut adalah entri ketiga, masih lagi hari kedua. Kali ini kami dibawa melawat Batuan Painting Bali. Penuh dengan lukisan Bali. Kami memang suka Lukisan Bali. Menurut pelukis yang melayan kami, apabila seseorang pelukis semakin banyak membuat pameran, semakin tinggi harga karya jualannya. 

Kami telah melawat sebuah keluarga yang keturunan mereka adalah pelukis, seramai 11 orang berbakat dari satu keturunan tetapi berlainan bapa.Mereka telah diasah bakat sejak kecil lagi. 

Ada di kalangan blogger yang bertanya akan harga di Bali. Harga yang dikenakan oleh penjual adalah berbeza antara satu sama lain. Kadang kala, kita berasa pening dibuatnya. Apa yang saya boleh katakan adalah kita mesti pandai tawar menawar dan gunakalah kebijaksanaan anda dalam membeli barangan. Tawarlah sehingga 60% daripada harga asal. Ada di kalangan penjual yang cuba mengambil kesempatan ke atas pelancong asing.




Gamelan menyambut kedatangan kami

Read more ...

Friday, 18 October 2013

Bali Island-Simply the world's best Island-Part II


Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)

BismillahahiRRahmananiRRahiim

Di sini adalah sambungan entri kedua. Buat diri saya, Bali adalah antara destinasi pelancungan kesukaan saya. Bali sesuai untuk honeymoon dan memiliki pemandangan antara yang tercantik di Indonesia.  Kali ini Pemandu pelancong bawa saya ke Yan Yan Gold Silver,pusat, membuat barang-barang kemas dari Perak dan emas. Kami telah melawat Desa Celuk @ Gianyar. Gianyar adalah menghala ke utara sebelum Ubud, yang terletak di Central Bali.

Saya suka pemandu pelancong, Afant kerana keramahan dan keikhlasannya memberi perkhidmatan yang terbaik buat pelanggannya. Dia cuba sedaya upaya memuaskan hati kami. Kami diberi pilihan menentukan tempat yang kami hendak melawat. Misalnya, saya pilih untuk tidak pergi ke Barong keris Dance Show dan Sea Food di Jimbaran. Kami harus pilih kerana masa amat mencemburui kami.



Pintu Masuk Yan Yan

Read more ...

Thursday, 17 October 2013

Bali Island-Simply the world's best Island-Part I

Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)

BismillahahiRRahmananiRRahiim

Kita boleh mengenali Bali melalui peta sebelum berlepas bercuti ke Bali. Saya sangat suka peta. Peta adalah kegemaran utama saya sejak di bangku sekolah lagi. Guru sekolah perlu menggelar saya Mr Peta suatu masa dahulu. Bali terbahagi kepada enam bahagian seperti yang berikut :

Peta Bali
Hari Pertama & Kedua : 14hb & 15hb September,2013 (Part 1)

South Bali (KutaBukit PeninsulaCangguDenpasar,JimbaranLegianNusa
Dua
,SanurSeminyakTanah Lot)
The most visited part of the island by far, with Kuta Beach and chic Seminyak.
Central Bali (UbudBedugulTabanan)
The cultural heart of Bali and the central mountain range.
West Bali (NegaraGilimanukMedewi BeachPemuteranWest Bali National Park)
Ferries to Java and the West Bali National Park.
North Bali (LovinaSingaraja)
Quiet black sand beaches and the old capital city.
East Bali (AmedBesakihCandidasaKintamaniKlungkungMount AgungPadang BaiTirta Gangga)
Laid back coastal villages, an active volcano and the mighty Mount Agung.
Southeastern Islands (Nusa LembonganNusa PenidaNusa Ceningan)
Quiet offshore islands in the southeast, popular for diving activities.

Read more ...