Wednesday 29 August 2018

Pokok Rambai : Penutup tirai musim buah-buahan

Buah rambai penutup musim buah-buahan Malaysia.

Oleh Noor Hidayah Hanapi dan Muhammad Khairuddin Lim

Orang tua-tua menamakan buah rambai ni sebagai buah penutup musim..sebab apa namanya macam tu? Sebab bila pokok rambai dah mengeluarkan buah, itu tandanya buah-buah lain macam durian, rambutan dah tak mengeluarkan buah..maka berakhirlah musim buah pada kali tu

Ada umur panjang dan rezeki kita jumpa lagi di musim akan datang. Kita berpisah untuk bertemu lagi. Bukan bertemu untuk berpisah.

Susah dah nak jumpa buah rambai sekarang..buahnya yang masam menjadikan beliau kurang fofuler
Buah rambai ni tumbuh bergugus-gugus..cantik sangat..biji dalam nya ada 3 je..ada masam manis dan ada yang masam meleting.

Jom layan gambar pokok dan buah rambai.


Pokok rambai besar merendang di Sungai Jurong


Buah rambai yang muda berwarna hijau

Pohon rambai yang menjuntai-juntai mengoda sukma

Gugusan buah rambai


Nyummeh


Masam Manis buah rambai

Kulitnya nipis, isi dalam ada 3 sahaja.

Isi rambai
Read more ...

Wednesday 15 August 2018

Bunga tahi ayam Latana atau bunga pagar

Pokok Bunga Tahi Ayam atau nama saintifik Lantana Camara. Juga dikenali sebagai Bunga Pagar.

Bunga ini salah satu bunga kegemaran teman. Teman suka kerana bentuk bunga yang cantik berbentuk payung. Teman suka baunya walaupun kurang menyenangkan. Baunya sesuai dengan jiwa teman. Bunga ini adalah sebagai penghalau nyamuk. Lagipun, jarang dirosakkan serangga atau pun  haiwan kerana pokoknya beracun.  

Pokok ini mudah disebarkan oleh burung melalui bijinya. Pokok ini pokok beracun. Haiwan-haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan biri-biri boleh  jatuh sakit sekiranya memakannya. Walau apa sekali pun, saya sangat menyukai bunga ini, cantik di mata dan hati teman. Pokok adalah tumbuhan liar di negara kita atau Malaysia wild flower.

 Merah oren

 Bentuknya seperti payung

Warna putih

Read more ...

Wednesday 8 August 2018

Green House Lezatta, Bukit Tinggi

Kota Bukit Tinggi, Sumatera Barat.
Green House Lezatta terletak di Jalan Raya Bukittinggi-Payakumbuh, km 9.5, Kabupaten Agam, Sumatera Barat.     
Sekiranya anda adalah dari Kota Bukit tinggi, Rumah Hobbit ini berada di sebelah kiri jalan sebelum SPBU Baso. Taman ini juga dikenali sebagai Taman Tirtasari yang berjarak sekitar kira-kira 30 minit dari Kota Bukit tinggi. Tetapi sekiranya dari arah Pekan Baru, setelah SBPU Baso, adalah  kira-kira 100 meter, di sebelah kanan jalan. 
Akses ke sini melalui pengangkutan awam, adalah dengan menggunakan angkot biru muda dari Aur Kuning
Waktu masuk adalah kira-kira Rp15,000 untuk orang dewasa dan kanak-kanak adalah sekitar Rp10,000
Pemandangan di sini menakjubkan dengan keindahan yang hijau saujana mata memandang. Anda boleh melawat rumah hobbit dan rumah Barbie.  Di sini terdapatnya kolam ikan, warung makanan, dan lain-lain. Terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan di sini seperti orkid, kaktus dan tanaman hiasan yang lain. Keluarga anda pasti terhibur dan akan membawa pulang seribu kenangan.  

Green House Lezatta Garden
Imah begitu terpesona dengan bunga-bunga ros 
 Imah berjalan-jalan di sekitar taman bunga.

 Taman bunga yang begitu tersergam indah

 Landskap taman hobbit begitu indah

 Imah dengan pelbagai aksi

 Taman ini bagaikan Indera di kayangan

Imah dan rumah hobbit


 Begitu  indahnya rumah hobbit walau pun senget atau miring. 

Imah dan teman kuliah.

 Imah bersama sahabat seperjuangan di Universiti Andalas

Imah pulang membawa tangisan bahagia, seribu kenangan di taman hobbit.
Read more ...