Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Kredit : Malaysiansmustknowthe truth.blogspot.com
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah adalah sepanjang 24 kilometer dengan 17 kilometer merentasi Selat Selatan itu menghubungkan Batu Maung di bahagian Pulau dan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai. Jambatan ini adalah jambatan atas permukaan air terpanjang di Asia Tenggara mula dibina pada 2008 membabitkan kos keseluruhan RM4.5 bilion dan telah dirasmikan pada 1 Mac 2014.
Jambatan ini dikatakan jambatan atas permukaan air yang ke 20 terpanjang di dunia. Diharap Jambatan ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang. Jambatan ini juga dapat memberi impak positif kepada sosio-ekonomi penduduk setempat.
Pandu Arah ke Jambatan Pulau Pinang Kedua
i) Sekiranya anda dari selatan dan hendak menghala ke Pulau Pinang melalui Lebuh Raya PLUS
Sila ikut hala ke Batu Kawan di Seberang Perai dan susur keluar di Exit 157 (E28) untuk ke Batu Maung di Pulau Pinang. Dengan Sistem Tol Bersepadu, pengguna dari PLUS hanya perlu membuat bayaran di Laluan khas Plaza A (Plaza Tol Bersepadu Jambatan Kedua Pulau Pinang/ Plaza Tol Plus Bandar Cassia).
ii) Sekiranya ke Pulau Pinang dari Simpang Ampat
Bagi pengguna dari laluan R1 ke Simpang Ampat (P172) menghala ke Stadium Batu Kawan melalui Jalan Bukit Tambun ke Persiaran Bandar Cassia, sila ikut papan tanda dan membuat pembayaran tol di Plaza Tol Bersepadu Jambatan Kedua Pulau Pinang.
iii) Sekiranya anda dari Pulau Pinang
Di penghujung jambatan, terdapat dua arah dari Batu Maung.
Di sebelah Kanan (Utara) iaitu menghala ke Bayan Lepas, Glugor dan Georgetown.
Di sebelah kiri (Selatan) iaitu menghala ke Balik Pulau, Teluk Kumbar dan Batu Maung.
iv) Sekiranya anda dari Pulau Pinang ke PLUS/Simpang Ampat
Dari Batu Maung, anda hanya perlu mengikuti papan tanda Jambatan Kedua Pulau Pinang.
* Jalan masuk berhampiran dengan Kawasan Perindustrian berdekatan Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu.
Kredit : Mingguan Malaysia (02.03.2014)