Showing posts with label Lata Medang & Lubuk Mercu. Show all posts
Showing posts with label Lata Medang & Lubuk Mercu. Show all posts

Monday, 18 May 2015

Air Terjun Lata Medang & Lubuk Mecu

Kuala Kubu Bharu, Selangor

Air Terjun Lata Medang terletak di Kg. Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Ia terletak dalam perkampungan orang asli moden. 

Laluan ke Air Terjun Lata Medang, adalah pertama kita perlu melalui pekan Kuala Kubu Bharu menuju ke Bukit Fraser. Jalannya adalah menuju ke Sg. Chiling. Anda perlu melalui dua Jambatan. Anda nampak papan arah ke Kg Pertak, di Jambatan yang kedua. Papan arah itu terletak betul-betul di hujung jambatan yang kedua. Empangan Kuala Kubu Bharu di sebelah kiri anda dan pastikan anda belum sampai ke Sg Chiling. 

Ikut jalan masuk ke Kg Pertak, terus jalan sampai ke simpang 3 ambil kanan dan terus lagi sampai ke hujung jalan yang tidak bertar (tanah merah). Anda boleh letak kereta di bahu jalan atau tempat letak kereta yang tidak berturap. Pastikan kenderaan anda tidak menghalang kereta yang keluar masuk. Tinggalkan no talipon sekiranya anda menghalang jalan orang lain.

Berikut saya lakarkan peta kedudukan Lata Medang dan Lubuk Mercu mengikut pengalaman saya yang telah beberapa kali ke sana.

Peta arah ke Lubuk Mecu dan Lata Medang

Masa perjalanan adalah dua jam lebih sebelum anda sampai ke Lata medang bergantung kepada stamina dan pengalaman anda sendiri. Elok mulakan perjalanan di awal pagi, seawal yang boleh. Katakan kira-kira 7 atau 8 pagi. Ini demi keselamatan diri anda sendiri. Biasanya hujan akan turun di sebelah petang. Sekiranya berlaku hujan lebat, cepat-cepat beredar dari air terjun dan jangan mandi semasa hujan lebat. Biasa akan berlakunya kepala air. Anda pasti hanyut dengan kepala air yang begitu deras. Elok naik ke atas awal dan turun balik sebaik-baiknya pukul 1.00 tengah hari. Jauh perjalanan adalah kira-kira 12 km dua hala. Sehala 6 km.

Perjalanan agak mudah, anda perlu melalui Jambatan pertama seperti di bawah :
  
Jambatan Pertama


Berikut adalah Jambatan kedua yang agak bahaya semasa hujan lebat. Anda tidak boleh menyeberangi semasa hujan lebat. Airnya sangat deras. Tunggu sehingga hujan reda dan air surut baru boleh melintas. Berhati-hati semasa di sini. Di sini adalah tempat yang merbahaya. Saya redah air semasa air kurang. Saya tidak suka melintas di atas jambatan yang rasanya kurang stabil. 

Jambatan kedua. Check point yang bahaya semasa hujan lebat.

Daripada jambatan ke 2 yang runtuh, terus jalan sehingga berada di simpang pertama. Ambil jalan ke kiri dan jalan ini menghala ke Lata Medang. Jalan ke sebelah kanan adalah menghala ke Bukit Kutu seperti yang kelihatan di gambar di bawah :  

Anda akan mendengar deruan air Lata Jebus di sebelah kiri anda sehingga lama kelamaan deruan air itu hilang dan tidak lama lagi akan bermula cabaran yang semakin mencabar. 

Selepas simpang yang kedua, perjalanan adalah lebih mencabar, mencanak, mendaki dan terus mendaki. Terus mengikut ke kanan, kerana akan sampai ke satu persimpangan seperti yang peta lakaran saya yang merupakan trek ke Luit Fall. Satu kepastian, anda jarang berselisih dengan orang dan tidak seperti Santuari Ikan Sungai Chiling yang begitu ramai umat manusia.  

Akan sampai ke satu tempat yang kiri kanan memang banyak pokok buluh

Backpack buddies ke Lata Medang

Sungguh stylo abam-abam Sado Backpack Buddies kumpulan kami.

Pokok-Pokok yang besar dan gagah perkasa ini petanda anda telah hampir sampai ke Lubuk Mecu

Lubuk Mecu

Air Terjun Lata Medang adalah kira-kira 180 meter jauhnya dari Lubuk Mecu. Anda perlu mengambil masa kira-kira 10 sehingga 15 min untuk sampai ke sana. Anda perlu mencari tanda ini untuk naik ke Lata Medang. Petanda ini berada di sebelah bahu kiri anda. Berhati-hati saya tersesat di sini walaupun ke sini dah  2 kali.

Cari tanda ini untuk naik ke Lata Medang

Perlu jumpa titi buatan orang asli

Anda akan jumpa satu lagi persimpangan ketiga untuk ke Lata Medang. Satu ke kiri dan satu ke kanan. Jalan ke kiri menuju ke dataran tinggi. Makin lama anda mendaki makin tinggi dan Lata Medang semakin jauh di bawah. Lata Medang berada nun jauh di bawah. Ini bermakna anda telah sesat jalan. Ambil jalan ke sebelah kanan anda. Petanda adalah pokok yang telah ditoreh separuh. Lain kali ada sesiapa yang pergi lagi sila letak tanda yang jelas. Letak riben atau mungkin saya akan ikat kain lusuh di tengah pokok. Saya pasti ke sini lagi. Tempat ini umpama syurga di dunia. Tempat yang begitu jernih airnya. Tempat yang jarang diterokai dan dicemari. Bukan semua orang dapat ke sini. One of the heaven on earth. Air terjun ini ada dua strata, satu bahagian atas dan satu lagi bahagian bawah. Saya lebih suka bahagian atas, lebih cantik dan bagaikan satu kolam abadi dengan pemandangan yang menakjubkan. 

Ikut Kanan dan jalan ini menghala ke lata Medang

Kami berkhemah di atas tanah lapang di Lata Medang

Air terjun Lata Medang Strata ke 2, Bahagian atas

Syurga di dunia, Kolam abadi
  
Air Terjun Lata Medang bahagian bawah
 
Main gelongsor meluncur laju

Air Terjun Lata Medang bahagian bawah

Read more ...

Friday, 15 May 2015

Lata Medang dan Lubuk Mercu

Daypack at Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan

The most magnificent waterfall ever. Trekking will take almost 2 and half hours. Use road to Bukit Kutu, after crossing the 2nd bridge (half collapse bridge) turn left, then walk again about 30 mins, turn right, track is not different as the 1st phase, but getting harder at the 2nd phase. Campsite is at lubuk Mercu and later walk to the left of Lubuk Mercu. Waterfall to lata Medang is around 5 - 10 minutes trekking.

www.offdcouch.com
Malaysiawaterfallstravellogue.wordpress.com

Itinenary ke Lata Medang (daypack)
Sabtu,16 may 2015 :

6.30 am - berkumpul di Pekan Kuala Kubu Bharu,Selangor utk bekpes..tapau lunch sekali.

7.00 am - start bergerak ke kg org asli pertak
7.30 am - start trekking ke Lata...kita akan berehat 5 mint mungkin untuk setiap setengah jam.
10 @10.30 am - dijangka tiba di Lata Medang....mandi manda dan makan
2.00 pm - bergerak pulang ke parking
4.00 pm - tiba di parking...balik umah masing-masing

Barang-barang yang perlu dibawa :

1) pakaian trekking yang sesuai..jeans jangan pakai
2) kasut hiking/adidas kampung kalau ada...kalau tidak ada kasut sukan pun boleh...tapi pastikan tapak tidak botak.
3) baju mandi...nak mandi pakai baju trekking tadi pun boleh...selesa atau tidak je la
4) kalau boleh,bawa 1 set persalinan...simpan dalam kereta
5) plastik hitam 2atau  3 helai
6) air minuman at least dlm 2 liter..nak bawa kismis ke,madu ke,coki2 ke,pun boleh
7) headlamp / torchlight with BATTERIES
8) insect repellent/extra stoking/hiking poles/topi/glove/poncho adalah optional....terpulang nak bawa ke tidak
Read more ...