Showing posts with label Parit Jawa Muar. Show all posts
Showing posts with label Parit Jawa Muar. Show all posts

Monday, 4 May 2015

Gerai Asam Pedas Parit Jawa

Parit Jawa, Muar

Muar terkenal dengan masakan asam pedas. Anda perlu singgah di Gerai Asam Pedas Parit Jawa, Muar. Di kawasan ini terdapat banyak pilihan. Di antara gerai-gerai di sini, saya suka Gerai Pak Yahya Asam Pedas dan Warung Dalisa.

Gerai Pak Yahya Asam Pedas terletak di antara sebarisan gerai dan paling hujung sekali. No Handset Pak Yahya 0122551762. Anda kena datang awal, gerai dibuka seawal pukul 11.00 pagi sampai habis dijual. Biasanya, menjelang pukul 2.00 petang dah habis dijual. Hari itu, saya lewat dan terpaksa makan di Warung Dalisa.

Asam Pedas Pak Yahya biasanya berharga RM13.00 satu set. Anda mesti makan panas. Saya suka makan ikan merah atau ikan nyok nyok masak asam pedas, sayur kubis, nasi putih dan sirap limau ais. Harga adalah berpatutan mengikut saiz ikan yang dipesan.  

Untuk sampai ke sini, anda boleh menggunakan Jalan Temenggong Ahmad atau Jalan Abdul Rahman. Gerai ini adalah kira-kira 15 kilometer dari bandar Maharani Muar, Johor.

 Gerai Asam Pedas Parit Jawa terletak berhampiran dengan Jeti Nelayan Parit Jawa.

 Bumbung Coklat itu adalah salah satu gerai asam pedas

Ikan masak  Asam Pedas segar di sini kerana terletak berhampiran dengan kampung nelayan

 Begitu indahnya panorama di sini sambil menikmati hidangan ikan masak asam pedas

 Bot-bot nelayan

 Nelayan, bot dan laut

 Ikan Nyok Nyok Masak  Asam Pedas

 Saya suka makan juga di Warung Dalisa
Read more ...