Dari Takayama ke Shinhotaka Ropeway
Menaiki Gondola / Double Decker Cable Car dari Nabedaira Kogen
flickr
Kami ke sini adalah untuk melihat salji yang memutih di pergunungan wilayah tengah Jepun dengan ketinggian melebihi 1000m di pergunungan Hotake yang mana terdapatnya gunung ketiga tertinggi di Jepun, Oku-Hotakedake. Stesen bawah adalah single cable car. Stesen ke 2, adalah double decker cable car, satu-satunya yang terdapat di Jepun yang menawarkan pemandangan yang sungguh indah di wilayah Okuhida.
Terima kasih tidak terhingga kepada Abang Meng, di antara satu-satunya traveller blogger yang ke situ. Untuk sampai ke puncak, kita perlu melalui dua Cable Car. Dari bawah (Stesen 1), lebih kurang 200 meter ( selama 5 minit)untuk ke Stesen Nabedaira Kogen. Di Stesen bawah, anda akan ketemu dengan Shin-Hotaka Visitors Center, restaurant, tempat mandi awam (onsen), kedai hadiah, Galeri Seni, trail mendaki dan tempat pelepasan untuk ke double decker ropeway. Dari Stesen Nabedaira Kogen (Stesen 2), kita akan naik sehingga ketinggian 2150 meter (selama 7 minit) untuk sampai ke puncak. Di sini, kita dapat melawat ke dek tinjauan, restaurant, trail mendaki dan laluan snow corridor.
Maklumat berikut diperolehi dari http://www.japan-guide.com/e/e5943.html
The lower station of the Shin-Hotaka Ropeway is connected by direct hourly buses to Hirayu Onsen (35-45 minutes, 890 yen one way) and Takayama Station (90 minutes, 2160 yen one way). Get off at the final stop, Shin-Hotaka Ropeway. Paid parking is available at both the ropeway's lower station and at the Nabedaira Kogen Station, but buses serve only the lower station.
HOURS
8:30 to 16:45 (April to November)
9:00 to 16:15 (December to March)
Longer hours in August and on weekends and holidays in October
9:00 to 16:15 (December to March)
Longer hours in August and on weekends and holidays in October
CLOSED
No Closing daysFEES
From the bottom: 2900 yen (roundtrip), 1600 yen (one way)From Nabedaira Kogen: 2800 yen (roundtrip), 1500 yen (one way)
Maklumat dari Abang Meng, yang telah membeli tiket di Lawson Takayama, dengan harga pakej 5050 yen (2014) dari mesin. Mesin adalah dalam bahasa Jepun. Kita memerlukan bantuan orang Jepun. Selepas itu, baucer itu boleh ditukarkan kepada tiket betul di Nohi bus station, terletak di sebelah Takayama train station. Pakej yang sama sekiranya membeli di kaunter tiket Takayama bus terminal adalah berharga 6500 yen (2014). Perbandingan antara Harga pakej dan harga tiket bas biasa, harga tiket bas biasa dan Shintotaka Ropeway biasa lebih mahal.
Rujukan Nohi bas (April,2016) adalah seperti berikut :
Rujukan Shinhotaka Ropeway adalah seperti berikut :
Anda perlu mendapatkan Shinhotaka Ropeway combination ticket : (Round trip bus ticket between JR Takayama Station & Shinhotaka & Shinhotaka Ropeway & Hotspring & Snack) adalah 6,690/ RM271.00 (2016).
Sekiranya membeli berasingan, Takayama & Shinhotaka 2 day ticket adalah 4,110 yen. Fares untuk both ropeways no 1 and no 2 adalah 2800 yen. Jumlah keseluruhan adalah 6,910/RM280 (2016)