Monday 30 June 2014

Mabuhay Manila 30 : Intramuros 1

440 yrs of St.Augustinians in Intramuros AD 1571 - 2011

Hari keempat (Isnin tengah hari)


Dari Rizal Park kami meneruskan perjalanan ke Intramuros, kota lama yang menyimpan banyak memori lama Filipina dan kemerdekaannya. Anda harus melawati daerah tertua di Manila. Kedudukan Intramuros adalah bersebelahan atau selari dengan Rizal Park. Di sekelilingi kota ini ada tembok batu yang tinggi yang dikekalkan sejak zaman pemerintahan Sepanyol lagi. Dinding oh dinding dan bangunan demi bangunan. Itu antara gambaran awal saya terhadap Intramuros.

Anda pasti kagum dengan Intramuros. Kota tua ini penuh dengan bangunan klasik dan bersejarah. Kota Intramuros sangat luas dan besar. Nak pusing satu Intramuros boleh, sama ada naik kereta kuda atau pun motor roda tiga. Anda boleh pusing satu Intramuros dengan harga PHP 500. Kami dah tak larat, takut jemu pula melihat bangunan demi bangunan. kan, Intramuros adalah tempat pertama berlakunya pertembungan budaya di Filipina.. Jadi ambil keputusan melawat tiga tanda landmark sebelum singgah ke Fort Santiago. Kami jalan kaki je, bukannya jauh mana pun..kan kami kaki travel.

Di antara  tiga landmark utama yang kami singgah adalah Monumen Peringatan Tentera Jepun, Gereja St. Augustin, dan Gereja Manila Cathedral  di antara gereja tertua di Filipina. Akhir sekali, kami menghabiskan hari-hari petang kami di Fort Santiago pelabuhan pertama yang dibina Sepanyol sebagai kubu pertahanan. 

Abang Kereta kuda : pandangan biasa di Intramuros

 440 years of St.Augustinians in Intramuros AD 1571-2011

 Antara Gereja tertua di Filipina

 Barbaras

 San Agustine Museum

 Kereta kuda lagi

 Sang Beca tengah menunggu pelanggan

 Wajah Panorama Gereja St. Augustine

 Antara bangunan lama yang masih kekal

 Peace on Earth

 Tugu Peringatan Tentera Jepun

 Bangunan bersejarah

Bangunan demi bangunan serta dinding demi dinding (Intramuros)
Read more ...

Sunday 29 June 2014

Saturday 28 June 2014

Friday 27 June 2014

Mabuhay Manila 29 : Rizal Execution Site

The Martyrdom of Dr Jose P. Rizal, Rizal Park

Tempat terakhir persinggahan kami di Rizal Park adalah Rizal Execution Site. Tempat Dr Rizal ditembak mati. Tempat ini agak tersorok sikit. Nasib baik tak miss tempat bersejarah ini. Tempat yang wajib dikunjungi. Memberi semangat kepada kita demi memperjuangkan nasib bangsa yang tertindas dek penjajah. Wah ada semangat pejuang bangsa..tergelak sendiri. Entrance fee agak murah, 20 Peso. (RM1.60).

Dr Rizal, pejuang kemerdekaan tanah air Filipina telah ditembak mati pada jam 7.03 pagi pada 30hb Disember 1896. Dr Rizal telah dibicarakan, didapati bersalah dan telah ditembak mati oleh penjajah Sepanyol. 


Keterangan tentang Rizal's Execution Site

Pondok Jualan Tiket

Rebahnya seorang penjuang bangsa

Jangan tembak bapa kemerdekaan Filipina

Baik kau yang mati

Aku tak sehebat Dr Rizal. Aku blogger. Aku bicara mata pena. 

Tempat duduk menyaksikan Dr Rizal ditembak mati

Paluan drum mengiringi kematian Dr Rizal

Doa diiringi sebelum kematian Dr Rizal

Skuad penembak Dr Rizal

Rebahnya seorang ibu. Kasih ibu membawa sampai ke syurga

My Last Farewell : Karya terakhir Dr Rizal sebelum kematiannya.

Jasamu tetap dikenang sampai bila-bila oleh serata penduduk dunia kerana menegakkan keadilan serta bangkit menentang kezaliman dan penindasan terhadap umat manusia. 
Read more ...

Thursday 26 June 2014

Mabuhay Manila 28 : Rizal Park 11

Formely Luneta (Rizal Park), Manila

Bahagian ini adalah sambungan dari bahagian 27 tentang Rizal Park. Rizal Park adalah landmark yang terkenal di Filipina. Anda harus melawat Rizal Park. Di sini juga bersemadinya pejuang kebangsaan Filipina, Dr Jose Rizal. Bapa pejuang kebangsaan yang menentang pihak penjajah Sepanyol sehingga Filipina mencapai kemerdekaan. Rizal Park dibina untuk memperingati perjuangan rakyat Filipina mencapai kemerdekaan. Tempat ini juga tempat Dr Rizal ditembak mati dan disemadikan.

Selain tarikan Lapu-lapu Monument, Museum of Filipino, Department of Tourism dan Taman Orkid di Rizal Park terdapat juga tarikan lain seperti berikut : 

Soul Waves

Filipino-Korean Soldier Monument

Soul Waves


Kereta Kuda : Pencari rezeki

Japanese Garden


Gerabak Keretapi : Caj 50 peso (RM4) untuk membawa anda ronda Rizal Park.

Lubang Merpati



 Di kejauhan kelihatan Rizal Monument dan Tiang bendera Filipina

 Chinese Garden

 Rizal's Monument

Rizal Monument adalah tarikan utama di Rizal Park. Monument ini terletak di tengah-tengah taman. Tugu Jose Rizal, bapa kemerdekaan Filipina pejuang yang menentang penjajah Sepanyol. Akhirnya, Dr Rizal ditangkap, dibicarakan dan didapati bersalah lalu ditembak mati. Terdapat sebuah tiang bendera yang tertinggi (150 kaki tinggi) di Filipina di hadapannya. Di hadapan monumen inilah pengisytiharan kemerdekaan Negara Filipina telah dibuat pada 4 Julai 1946 (Sumber Goggle)   


La Madre Filipino




Read more ...

Wednesday 25 June 2014

Mabuhay Manila 27 : Rizal Park 1

Lapu- lapu Monument & The Orchidarium, Rizal Park

Penceritaan kali adalah tentang Rizal Park. Anda harus melawat Rizal Park. Tempatnya adalah bersih dan terurus. Biasanya tempat awam adalah bersih dan terjaga sepenuhnya. Janganlah melawat sungai-sungai di bandar Manila. Sungai-sungai di bandar Manila adalah berbau busuk. Saya sendiri tidak tahan dengan bau sungai. Begitu juga dengan kawasan setinggannya. 

Sebaik sahaja anda memasuki Rizal Park anda akan menemui The National Museum di sebelah kiri anda. Di sebelah kanan anda adalah The Department of Tourism. Di tengah-tengahnya tersergam indah Lapu-Lapu Monument. Lapu-lapu adalah pejuang tempatan yang mengalahkan tentera Sepanyol yang diketuai oleh Ferdinand Magellan pada tahun 1521 dalam Battle Of Mactan. Ferdinand Magellan adalah penjelajah atau Peneroka Portugis.  

 The National Museum

 The Department Of Tourism

 Lapu-lapu Monument

 Cinta dan Lapu-lapu

Selepas beramah mesra dengan Lapu-lapu Monument, kami melawat Orchidarium di Rizal Park, Manila. Kami ingin melihat orchid tempatan. Ada sesetengah orchid hanya terdapat di Filipina sahaja. Contohnya Nayong Pilipino (Phalaenopsis Nayong Pilipino 1). Bayaran masuk 30 peso. (RM2.40). Harga itu selepas diskaun 40% soft opening. Murah sangat.  Berbaloi. Pasal kami jaga budget. Sumber terhad dan kehendak tak terhad.

 Bayaran masuk murah pasal diskaun 40% 

 Pintu Masuk ke The Orchidarium

 Taman Orchid

 Laman The Orchidarium

 Nayong Pilipino

 Cinta dan Mini Air Terjun

 Phalaenopsis Nayong Pilipino 1 :Rarest Orchid in the World

 Benih-benih orchid

 Cinta dan akar Pokok

 Tunas-tunas Orchid dalam botol

 Lab Orchid

 Cinta dan Laman Orchid

Mini Titi Gantung
Read more ...