Sunset sepanjang jalanan Bukit Keluang, Terengganu.
Lokasi : Untuk ke Bukit Keluang, hanya taip dalam GPS atau Waze sahaja. Ikut navigasi sehingga sampai ke lokasi.
Untuk naik ke Puncak Bukit Keluang ada dua trail. Trail yang pertama adalah melalui jalan tangga yang berhadapan dengan tandas awam dekat kawasan pantai. Trail yang kedua adalah di penghujung jalan dari Pantai Bukit Kluang.Jalan sampai anda bertemu dengan wakaf. Di situ hanya ada satu wakaf di sebelah kiri jalan. Naik dari situ, di belakang wakaf. Teman telah bertanyakan penjual-penjual di Pantai Bukit Keluang, trail mana yang lebih senang. Penjual-penjual mengatakan bahawa trail yang kedua lebih senang. Malangnya, kedua-dua trail teman tak dapat naik kerana jam telah menunjukkan pukul 630 petang. Sudah hampir maghrib. Takut malang tak berbau. Lain kali sekiranya umur panjang dan diizinkan Allah swt. Teman telah berpatah balik dari trail kedua untuk sampai ke trail pertama yang berkesudahan dengan menikmati sunset di sepanjang jalan Bukit Keluang. Juga sempat menikmat keindahan senja di Pantai Bukit Kluang.
Langit, dedaun dan Air
Keindahan alam yang fana
Naim dan ibunya, Cinta
Subhanallah
Allahuakabar
Masjid di kejauhan di senja hari
Surau di sepanjang jalanan Bukit Keluang
Selamat datang ke Bukit Keluang, Terengganu
Trail pertama ke Bukit Keluang Terengganu