Little England
Bukit Fraser terletak di Daerah Raub Pahang. Fraser mendapat nama dari pengembara British yang hidup pada zaman British iaitu Louis James Fraser.
Tumpuan adalah di sekitar kawasan menara jam, pejabat pos dan balai polis. Itulah pekan
bergaya dan suasana kehidupan sederhana desa Inggeris seperti perkampungan di pedalaman negara Scotland. Kebanyakan bangunan di sini adalah granit kelabu dengan gaya Tudor.
Dalam entri khas ini, saya ingin menulis tentang air terjun Jeriau. Cubalah mandi jikalau berani dan tahan sejuknya. Air Terjun Jeriau adalah kira-kira 4 km dari pekan kecil Bukit Fraser. Ada peta di tengah pekan. Yang penting, sebelum sampai anda pergi melalui Smokehouse hotel dan jalan itu berakhir di tempat letak kereta dan pintu pagar utama.
Bukit Fraser adalah kira-kira 103 km dari Kuala Lumpur. Terdapat dua laluan ke Bukit Fraser. Jika anda dari Kuala Lumpur, anda perlu exit di Tol Rawang melalui Lebuhraya Utara Selatan. Dari Rawang anda menghala ke Kuala Kubu Bharu dan terus menghala ke Jalan Kuala Lipis dan terus ke 'The GAP'. Jika anda dari Utara Semenanjung, exit di Tol Tanjong Malim, terus ke Kuala Kubu Bharu dan terus menghala ke Jalan Kuala Lipis dan terus ke 'The Gap'. Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi menerusi sebatang jalan melalui 'The GAP' yang terletak di kaki bukit. Jalan ini adalah jalan sehala sahaja. Naik bukit sejauh 8 km adalah sehala. Turun bukit sejauh 8 km adalah juga sehala.
Anda boleh menyewa rumah Peranginan Bukit Fraser. Kadar sewa bagi rumah banglo adalah RM200.00. Rumah besar RM50 dan bilik kecil RM40. Link adalah seperti berikut : http://portal.bph.gov.my/v3/index.php?
Read more ...