Jakarta, Indonesia.
Read more ...
Bali, Indonesia
Marilah kita mengamalkan budaya hormat menghormati antara satu sama lain terutamanya dengan negara jiran tetangga kita. Perkara ' Indon' ini telah diutarakan oleh Saudara Saya Reez dalam FB.
Istilah 'Indo' tidak digemari oleh orang-orang Indonesia. Dahulu saya seringkali menggelarkan orang Indonesia sebagai 'Indo'. Rata-ratanya orang Malaysia suka menggelarkan orang Indonesia sebagai 'Indo'. Ini kerana budaya kami orang Melayu suka kepada ayat-ayat yang singkat. Budaya kami suka memendekkan perkataan yang panjang. Kalau di Korea, kita guna 'Indon' maksudnya 'India'.
Rata-rata daripada kita pun tidak suka panggilan tertentu. Moga-moga kita perhatin akan gelaran terutama kita sebagai backpacker. Orang bangladesh pun tidak suka dilabel sebagai 'bangla'. Saya telah dengan nakal menggusik mereka dengan 'abang bangla'. No..No...panggil kami 'Abang bangladeshi'.
Orang-orang Indonesia suka panggil saya orang Malay. Pada mulanya saya rasa kurang senang. Saya lebih suka sebagai orang Malaysia atau Melayu. Orang Malay boleh diterima pakai lagi. Jangan panggil kami 'Malingsia'. Maling bermakna 'pencuri'. Orang India di Malaysia pun tidak suka dipanggil 'keling'. Bukankah kasar nama kalau kita label orang Indonesia sebagai 'Indogsial'
Macam-macam gelaran. Orang Thai panggil kita 'Malai'. Apapun sekali, ktia sepatutnya guna nama penuh atau sebutan penuh. Sebab kita mengamalkan budaya menghormati orang lain. Jangan sekali-kali mengamalkan budaya yang tidak menghormati orang lain.
Mengapa istilah' indo' tidak boleh digunakan? Bagi orang-orang indonesia, penggunaannya berkonotasi negatif, melecehkan dan merendahkan martabat masyarakat mereka. Kedua, perkataan itu sudah jelas dan pasti salah dari segi tatabahasa.
Semoga kita mengambil iktibar dari segala peristiwa yang telah berlaku. Semoga kita mengucap yang baik-baik kerana semua itu merupakan doa. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Misalnya, kita tidak boleh guna perkataan 'bro' kat Acheh. 'Bro' adalah nama babi yang terdapat di Weh Island. Kita seharusnya bertindak seperti masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Maksudnya, kita seharusnya menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan sesuatu.