Showing posts with label Hatyai-Chiang Mai-Chiang Rai. Show all posts
Showing posts with label Hatyai-Chiang Mai-Chiang Rai. Show all posts

Tuesday, 12 November 2013

Summary trip to Northern Thailand

Ringkasan Perjalanan ke Utara Thailand.

Kami telah berkesempatan melancong  ke Utara Thailand selama 8 hari dalam bulan Ogos 2013. Utara Thailand berkongsi sempadan dengan Myanmar dan Loas, dan juga Central Plains dan Isaan.


Wilayah yang kami lawati adalah Chiang Mai dan Chilang Rai. Sila lihat peta di bawah untuk mendapatkan gambaran kedudukan kedua-dua wilayah tersebut.



Region 
www.wikitravel.org
Chiang Rai Province
The Golden Triangle, ethnic minorities, mountain trekkings, opium warlords, etc.
Chiang Mai Province
Home to Lanna culture, and the gateway to the northern region.
Mae Hong Son Province
The great Mae Hong Son loop with Pai, hill-tribes, spectacular mountains and lush valleys.
Northern River Valleys
Mountainous valleys and interesting towns that are mostly unexplored.
Lower Northern Thailand
The North-Central Plains, the ancient centre of Thailand, with Sukhothai, Si Satchanalai and Kamphaeng Phet.

Kami telah menaiki bas dari Pudu Raya, Kuala Lumpur masuk ke sempadan Thailand melalui Bukit Kayu Hitam. Kami telah berkampung di Hat Yai, yang terletak kira-kira 60 km dari sempadan Malaysia. Kami telah melalui Danok, dan Sadao sebelum tiiba  ke Hat Yai. Selepas itu, kami menaiki Airasia untuk ke Chiang Mai kira-kira 1 jam 45 minit penerbangan.

Berikut adalah 12 entri saya untuk dijadikan panduan dan teladan sekiranya baik dan yang buruk dijadikan sempadan. Link adalah disertakan sekali untuk kemudahan terus ke bahagian yang sepatutnya.

v.  Day 5 : Chiang Mai (The Old City Part 1)
     http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2013/09/day-5-chiang-mai-old-city.html
x.  Day 6 :  Mae Sai and  Hill Tribes  
     http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2013/11/mae-sai-and-hill-tribes.html

Justeru itu,Chiang Mai adalah bandar terbesar di Utara Thailand yang penuh dengan Wat. Chiang Rai adalah pintu masuk ke Golden Triangle. Budaya hidup di Utara Thailand banyak dipengaruhi oleh Myanmar dan Yunnan (China). The Lanna Kingdom yang berpusat di Chiang Mai dan Sukhothai adalah kerajaan terawal Thailand. Oleh kerana kedua-dua wilayah ini dipenuhi dengan gunung-ganang, maka bagi anda yang ingin merasa kedinginan dan kesejukan udaranya, elok rasanya berkunjung ke sini pada bulan Disember, dan Januari setiap tahun.
Read more ...

Sunday, 10 November 2013

Day 8 : Amazing Hatyai City (Finale)

Day 8 :  Hat Yai City - Southern Largest City
Hari Kelapan (18 Ogos,2013)

Masa begitu pantas berlalu telah meluruhkan dedaun hari yang menjadi nostalgia pahit dan manis. Tinggal lebih kurang dua bulan lagi sebelum detik penentuan antara harapan dan kehilangan. Lepas itu, tahun 2014 tahun baru lagi.  Antara kehidupan dan kematian. Hanya Dia yang memiliki ketentuan. Bersyukurlah selagi nafas masih berbaki.

Syukur alhamdulillah, ini adalah entri terakhir saya untuk kembara dari Hat Yai, Chiang Mai dan Chiang Rai. Hat Yai adalah sebuah bandaraya di selatan Thailand bersempadan dengan Malaysia. Hat Yai adalah bandaraya terbesar di wilayah Songkhla,dan bandar metropolitan terbesar di Selatan Thailand. Hat Yai adalah bandar metropolitan ketiga terbesar di Thailand. Ia seringkali disalahertikan sebagai ibu negeri. Ibu negeri, pusat pentadbiran dan pusat kebudayaan adalah Songkhla. Sementara Hat Yai adalah pusat kegiataan perdagangan dan perniagaan. Hat Yai dan  Songkhla sebenarnya adalah bandaraya kembar. Anyway, The name "Hat Yai" is a short version of "Mahat Yai", meaning big mahat (Thaiมะหาด) tree, a relative of jackfruits in genus Artocarpus. (Sumber : Wikipedia.com)


 Perarakan Buddha di sekitar bandar menyebabkan bilik hotel penuh.

Read more ...

Thursday, 7 November 2013

Day 7 : Northern to the Southern City

Day 7 :  Chiang Mai - Hatyai City
Hari Ketujuh (17 Ogos,2013)


Tik....tik...tik ...bunyi titik hujan membasahi bumi renak. Aku bertemankan selimut lusuh peninggalan arwah di sebuah wakaf dekat kedai mekk. Berderummmm...bunyi lori dengan enjin bas ekspress rakyat dengan laju menuju ke sebelah Utara China Selatan. Aku merantau ke bumi renakk yang dipanggil rumah keduaku di bumi yang nyata ini. 


Pemergianku ke tanah gersang di bumi renakk ini hanya satu persinggahan seperti yang ku harapkan...ohh...ohh..sunyinya aku tanpa irama cengkerik malam yang bertemankan sang unggas. 

Pandanganku kabur dari sengketa sepanjang masa.....ohhh Tuan Noor Hidayah...adakah kau tahu betapa seksanya aku di lembah yang hina ini....tolonglah aku...tolonglah kawe.....hihihi 

Rupa-rupanya aku terjaga dari mimpi. Aku seringkali bermimpi dan ternyata hari ini adalah hari terakhir kami di bumi Chiang Mai. Aku suka Chiang Mai, bumi yang sungguh indah dengan keunikkannya yang tersendiri. Sekiranya anda ke Chiang Mai, rugi sekiranya tidak menjejak kaki ke Chiang Rai. Chiang Mai dan Chiang Rai bagai teh dengan gula. Bagaikan lagu dan irama. Pengalaman saya, anda boleh backpacker di Chiang Mai.Tapi di Chiang Rai baik ambil pakej dari agensi pelancongan kecuali anda bermotor dan memandu kenderaan itu sendiri. Banyak tempat yang boleh dilawati dan masa sangat singkat. Ini terpulang kepada kemampuan masing-masing.    

Pada pagi itu, kami dijangka check out jam 1.00 tengah hari. Kami akan berlepas ke Hatyai jam 6.00 petang dari Chiang Mai International Air port. Sebelum itu, kami pergi sekali lagi ke Warorot Market. Kami suka ke sana. Banyak barang boleh dicari dan dilihat di sana. Kami juga suka ke kawasan di sekitar Masjid Hidayatul Islam Banhaw. Di sana, banyak terdapat makanan Islam dan sesuai dengan selera kami.



 Lanna Thai Guest House. Rumah penginapan kami selama di Chiang Mai. Kami berasa selesa di sini.

Read more ...

Wednesday, 6 November 2013

Day 6 :Mae Sai and Hill Tribes

Trip 6 : Enjoying the Nothernmost Large City in Thailand
Hari Keenam (16 Ogos 2013) Part III
Bismillahirahmanirrahim


Hari telah pun menjelang petang. Selepas menyusuri Sg Mekong dan balik dari membeli belah di Dansao, Laos. Kami ke sebuah restoran di  Pekan Chiang Rai untuk makan tengah hari. Pakej makanan tengah hari telah termasuk dalam RM 120 yang kami bayar kepada Big Hmong Tour. Kami makan buah-buahan sahaja sebagai tengah hari kami. Saya asyik makan buah mangga. Sedap sungguh buah mangga Siam. Selepas makan, kami mencari tempat untuk solat. Kami solat di  tepi van memandang semua tengah mengejar masa. Kan, Islam itu mudah.  

Kemudian, kami dibawa ke Mae Sai, sebuah pekan di sempadan Myanmar dan Thailand. Bandar ini adalah pintu masuk ke Myanmar. Kami tidak melintasi sempadan ke Myanmar kerana akan dikenakan RM50 untuk visa. Lagipun, masa sangat mencemburui kami. Kami shopping di Mae Sai. Barang-barang  di sini murah juga. Saya beli Tshirt dan FM. Cuma setiap tempat yang kami singgah ada barang-barang keluarannya sendiri yang tidak terdapat di tempat lain. Sekiranya anda tidak membeli barang-barang keluaran hasil tempatan di sesuatu tempat anda pasti tidak akan menjumpainya di tempat lain lagi. Misalnya, barang-barang keluaran khas di Doi Suthep temple tidak terdapat di Mae Sai.


Membeli belah di Bandar Mae Sai

Sekitar Bandar Mae Sai

Read more ...

Day 6 :Golden Triangle (Thailand)

Trip 6 : Enjoying the Nothernmost Large City in Thailand
Hari Keenam (16 Ogos 2013) Part II
Bismillahirahmanirrahim

Penceritaan saya masih berkisar pada hari keenam, tentang lawatan saya ke Golden Triangle. Kami mengikuti pakej yang ditawarkan oleh Big Hmong Tour dengan harga 1200 bath (RM120) untuk sehari perjalanan. Pakej ini termasuk makan minum, perjalanan bot ke Sungai Mekong dan singgah di Loas dan melawat perkampungan orang asli Thailand (termasuk Long neck). Pakej ini adalah antara pakej yang termurah.

Entri sebelum ini, adalah tentang lawatan saya ke Hot Spring Chiang Rai dan The White temple. Ini adalah lawatan ketiga dalam rangka  lawatan sehari ke Chiang Rai.

Golden Triangle terletak di Wilayah Chiang Rai, wilayah yang paling ke utara Thailand. Golden Triangle dalam bahasa Inggeris bermaksud pertemuan tiga buah negara, iaitu Loas, Myanmar dan Thailand. Bagi orang tempatan, adalah Sop Ruak, iaitu pertemuan Sungai Mekong dan Sungai Ruak. 

Golden Triangle terkenal sebagai kawasan pengeluaran dadah di peringkat antarabangsa. Namun begitu, sehingga hari ini adalah kawasan tarikan  pelancongan  yang terbesar di utara Thailand. Kawasan persekitaran yang bergunung-ganang dipisahkan oleh Sungai Ruak yang mengalir ke Sungai Mekong. Sungai-sungai ini membentuk sempadan semulajadi di antara tiga buah negara, Loas ( ke timur Sungai Mekong), Myanmar ( ke utara Sungai Ruak) dan Thailand (ke barat Sungai Mae Khong).

Saya sungguh teruja apabila menyusuri sepanjang Sungai Mekong. Saya penggemar aktiviti air. Kami dikenakan bayaran sebanyak 300 bath visa lawatan masuk ke Loas. Itu sumber hasil bagi Loas. 300 bath sama dengan RM30 kita. Buang kosong je bagi mata wang Thailand akan menjadi sama dengan ringgit kita. Lawatan ke Loas mengambil kira-kira  satu setengah jam. Jenuh juga, terburu-buru, tak menang tangan. Nak snap gambar dan nak shopping lagi. Saya suka tengok benda-benda yang pelik di Loas.  Kita mesti pandai tawar menawar. Fridge magnet (FM) agak mahal, terpaksa beli FM Loas, sebagai cendera hati kenangan.   


Pertemuan di antara Sungai Ruak dan Sungai Mekong dalam musim kering. Dataran berdekatan kita adalah Thailand. Beting Pasir itu adalah Mynamar. Dataran yang paling hujung adalah Loas.
Sumber : Wikitravel 
Read more ...

Tuesday, 5 November 2013

Day 6 :The White Temple (Wat Rong Khun)

Kuil Putih Chiang Rai, Thailand.



Wat Rhong khun adalah kira-kira 5 kilometer ke Selatan Bandar Chiang Rai, wilayah utara Thailand. Wat Rong Khun, terkenal di kalangan orang asing sebagai White Temple, sebuah kuil Buddha di Chiang Rai,Thailand. Kuil ini adalah idea pelukis Thailand yang terkenal, Chalermachai Kositpipat pada tahun 1997. Kuil ini masih belum siap sepenuhnya dan dijangka siap pada tahun 2070. Bahagian bangunan yang siap telah dibuka kepada orang ramai dan bayaran masuk adalah percuma.

Setelah mempelajari doktrin Buddha selama 20 tahun, akhirnya Chalermchai berniat untuk menghabiskan sebahagian hidupnya dengan membina bangunan putih ini dengan harapan akan menjadi bangunan warisan dunia pada suatu hari nanti.Beliau memulakan kerjanya pada tahun 1997 dengan wang yang telah dikumpul selama 20 tahun dengan menjual lukisan.

Kuil ini dibina dengan warna putih untuk menggambarkan kesucian Buddha dan kaca putih menggambarkan kebijaksanaan Buddha yang memancar ke segenap pelusuk bumi dan semesta. Jalan masuk yang melalui jambatan, dengan dua lubang tangan-tangan yang menggapai menandakan lubang neraka. Di atas jambatan, jalan menuju ke syurga terdapat ikan-ikan dan air terjun menandakan Si Tandon, sungai yang memisahkan syurga dan dunia di bawahnya. 

Setiap ukiran mempunyai maksud yang tersendiri dan adalah semata-mata untuk Lord Buddha. White Temple adalah hasil nukilan Chalermachai Kositpipat yang ditujukan kepada Lord Budddha, Dharma dan Raja Thailand. Beliau telah mengabdikan sebahagian hidupnya dengan membina bangunan ini, dan dunia kesenian Buddha. Beliau berharap agar tempat ini akan menjadi terkenal di peringkat antarabangsa sebagai tempat pengajian Buddha dan meditasinya.


White Temple (Wat Rong Khun) 

Read more ...

Monday, 4 November 2013

Day 6 : Hot Spring Chiang Rai

Trip 6 : Enjoying the Nothernmost Large City in Thailand
Hari Keenam (16 Ogos 2013) Part 1
Bismillahirahmanirrahim


Dari cetusan rasa saya, suatu hakikat yang tidak mampu kita nafikan. Dan apabila kita terbiasa pada awal pagi, tengah hari, petang dan malam bertemankan lakaran rasa, usikan jiwa, senda gurau dalam pelbagai warna yang tercalit di kanvas diari kehidupan masing-masing. Tiba-tiba pada suatu hari kita kehilangan semuanya. Masa akan tiba dan pasti tiba. Maka, masa itu pasti kita akan rasa kesunyian dan merindui detik-detik indah itu. Di sini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan detik-detik keindahan itu dalam blog yang tidak seberapa ini.

Kami telah bersiap sedia untuk bertolak kira-kira 7.30 pagi ke Chiang Rai dengan Big Hmong Tours. Alamat dan No. perhubungan telah kami disertakan dalam entri trip 5 atau entri sebelum ini. Kami telah mengambil pakej dengan Big Hmong Tours . Itu adalah pakej yang termurah hasil penat lelah tinjauan kami ke lebih 10 agensi pelancongan.


Saya suka akan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Big Hmong Tours. Dalam rombongan kami ada lebih kurang 10 orang pelancong yang diketuai oleh seorang tour guide tempatan. Entri ini akan saya rakamkan gambar-gambar di Hot Spring Chiang Rai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Chiang Rai. Perjalanan balik adalah lebih kurang 4 jam. Kami sampai ke Lanna Guest House lebih kurang jam 9.00 malam. Entri ini juga saya masukkan sedikit gambar White Temple (Temple Wat Rong Khun), satu-satunya kuil berwarna putih di Thailand. Ada entri khas dibuat semata-mata untuk White Temple dalam laman blog yang berikutnya.


Hot Spring Chiang Rai      



Read more ...

Thursday, 19 September 2013

Day 5 : Chiang Mai (The Old City) Part II

Trip 5 : Enjoying the Old Charm of Chiang Mai
Hari Kelima (15 Ogos 2013) Part II
Bismillahirahmanirrahim


Bersyukur kita atas kenikmatan  dan bersabar atas segala musibah....Assalamumalaikum dan selamat membaca. Di sini adalah sambungan penceritaan akan hari kelima bahagian kedua berada di Chiang Mai. Selepas solat, kami pun pergi makan di kedai restoran Islam. Di sekitar kawasan masjid Islam Hidayatul Banhaw banyak terdapat kedai makanan Muslim. Masyarakat Cina Muslim Chiang Mai asal usul keturunan adalah dari wilayah Yunan di negeri cina.


Khao Soi Islam seakan Mee Kari di Malaysia.

Saya tidak menggemari Khao Soi Islam. Mungkin bukan citarasa saya. Apa sekali pun, saya suka pau, makanan bergoreng seperti udang tepung dan cucuk-cucuk yang dijual di sana. Sedap sangat rasanya di sepanjang jalan ke Masjid Islam Hidayatul Banhaw. Senang dapat makanan muslim di Chieng Mai.
Read more ...

Friday, 13 September 2013

Day 5 : Chiang Mai (The Old City) Part I

Trip 5 : Enjoying the Old Charm of Chiang Mai
Hari Kelima (15 Ogos 2013) Part 1

Entri ini telah lama terperap, tak sempat hendak menulis. Sibuk dengan tugasan & rutin seharian. Akhirnya, memaksa diri habiskan juga kerana entri baru ke Bali bakal mengunjung tiba. Di sini,apabila saya meluahkan sesuatu di sini, bukan untuk meminta dikasihani dan disimpati. Begitu juga bukan untuk mencari pengaruh dan besar diri. Saya menulis dari pengamatan dan penafsiran rasa dari setiap sudut dan sisi. Saya memiliki warna-warna kehidupan yang tersendiri yang harus dihormati. Itu adalah diriku yang sebenar yang berpijak di bumi nyata.

Pada jam 9.00 pagi, kami bergegas hendak melihat bandar. Hari ini hati kami ingin meronda-ronda sekitar bandar Chiang Mai mengikut tapak kaki. Kami tak bercadang naik tut tut atau Songthaew, pasal depa suka mengenakan harga yang bukan-bukan. Asyik nak berunding dan bertekak,penat saya dibuatnya. Dah tak larat nak tawar menawar. Lagipun, saya ini jenis suka jalan kaki walaupun beribu-ribu batu jauh. kan, berjalan itu baik untuk kesihatan.

Lanna Thai Guesthouse, tempat penginapan kami

Read more ...

Friday, 30 August 2013

Day 4 : Chiang Mai (Mae Rim)

Trip 4 : Out of Town Trips
Hari keempat (14 Ogos 2013)

Assalamualaikum. Semasa saya menulis coretan ini, hari ini adalah hari Jumaat. Hari Jumaat hari yang mulia as “ Friday is the mother of all days and the most virtuous in the sight of Allah SWT. Saya menyambung  coretan dengan kisah di Chiang Mai pada hari keempat. Kami bergerak pada jam 9.00 pagi. Seperti mana meminta mamat receptionist, menulis tempat yang ingin dituju dalam bahasa Thai. Moga pagi ini, pagi yang dipermudahkan Allah swt dalam setiap urusan. Itu doa saya setiap pagi kerana telah diberi nafas oleh Allah SWT. 

Setiap hari adalah secebis kehidupan
Setiap terbit matahari adalah secebis kelahiran
Setiap pagi yang segar adalah secebis keremajaan
Setiap rehat adalah secebis kedewasaan
Setiap tidur adalah secebis kematian.


Sebelum itu, kami berjalan-jalan di Anusarn Market. kami berharap dapat songthaew ke Mae Rim Road. Lagi pun kami hendak melihat suasana Anusarn pada pagi hari. 

Bayang-bayang kami

Read more ...

Wednesday, 21 August 2013

Day 3 : Chiang Mai ( Muang District)


Trip 3 : Chiang Mai (Rose Of the North)
Hari Ketiga (13 Ogos 2013)



Bermain di sekitar Night Bazaar & Sepanjang jalan Thanon Tha Pae
CM terbahagi tiga: Bulatan City CM, Kiri Airport dan Kanan Sungai. 

Assalamualaikum. Selepas solat subuh, kami masak di bilik dengan rice cooker kecil. Jangan lupa bawa international plug or adapter. Bawa sekali extension wire yang ada 2 atau 3 ketul tempat cucuk. Boleh cucuk gajet-gajet anda yang canggih.  Jam 9.00 pagi kami bertolak. Pagi yang terasa mengintai bahagia dari serakan wangian pagi yang mula menghampar kemilau jingga. Bagai seadil mentari yang berbagi cahaya seadil jua kita berbagi rasa. Semoga hari ini akan lebih baik dari semalam serta dipermudahkan segala urusan sepanjang hari. In Shaa Allah,jangan lupa senyuman manis sebagai sedekah kepada sesiapa yang memandang agar hati dan jiwa mereka juga turut bahagia. As true love does not just fill your heart, it over flows into your whole body and soul.

Sebelum bertolak saya menyuruh mamat receptionist menulis dalam bahasa Thai tempat yang kami nak pergi. Kami bercadang ke Wat Phrathat Doi Suthep dan The Bhuping Royal Palace Gardens. Kami bawa ipad juga. Nanti boleh tunjukkan gambar sekiranya tidak memahami tempat tuju kami.

Read more ...

Tuesday, 20 August 2013

Day 2 : Hatyai City-Chiang Mai

Trip 2 : Hatyai City-Chiang Mai
Hari Kedua (12 Ogos 2013)

Pagi-pagi dah keluar cari makan. Alhamdulillah,pagi yang nyaman,indah dan berkabus. Pasal janji dengan taxi ke airport jam 9.00 pagi. Jalan punya jalan tertarik dengan singlet. Beli singlet merah design pokok ranting dengan harga 130 bath. Harga kita RM13. Buang je 0 di belakang jadi sama harga dengan ringgit Malaysia. Pagi-pagi susah nak cari makanan di Market Talad Kimyong. Pasar itu tak jauh dari Lee Gardens. Arahan ke sana akan diberikan pada hari terakhir di Thailand nanti. Pasal saya suka cari makan di kawasan ini. Satu lagi jangan lupa minta peta Hatyai City dari pihak hotel. Senang nak jalan nanti. Saya beli mee hoon goreng sebagai sarapan pagi. Harga 20 baht. Tak begitu sedap, tawar rasanya. Cintaku beli buah jambu sebagai sarapan pagi. Harga 50 baht sekilo. Cinta belanja jambu 60 baht. 

T Shirt
         
 Cari singlet lebih kurang sama dengan lelaki bersinglet
Read more ...

Day 1 : Kuala Lumpur-Hatyai City

Trip 1: Kuala Lumpur-Hatyai City
Hari Pertama(11 Ogos 2013)

Dengan pagi yang masih basah. Dalam rindu yang mendesah dan jiwa yang gelisah terus ke Stesen Bas Pudu Raya. Moga selamat. Takut malang tak berbau. Anyway, when different situations in our lives knocks us back many times, show life there are several reasons we must continue to move forward. Morning and have a blessed & productive day.    Bertolak jam 7.30 pagi dari Stesen bas Tanjong Malim dengan tambang RM7.70. Kami sampai pukul 9.00 pagi untuk mengejar bas jam 9.30 pagi ke Hatyai City. Harga tiket bas RM 54.90. Kami naik konsortium Bas Ekpress Semenanjung (M) Sdn. Bhd. KBS boleh hubungi di www.Kbes.com.my (online ticketing). No talipon : 0165507805.(Pudu Raya) 


Konsortium Bas Ekspress di Hatyai City

Kami naik bas  dua tingkat. Kami pilih no 2 & 3 di tingkat atas. Jelas luas terbentang. Sedap mata memandang. Sejuk juga air con. Jangan lupa bawa baju sejuk. Beku karang. Kami sampai Hatyai jam 7.00 malam. Kalau 8 jam perjalanan,sepatutnya jam 5.30 petang dah sampai.  Tapi Mamat tu drive slow sikit le. Janji selamat. Ada hujan dan jalan sesak sikit.

 Welcome to Hatyai
Read more ...