Showing posts with label Tanjong Karang Selangor. Show all posts
Showing posts with label Tanjong Karang Selangor. Show all posts

Friday, 3 May 2019

Bekalan Ikan Segar dari Bagan Sungai Kajang

Kuala Selangor.

Kami suami isteri peminat tegar  ikan segar. Mesti segar bugar dari laut. . Baru terasa sedap  nak makan ikan. Selalunya kami mendapat bekalan ikan dari Bagan Sungai Kajang, Tanjong Karang. Waze atau goggle map je Bagan Sungai Kajang, Tanjong Karang. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Lebih murah dari pasar dan segar pula. No talipon yang tertera di bawah adalah yang terkini, setakat Mei, 2019.

 Tanjong Karang

 Pasar Nelayan Sungai Kajang

 No talipon Amy dan Angah

 No talipon Ali & Amat

 Kami peminat ikan segar tegar.

 Udang

 Udang segar dari laut

 Buat masak sambal petai udang    
Read more ...

Friday, 10 October 2014

Ikan Oh ! Ikan

Mencari ikan di Bagan Sungai kajang, Tanjong Karang 

Saya tinggal di Tanjong Malim, Perak. Sangat suka mendapat bekalan ikan yang fresh. Tidak berapa suka makan ikan ais. Lokasi Pasar Ikan di Bagan Sungai Kajang adalah terletak di Tanjong Karang, Selangor. Terletak kira-kira 112 km dan kalau drive kira-kira satu setengah jam dari Tanjong Malim. Cuba Waze untuk kira jauhnya dari tempat anda. 

Dari perhitungan saya, saya dah riki banyak tempat, dan tempat ini adalah antara tempat mendapat bekalan ikan fresh dari laut dengan harga yang cukup murah. Kaum nelayan akan menjual ikan mereka kepada taukeh di Pasar ikan Sungai Kajang. Mungkin pembaca blog boleh cadangkan saya tempat mendapat bekalan ikan yang murah.

 Bot-bot nelayan di jeti Bagan Sungai Kajang 

 Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Selangor Jeti Bagan Sungai Kajang

 Pasar Nelayan Kg Sungai Kajang

 Nasree dan Naim tengah membeli makanan di Gerai Jeti Bagan Sungai Kajang

 Kerang kutip satu demi satu. Harga sekilo di sini rm 3.50 dan di pasar adalah rm4.50
  
 Ikan gelama fresh dari laut

 No talipon Ali dan Amat. Selain itu anda boleh hubungi Amy di H/P : 013 672 9440 dan 013 263 7916. Satu lagi tempat bekalan ikan murah adalah di Bukit Belimbing, Selangor. No Wak ikan (Aziz) di sana adalah 0132599141 dan Mak ikan 0122760710

 Dua adik beradik. Semoga hubungan mereka baik hingga ke Jannah 

 Wak Ali, Peraih ikan yang mesra

 Ikan Cencaru

 Macam-macam ikan ada di sini

Restoran di Jeti Bagan Sungai Kajang. Anda boleh pilih ikan, sotong atau udang fresh dan suruh depa masak untuk makan tengah hari anda sambil menunggu nelayan pulang dari laut. Jenguh juga saya menunggu bot demi bot pulang dari laut. Biasanya, saya menunggu dari jam 12.00 tengah hari sampai pukul 3.30 petang untuk mendapat bekalan ikan yang fresh dan berpatutan.
Read more ...

Monday, 2 September 2013

Mencari Ikan di Bagan Sungai Kajang ( 25 Ogos 2013)

Ikan fresh.

SubhanALLAH. Saya terpaksa ke Bagan Sg Kajang, Tanjong Karang, Selangor untuk mencari bekalan ikan mentah. Saya suka makan ikan yang segar termasuk udang, sotong dan ketam. Pasal ikan segar hanya terdapat di bandar-bandar tepi pantai sahaja.  Kali ini kami dah tak lalu makan ketam. Pasal dulu kami  dah beli ketam 2 kilo dan adik saya memberi hampir 6 kilo ketam sebelum puasa, semasa saya balik ke kampung melawat ayah. Jenuh cinta memikirkan menu setiap hari. Air tangan cinta memang ada sentuhan khas pada para suami. Macam tersambar jantung sang suami. 

Saya bertolak ke Bagan Sg Kajang dari Tanjong Malim. Saya terpaksa merempuh tol Bukit Tagar dan melalui UNISEL sebelum tiba ke Bagan Sg. Kajang,Tg Karang. Di Tg Karang sendiri ada Bagan Pasir,  kampung nelayan bagi kaum cina. Kaum cina menangkap ikan dengan menggunakan bot tunda. Di Bagan Sungai kajang, kaum Melayu menjual ikan yang ditangkap di pinggir pantai. Harga ikan adalah jauh lebih murah dari pasar Tg Malim dan lebih segar.


Jejak kaki
Read more ...