Showing posts with label Kota Padang- Bukit Tinggi Sumatera Barat. Show all posts
Showing posts with label Kota Padang- Bukit Tinggi Sumatera Barat. Show all posts

Wednesday, 8 August 2018

Green House Lezatta, Bukit Tinggi

Kota Bukit Tinggi, Sumatera Barat.
Green House Lezatta terletak di Jalan Raya Bukittinggi-Payakumbuh, km 9.5, Kabupaten Agam, Sumatera Barat.     
Sekiranya anda adalah dari Kota Bukit tinggi, Rumah Hobbit ini berada di sebelah kiri jalan sebelum SPBU Baso. Taman ini juga dikenali sebagai Taman Tirtasari yang berjarak sekitar kira-kira 30 minit dari Kota Bukit tinggi. Tetapi sekiranya dari arah Pekan Baru, setelah SBPU Baso, adalah  kira-kira 100 meter, di sebelah kanan jalan. 
Akses ke sini melalui pengangkutan awam, adalah dengan menggunakan angkot biru muda dari Aur Kuning
Waktu masuk adalah kira-kira Rp15,000 untuk orang dewasa dan kanak-kanak adalah sekitar Rp10,000
Pemandangan di sini menakjubkan dengan keindahan yang hijau saujana mata memandang. Anda boleh melawat rumah hobbit dan rumah Barbie.  Di sini terdapatnya kolam ikan, warung makanan, dan lain-lain. Terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan di sini seperti orkid, kaktus dan tanaman hiasan yang lain. Keluarga anda pasti terhibur dan akan membawa pulang seribu kenangan.  

Green House Lezatta Garden
Imah begitu terpesona dengan bunga-bunga ros 
 Imah berjalan-jalan di sekitar taman bunga.

 Taman bunga yang begitu tersergam indah

 Landskap taman hobbit begitu indah

 Imah dengan pelbagai aksi

 Taman ini bagaikan Indera di kayangan

Imah dan rumah hobbit


 Begitu  indahnya rumah hobbit walau pun senget atau miring. 

Imah dan teman kuliah.

 Imah bersama sahabat seperjuangan di Universiti Andalas

Imah pulang membawa tangisan bahagia, seribu kenangan di taman hobbit.
Read more ...

Friday, 4 April 2014

Summary trip to Padang-Kota Bukit Tinggi, 2014

Ringkasan perjalanan ke Padang-Kota Tinggi,2014 

Kami telah berkesempatan melancong  ke Kota Bukit Tinggi, Indonesia selama 2 hari dalam bulan Februari 2013. Kami bertolak pada hari Jumaat pagi dan bertolak balik pada hari Ahad pagi. Penerbangan mengambil kira lebih kurang 45 minit dari terminal LCCT. Di bawah disertakan aturan jadual perjalanan kami.

Hari Pertama :

Sebelah Pagi 

i)   Dari Airport LCCT terus Ke International Airport Minangkabau, Padang
ii)  Air Terjun Lembah Anai
iii) Pusat Dokumentasi dan informasi Kebudayaan Minangkabau @ Padang Panjang

Sebelah Petang

iv) Makan tengah hari di Rumah Makan & Restaurant Pak Datuk Cabang Dumai
v) Toko Kain Sulaman seperti Yenie, Oke, Putri Minang, Lindungan Bulan dan Murni

Sebelah Malam

vi) Makan Malam di Restoran Sederhana Masakan Padang
vii) Pasar Atas
viii)Jam Gadang 

Hari Kedua :

Sebelah Pagi

i)  Pasar Aur kuning
ii) Singgah di Ummi Aufa Hakim Halim (Beli Sanjai Balado Hijau- kerepek)

Sebelah Petang

iii) Singgah Tabek Patah untuk membeli Pisang Salai, Kopi, dan Teh daun kopi
iv) Makan tengah hari di  Pondok Flora 
iv) Istana Pagar Ruyung, Batu Sangkar
iii) Tasik Singkarak.   
iv) Bertolak dari Bukit Tinggi dan bermalam di Padang

Hari ketiga :


i) Subuh flight balik ke LCCT, Kuala Lumpur.

Kami menempah pakej pelancungan dengan KITA HOLIDAYS TOUR & TRAVEL

Bos : Amsyahril
Handphone : +6285263007445
Tel : +62751697603 
Alamat : Jln Raya Padang-Bukittinggi. Km 38 No 6A Tanjung Aur. Padang Pariaman, Sumatera Barat. Indonesia.
Tempahan kami adalah untuk dua hari satu malam
Padang - Bukit Tinggi
Tour untuk 2 orang dengan harga RM245 seorang. Harga sudah termasuk Hotel 2 orang (1 malam), twin sharing. Makan iaitu 1 x Sarapan pagi di Hotel dan 1 x lunch dan 1 x dinner. Kenderaan adalah untuk 2 hari tour dan transfer. Pakej juga termasuk air mineral dan entrance fee di objek pelancungan.

Saya sungguh berpuas hati dengan A'ben, pemandu pelancung kami. Sporting dan educated orangnya. Banyak melayan keranah kami. No talipon beliau : +62081374285459. Face book : Benny_Muchtar.  WhatsApp ; +6281994106622  







JUMLAH PERBELANJAAN KE PADANG BUKIT TINGGI 2014

1. Harga tiket Flight ke Padang (AirAsia)  untuk 2 orang (Tidak termasukl bagasi)     RM196
2. Pakej melalui  ejen  KITA HOLIDAYS TOUR & TRAVEL ( 2 orang)                          RM490
3. Makan tengah hari pada hari Ahad (2 orang)                                                          RM20 
4. Hotel hari Ahad Malam (2 orang)                                                                             RM60
5. Airport Tax (2 orang)  100,000 Rph                                                                         RM60      
JUMLAH BESAR ( 2 orang)                                                                                          RM826

Perbelanjaan seorang adalah kira-kira RM413 tidak termasuk shopping.  

Berikut adalah 15 entri saya untuk dijadikan panduan dan teladan sekiranya baik dan yang buruk dijadikan sempadan. Link adalah disertakan sekali untuk kemudahan terus ke bahagian yang sepatutnya.

i.   Padang ke Kota Tinggi Siri 1
     http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/jalan-jalan-mencari-kain-sulaman-di.html

ii.  Air Terjun Lembah Anai (Kota Bukit Tinggi Siri 2) 
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/jalan-jalan-mencari-kain-sulam-di-bukit.html

iii .Pusat Dokumentasi & Informasi kebudayaan Minangkabau Padang Panjang Siri 3
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/jalan-jalan-mencari-kain-sulam-di-bukit_7.html

iv. Makan-makan di Restoran Pak Datuk Cabang Dumai (Kota Bukit Tinggi Siri 4)
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/jalan-jalan-mencari-kain-sulam-di-bukit_8.html

v.  Kain Sulam Kota Bukit Tinggi Siri 5
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/jalan-jalan-mencari-kain-sulam-di-bukit_10.html
    
vi. Pasar Atas dan Jam Gadang Bukit Tinggi Siri 6
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/jalan-jalan-mencari-kain-sulam-di-bukit_11.html

vii.Jam Gadang dan Bulan Kota Tinggi Siri 7
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/jalan-jalan-mencari-kain-sulam-di-bukit_12.html

viii Jam Gadang, Rem Bulan dan Hotel Ambun Suri Bukit Tinggi Siri 8
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/jalan-jalan-mencari-kain-sulam-di-bukit_13.html

ix  Hotel Ambun Suri dan Pasar Aur Kuning Siri 9
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/jalan-jalan-mencari-kain-sulam-di-bukit_17.html

x.  Sanjai Ummi Aufa Hakim Kota Bukit Tinggi Siri 10
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/jalan-jalan-mencari-kain-sulam-di-bukit_19.html 
    
xi  Oleh-oleh Koperasi Kiniko Bukittinggi, Tabek Patah Siri 11
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/jalan-jalan-mencari-kain-sulam-di-bukit_20.html
     
xii Rumah Makan Restoran pondok Flora Tabek Patah Bukit Tinggi Siri 12
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/jalan-jalan-mencari-kain-sulam-di-bukit_21.html

xiii. Surau Tabek Patah Kecamatan Salimpaung Bukit Tinggi Siri 13
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/surau-tabek-patah-kecamatan-salimpaung.html

xv. Istano Basa Pagaruyung Kota Bukit Tinggi Siri 14
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/04/jalan-jalan-mencari-kain-sulam-di-bukit.html

xvi Tasik Singkarak (Kota Bukit Tinggi, Siri 15)
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/04/tasik-singkarak-kota-bukit-tinggi-siri.html

This Life is so beautiful. Live your life to the fullest. We are the traveller. 




Read more ...

Thursday, 3 April 2014

Tasik Singkarak (Kota Bukit Tinggi, Siri 15)

Jalan-jalan Mencari Kain Sulam di Bukit Tinggi Siri 15 

Hari kedua (Sebelah senja) 

Selepas saya selesai melawat Istana Pagaruyung, saya terus di bawa ke Danau Singkarak. Waktu sudah pun hampir masuk waktu senja. Setibanya di danau ini, hati berasa hampa kerana tasik itu berjerebu. Jadi tidak dapat melihat keseluruhan danau itu dengan jelas. Sudah bukan rezeki kami nampaknya. Jerebu itu berlaku akibat kebakaran di musim kemarau di Kepulauan Riau, Indonesia.


Untuk makluman, terdapat tiga buah tasik yang terkenal di Bukittinggi iaitu Danau Singkarak, Danau Maninjau dan Danau Atas Danau Bawah. Danau Singkarak adalah tasik kedua terbesar di Sumatera selepas Danau Toba di Medan. 

Di Danau Singkarak, anda boleh melihat keindahan tasik dengan menaiki bot kayu selama lebih kurang 30 minit. Tidak lengkap sekiranya anda tidak membeli ikan bilis di pasar Omilin yang terletak di pekan Singkarak. 


Danau Singkarak


Kanak-kanak riang gembira di Danau Singkarak

Mentari di Danau Singkarak



Lukisan bulan tergantung  di kedai di tepi Danau Singkarak

Oh Bulan Oren



Hari kedua (Sebelah Malam)

Hari semakin senja. Akhirnya, Aben menghantar kami ke Padang. Ini kerana flight kami adalah kira-kira 730 pagi keesokkan harinya. Hari ini Sabtu. Besok hari Ahad. Kami minta penginapan berdekatan dengan airport. Kami telah menginap di Diva Ikhlas di Padang yang baru dibuka. Harga semalam adalah kira-kira RM60 semalam. Kami telah dihantar ke airport dengan motorsikal dengan bayaran RM5 pada jam 6.00 pagi. Beg dan motorsikal adalah kenangan indah kami semasa di Padang. Budak-budak hotel yang mengajar kami menjadi lebih berani kerana membawa 2 buah beg besar di atas sebuah motor. Sungguh indah pengalaman itu. Ini adalah entri terakhir jalan-jalan mencari kain sulam di Bukit Tinggi Siri 15. Ada satu lagi siri iaitu rumusan dan jumlah perbelanjaan keseluruhan trip ke Padang Bukit Tinggi, Sumatera Barat.


Kamar Penginapan Kami di Padang

Penginapan Diva Ikhlas di Padang 

Read more ...

Wednesday, 2 April 2014

Istano Basa Pagaruyung Kota Bukit Tinggi Siri 14

Jalan-jalan Mencari Kain Sulam di Bukit Tinggi Siri 14


Hari Kedua (Sebelah Petang)

Pagaruyung adalah negeri yang terletak di dekat Batusangkar, ibu kota kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Dahulunya, adalah ibu kota kerajaan Pagaruyung. Istano basa lebih terkenal dengan nama Istana Pagaruyung.  
Istana basa yang ada sekarang adalah replika daripada yang asli. Istano Basa asli yang terletak di atas bukit Batu Patah telah terbakar pada tahun 1804 akibat rusuhan berdarah. Istana itu telah didirikan semula dan terbakar kembali pada tahun 1966. Pada akhir 1970an, istana itu telah mula dibuka dan boleh dikunjungi oleh orang ramai. Sekali lagi pada tahun 2007, Istano Basa mengalami kebakaran hebat akibat di sambar petir di bumbung istana.

Istana ini telah terbakar beberapa kali. Sekali lagi Istano ini telah dibaiki dan  dibuka untuk orang ramai dan dirasmikan oleh Presiden BSusilo Bambang Yudhoyono pada 30 Oktober 2013. 

Kunjungan kami di luar bahagian hadapan Istana Pagaruyung






                         
                                        Kunjungan kami di dalam Istana Pagaruyung









Pemandangan di luar belakang Istana Pagaruyung




Pemandangan di belakang luar Istana Pagar





Read more ...

Wednesday, 26 March 2014

Surau Tabek Patah Kecamatan Salimpaung Bukit Tinggi Siri 13


Jalan-jalan Mencari Kain Sulam di Bukit Tinggi Siri 13

Panorama Alam yang indah dan dingin
Tabek patah mempunyai panorama alam yang indah dan sejuk dikelilingi oleh perbukitan dan hutan pinus. Tabek Patah berasal dari kata tabek (kolam) yang patah menjadi dua bahagian. sebelah utara dinamakan dengan 'talago Pakis' dan sebelah selatan dinamakan dengan Aia Taganang. Objek ini terletak di pinggir jalan raya Bukittinggi/Payakumbuh- Batusangkar, dalam kecamatan Salimpaung. jarak dari Kota Batusangkar lebih kurang 19 KM. 

Kami singgah solat di Surau Tabek Patah selepas makan tengah hari di Restoran Makan Flora. 










Kelihatan dalam gambar di bawah sekarang adalah  musim menuai. Para pekerja membawa bungkusan padi ke tepi jalan raya.
  




Read more ...