Tanjong Malim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Kita selalu merancang dan berangan-angan. Angan-angan biarlah tinggi setinggi bulan purnama, kerana angan-angan itu adalah percuma. Dari sekecil-kecil perancangan sehinggalah sebesar-besar perancangan. Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini, Kita merancang apa akan kita lakukan esok, Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,
Di sini saya ingin merancang percutian saya untuk tahun 2017. Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang? Ketahuilah, Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.
Cuti yang panjang bagi 2017 adalah Januari (5 hari), Jun (4 hari), Ogos (4 hari), dan Oktober (4 hari).
Sekiranya rancangan kita tidak menjadi kenyataan. janganlah bersedih. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan apa telah yang berlaku. Teruslah teguh berdiri mengharap rahmat daripadaNya. "...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir."
( Yusuf, 12:87)
Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Sesungguhnya, akan ada manis di akhirnya. Kadangkala, Allah memberi kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah memberi kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah. Redha dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua. Rezeki Allah itu maha luas. Sesungguhnya, Allah itu maha mengetahui lagi penyayang.