Showing posts with label Semarang.. Show all posts
Showing posts with label Semarang.. Show all posts

Sunday, 30 March 2014

Kota Semarang Part 3

Assalamualaikum w.t.b.,

Sebelum berakhir jelajah saya di Kota Semarang ini, sempat jugak saya ke Masjid Agung Jawa Tengah Semarang... Subhanallah! Bile kaki melangkah di persekitaran masjid ini, terasa berada di Madinah al-Munawarrah. Allahuakbar!


Cerita tentang masjid ini, mulai dibangun sejak tahun 2001 hingga selesai secara keseluruhan pada tahun 2006.  Masjid Agung Jawa Tengah dikatakan bentuk dengan seni bangunan campuran Jawa, Islam dan Romawi. Saya di beritahu bahawa masjid ini juga sebagai tempat pelancongan sehingga ada kemudahan untuk menginap dan bermalam di situ.Di kawasan masjid itu terdapat Muzium Kebudayaan Islam yang boleh kita menghayati sejarah kebudayaan Islam.

                                       Terlihat pintu masuk ke Muzium Kebudayaan Islam.

                                           Seperti koloseum dengan hiasan kaligrafi yang indah.

                
Selain itu, masjid ni ada Menara yang boleh melihat seluruh kota Semarang. Nama menara ini adalah Al-Husna.

Di dalam masjid ini atau dengan nama singkatnya adalah MAJT memiliki koleksi Al Quran raksasa berukuran 145 x 95 cm² yang ditulis tangan oleh Drs. Khyatudin. Lama Penulisan ini selama 2 tahun 3 bulan.

               Lokasi keberadaan Al-Quran Raksasa ini berada di dalam ruang utama tempat shalat.


Selepas waktu asar,kelihatan ramai orang duduk santai di sekitar masjid ini dengan aktiviti riadah seperti bermain basikal. Ada yang duduk santai sambil sembang bersama sahabat dan meluang waktu bersama keluarga. 




         ..........dan aku disini, melihatnya indah terpesona penuh asyik. Allahuakbar!

Semoga edisi entry kali ini memberi manfaat. 
Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar.
Cerita Kapal Terbang MH370 hanya Allah Yang Maha Mengetahui. (eh...takde kene mengena...hahaha...)

p/s: - Lebih cantik lagi pada suasana malam. Betapa besarnya kuasa Allah! Allah Maha Besar!
       - Selain masjid ini, masjid lain yang terkenal di Kota Semarang ini Masjid Agung Demak yang                  memakan masa 1 jam dr MAJT.
                                                                 

Read more ...

Tuesday, 17 December 2013

Kota Lama Semarang Part 2

Selain Gereja Blendut, terdapat Gedung Marabunta. Gedung ini tidak jauh dari Gereja Blendut. Dari jauh anda boleh lihat,di atas bangunan ini ade sepasang semut.


Gedung Marabunta dapat dilihat dari tepi jalan.

                         Pagar sebelum masuk bangunan kuno ini juga ada lambang semut raksasa itu.

Mulanya, hanya nak ambik gambar di depan bangunan itu. Namun, aku melihat pintu terbuka dan ada dua orang lelaki sedang duduk santai. Apelagi, mula langkah kaki masuk ke dalam bangunan tu sambil wawancara ke seorang lelaki. Dalam banggunan ini lantainya diperbuat dari kayu dan cermin jendela berwarna-warni.



Lelaki yang saya bersembang itu merupakan penjaga gedung ini. Gedung Marabunta adalah replika dari yang bentuk asal. Banggunan Opera yang asal telah runtuh dan dapat dilihat di sebelah kiri Gedung Marabunta.Ternyata nama sebenarnya adalah 'Komedi Stadschouwburg', di mana pertunjukan opera di zaman Belanda. Namun, sekarang tempat ini dijadikan sebagai tempat mencukil bakat dan latihan untuk para pelakon drama/sinetron/wayang ,penari dan musik. Selain itu, bangunan ini boleh disewa untuk orang awan sebagai acara pernikahan.

Penjaga gedung itu bercerita bahawa asal penggunaan nama 'Marabunta' itu adalah dari inspirasi seorang arkitek yang membangunkan kembali replika gedung opera ini . Dikatakan 'Marabunta' ini merupakan nama sekumpulan spesies semut di Afrika yang suka tolong menolong antara satu sama lain. Hal ini karena, bangunan ini dibangunkan secara gotong-royong peduduk setempat sehingga di namakan Gedung Marabunta. 



Menurut penjaga gedung itu, bangunan ini terdapat 2 bahagian. Bahagian depan merupakan tempat latihan dan pertunjukkan dan dibahagia belakang merupakan pejabat pengurusan bangunan ini. 



Bahagian depan ini  merupakan saki-baki panggung opera yang asli. Penjaga gedung ini mengatakan bahawa kawasan sebenar gedung ini sangat luas dari yang asal. Gedung replika yang ada ini menurutnya adalah kecil. Terlihat ada bar bentuk kapal merupakan hiasan tambahan saje. Semasa di dalam bangunan ni terasa seolah-olah berada pada zaman penjajahan Belanda,sebab lelangit bangunan opera ini terlihat bumbung kuno. Penjaga gedung ini memberitahukan atap yang dapat diselamatkan dari bangunan asli yang telah runtuh. Kipas silling jugak asli dari bangunan lamanya.



Ini foto yang saya ambil dalam pejabat pengurusan bangunan ini. Inilah foto Margaretha Geertruida Zelle merupakan penari yang terkenal di Opera di situ suatu masa dulu. Nama lainnya adalah Mata Hari. 

Read more ...

Friday, 13 December 2013

Semarang di Kota Lama Part 1

Salam wtb.,
Perjalanan dari Jogjakarta ke Semarang memakan masa selama 3 jam. Aku bertolak dari Terminal Jombor, Stasiun Bis di Jogjakarta. Nama bas yang aku menaiki adalah Bis Ramayana dengan harga RP40 000. Di Pulau Jawa khususnya, mereka menyebut bas dengan kata 'Bis'.  Bis ini cukup nyaman dan selasa untuk perjalanan yang jauh.

Sepanjang  perjalanan ke Semarang, kiri dan kanan adalah sawah padi bukit. Lagu melodi klasik tahun 70-an/80-an dimainkan sehingga sampai ke destinasi, seakan-akan menyambut kedatanganku ke sana. Mengamit memori silam ,terbuai aku ketiduran.

Semarang jugak merupakan salah satu tempat pelancongan yang terkenal. Kota Semarang ini merupakan kota ke-8 terbesar di Indonesia. Banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi di sana iaitu Kota Lama, Lawang Sewu, Maslid Agung Semarang, Klenten Sam Po Kong, Kompleks Picinan, Masjid Wali Sogo, Pagoda dan Vihara Watugong dan lain-lain.

Kota Lama ini meninggalkan hari ini dalam sejarah. Di sekitar kota ini, terdapat banyak bangunan kuno peninggalan zaman Belanda yang tidak terurus. Sesampai di Semarang, aku melanjutkan perjalanan dengan menaiki Bus TransSemarang dengan kos Rp3 000 untuk sampai ke Kota Lama. Dari terminal bus di Semanrang untuk transit ke Kota Lama memakan masa selama 30 minit. Sempat jugak merasa jalan 'jam' di kota ini.

                                              Di depan Bangunan 'Suara Merdeka' Kota Lama, Semarang

Sesampai di Stesen Bus Kota Lama, kiri dan kanan sepi je. Alhamdulillah ada Pak Polisi lalu, macam-macam pertanyaan aku taya untuk ke setiap destinasi yang ingin dituju. Kota Lama begitu luas sehingga disarankan untuk menaiki beca. Pilihan kedua adalah dengan berjalan kaki.

Nassier dan beca
Bangunan di sekitar Kota Lama.

Antara bangunan kuno yang terkenal di Kota Lama Semarang ini adalah Gereja Blenduk. Gereja ini merupakan gereja tertua di Pulau Jawa. Gereja ini dikatakan menjadi Landmark Semarang. Sejarah gereja ini boleh anda membaca dengan lebih lanjut di : click di sini

                                              Antara bangunan kuno di Kota Lama, Semarang.

Read more ...