Showing posts with label Santuari Ikan Sungai Chiling. Show all posts
Showing posts with label Santuari Ikan Sungai Chiling. Show all posts

Tuesday, 31 October 2017

Santuari Ikan Sungai Chiling

Kuala Kubu Bharu

Oleh Noor Hidayah Hanafi


Dah setahun lebih kami tak ke Santuari Ikan Sungai Chiling..dah lama ia ditutup untuk pemuliharaan semula hutan dan sungai kat sini.
Tarikan utama kat sini dah tentulah ikan kelah yang hidup liar di dalam sungai..kejernihan air sungainya membolehkan kita tengok dengan jelas ikan-ikan kelah tu berenang di celah-celah kaki.
Sesaja nak eksesais kunun kami pun datang ke sini, sambil hiking, sambil berendam, sambil main ikan..di sini terdapat air terjun utama di samping beberapa batang sungai..
Untuk ke air terjun masa yang diperlukan adalah dalam 45 minit hingga 60 minit berjalan kaki+mendaki..kita perlu melintas sebanyak 6 lintasan iaitu 6 sungai..pada kami lintasan ketiga adalah lintasan yang paling mencabar kerana banyak batu-batu yang berlumut dalam sungai..silap gaya terpijak batu yang berlumut boleh tergelincir dan hanyut. Petua kami adalah cuba cari kawasan berpasir apabila melintasi sungai tersebut. Cuba elak dari berpijak pada batu terutama batu yang berlumat. Batu yang berlumat itu licin. Seboleh-bolehnyanya pijak pada tempat yang berpasir atau sekurang-kurangnya batu yang putih atau cerah.  
Sepanjang perjalanan ke air terjun, banyak ikan-ikan kelah di dalam sungai..tapi ikan kelah di air terjun lebih besar dan banyak jumlahnya..kami beli makanan ikan kat kedai haiwan sebelah chung sin, Tanjung Malim..tapi jangan bimbang kalau terlupa beli sebab dekat sana pun ada orang jual palet ikan..Harga palet ikan di sini RM2.00
Sesambil melintas+berendam dalam air, sambil tabur makanan ikan, berkerumun ikan kelah kat kaki dan badan kita..kalau budak-budak kecik memang suka sangat sebab kami yang tak berapa kecik pun suka hehehe..
Santuari ikan ni dibuka hanya pada hari jumaat, sabtu dan ahad bermula jam 8 pagi..waktu akhir untuk mendaki ke air terjun ialah pada jam 2.30 petang (bergantung pada cuaca..kalau cuaca nampak nak hujan waktu akhir mendaki akan diawalkan lagi..ini untuk mengelakkan bahaya fenomena kepala air)..waktu akhir turun dari air terjun adalah pada jam 4.30 petang..santuari ikan ni akan ditutup pada jam 6.00 petang
Terdapat kemudahan surau dan tandas di sini..ada juga peniaga yang menjual makanan..
Bagi sahabat yang ada masa terluang sila-sila kan datang ke sini..kalau bawa anak kecil dan tak nak mendaki pun tak pe, terdapat sungai yang juga ada banyak ikan kelah di pintu masuk santuari..boleh mandi-mandi kat situ sambil bagi ikan makan. Bayaran masuk adalah RM1
Sebelum sampai ke Santuari Ikan Sungai Chiling, anda boleh menghubungi  En. Shukri (0133089463) untuk kepastian sama ada tutup atau buka. Kadang kala, Santuari Ikan Chiling  tutup sama ada untuk pemuliharaan semula hutan dan sungai kat sini atau pun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Takut berlakunya kepala air sekiranya hujan lebat. Sia-sia sahaja datang dari jauh, itba-tiba tutup. Saya selalu menelefon sebelum bercadang melepaskan rindu kat ikan-ikan kelah dan air terjunnya.

 Saya di sini

 Cinta di sana

Ikan-ikan yang jinak-jinak merpati






Read more ...

Wednesday, 30 April 2014

Santuari Ikan Sungai Chiling

Letak di Kuala Kubu Bharu jalan menghala ke Fraser Hill

Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, anda perlu exist tol Sungai Buaya, menghala Ke Rasa/ Bandar Kuala Kubu Bharu. Tol Sungai Buaya dibuka dengan rasminya pada bulan Januari 2014. Perjalanan dari kuala Lumpur ke Kuala Kubu Bharu lebih kurang 70 KM. Jika anda dari Utara exist tol Tg Malim, terus dan belok ke kanan dan terus menghala ke Pekan Kuala Kubu Bharu.  

Santuari Ikan Sungai Chiling terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan menghala ke Fraser Hill. Kalau dari bandar Kuala kubu Bharu cari jalan ke Fraser Hill. Landmark yang penting anda perlu jumpa Empangan Kuala Kubu dan lebih kurang 10 KM sampai le ke tempat ini. Biasanya, anda melalui jambatan sempit dan di sebelah kanan tempat letak kereta untuk Kawasan perkelahan Air terjun Chiling. Anda teruskan perjalanan sehingga ternampak kereta parking kiri kanan bahu jalan kira-kira sampai le tu. Cari pintu gerbang tulis Santuari Ikan Sungai Chiling. Itu kira jalan masuk. Selamat berjungle trekking. Tiba-tiba teringat kat Rein. Kan blognya Janggeltrekker's life.

 Anda perlu melepasi Empangan Kuala Kubu Bharu
  
Selepas Empangan Kuala Kubu Bharu, anda akan sampai ke Jambatan sempit dan tempat letak kereta di sebelah kanan jalan menuju ke Air Terjun Chiling. Jalan lagi sehingga terjumpa kereta terletak di kiri kanan bahu jalan. Santuari Ikan terletak di sebelah kanan jalan. 

Jalan masuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling. Palang itu bertujuan menghalang kereta masuk. Terus berjalan sehingga anda jumpa dengan pejabat atau kawasan perkemahan. Jalan sehingga lebih kurang 500 m. Bayaran masuk adalah RM1. Bagi yang ingin bermalam, boleh berkemah di tapak perkemahan yang disediakan. Deposit perkemahan adalah RM10 seorang. Deposit itu bertujuan memastikan kebersihan di sekeliling khemah.

Hanya dibuka hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tutup pada hari Isnin sehingga Khamis. Masa dibuka adalah dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Ini adalah lintasan 1. Anda perlu mengharungi 6 lintasan sebelum sampai ke air terjun di penghujung lintasan anda. 5 Lintasan adalah kawasan berair. Ada surau, wakaf dan tandas di sini. Siap buang air dahulu. Kalau terdesak, buang air dalam semak atau dalam air je. Nanti digigit sang ikan atau mohon sembah datuk moyang untuk kencing. Pengsan terus baca statement ini. Ada aku kisah. 

Pemandangan yang begitu indah. Jangan lupa bawa beg kalis air bagi menyimpan barang-barang anda dari dimasuki air. Laluan Denai adalah bersebelahan sungai. Anda akan melintasi banyak lorong tikus atau denai kecil.  

Banyaknya ikan kelah di sepanjang perjalanan. Memang teruja.  Anda dilarang memancing atau menjala ikan dan sekiranya ingkar akan didenda. Bawalah makanan ikan atau boleh beli sebungkus RM2 dari kaunter bayaran tiket. Geram tengok ikan-ikan tu.

Anda dinasihat bawa beg kalis air dan botol minuman seperti yang kami bawa. Masuk makanan ke dalam tupperware. Jangan sesekali bawa botol mineral atau makanan dalam plastik. Ini sudah pasti mencemarkan sungai. Maka anda perlu deposit sekurang-kurangnya RM50 sekiranya anda membawa botol-botol mineral dan plastik-plastik makanan. Sekiranya anda tidak berjaya membawa sampah sarap makanan keluar dari jungle trekking,maka anda anda kehilangan wang deposit RM50.

 Lintasan sungai yang menarik tetapi berair. Jadi, pakailah kasut atau sandal yang sesuai.

Ini adalah salah satu lintasan sungai. Airnya deras semasa hujan atau musim hujan. Semasa kami pergi, ini adalah musim kemarau, jadi airnya kurang deras. Memang tempat kegemaran muda-mudi. Mat Saleh pun ramai di sini.

Lintasan 6 adalah lintasan yang terakhir sekali. Jalan keluar ke tapak perkemahan atau opis kaunter tiket , anda perlu lintas balik semua lintasan tadi sampai le ke Lintasan 1, penghujung jalan keluar.

Air Terjun Santuari ikan Sungai Chiling, ini adalah ganjaran buat anda. Lubuk air terjun untuk mandi-manda. What a beautiful view.

Sampai sudah ke Santuari Ikan Sungai Air Terjun Chiling, penghujung jalan setelah penat berhempas pulas. Kan, anda kena bersusah payah dahulu sebelum sampai ke tempat yang indah. Biasanya selepas menempa tempat yang berliku-liku dan  curam akan terjumpanya lembah yang begitu indah sekali.
  
Airnya begitu dingin sekali, boleh le rendam-rendam badan. Ikan dok main keliling kita  tahap kaki je. 

Mana-mana kawasan, anda senang jumpa ikan kelah dan batu-batan. Ikan dok main celah kaki dan kangkang semasa mandi. Kena pandai teknik menepuk ikan. What a fish.  

Selamat jalan jambatan gantung yang tak berapa gantung. Ada rezeki dan umur yang panjang, datang lagi. Kawasan ini sesuai untuk trip sehari, berkelah dan BBQ di tepi sungai sambil beramah mesra dengan ikan-ikan kelah.

Anda boleh memanggil En. Shukri (0133089463) untuk memastikan kesesuaian untuk berjungle trekking. Sekiranya hujan deras, maka airnya akan naik dan berbahaya. Katakan anda ingin pergi pada hari Ahad, talipon En. Shukri pada malam sabtu untuk kepastian. Kalau jawapannya mengecewakan, anda masih boleh berjungle trekking ke Fraser Hill menikmati keindahan alam di sana. Perasaan kita tu perlu dilayan dan ditepuk amai-amai belalang kupu-kupu. 

Read more ...