Wednesday 28 February 2018

Betong, Thailand : Boutique & Cafe Collection

Mengunjungi kedai sahabat muka buku Halim YB, Boutique & Cafe Collection, Betong Thailand.
Tempat yang harus anda kunjungi sekiranya ke sini. Baju tshirtnya lawa-lawa sedap mata memandang dan badan pun sedap memakainya. Yang penting ada cop Betong. Buat kenangan di masa akan datang.

Boutique & Cafe Coolection ini kepunyaan orang Melayu Malaysia dari Pulau Pinang. Sekadar singgah sebagai tanda persahabatan. Orang kita. Orang Melayu. Boutique ini adalah sebaris dengan Butterfly hotel, Betong. Jalan yang sama. 


Penulisan ini masih lagi di hari kedua. Teman suka tulis panjang-panjang. Teman mengambil masa yang lama untuk menceritakan perihal bettong kerana kesibukan kerja dan hal rutin.  


Berikut adalah itinenary teman pada hari kedua di Thailand. 
19 Oktober,2017 (Khamis)

1.  Jalan-jalan di sekitar Pekan Betong
2.  Clock Tower dan Peti Pos Besar,Jalan Sukkayang 
3.  Betong Mongkollit Tunnel
4.  Large Chicken Statue
5.  Betong Hotspring
6.  RS Boutique & Cafe Collection, Route 410
7.  Makan Tom Yam & Nasi Paprik 


Chinta


Bersama Cik Puan.

Aku Kaki Travel Khairuddin


Bersama rakan kongsi niaga, Halim YB.  
Read more ...

Monday 26 February 2018

Travel Totebag by Ana Suhana


HADIAH :

5 orang pemenang akan mendapat sebuah Totebag bercorakkan travel (tempat-tempat menarik di dalam atau luar negara) dan sebatang pen perfume.

** Pemilihan pemenang akan di lakukan melalui sistem random.

Link blog adalah seperti berikut :



http://www.anasuhana.com/2018/02/giveaway-travel-totebag-by-ana-suhana.html
Read more ...

Wednesday 21 February 2018

Visa ke China (2018)

Permohonan Visa China tidak termasuk ke Hongkong dan Macau

Para Pemegang Paspot Malaysia tidak memerlukan visa apabila melawat Hong Kong dan Macau. Anda boleh tinggal selama 30 hari di Macau tanpa visa. Di Hong Kong, lebih kurang 90 hari tanpa visa.


Hampshire Place Office



Peta Lokasi Hampshire Place Office

Lokasi : Waze atau Google maps

Alamat : China Visa Application Services Centre,
               Hamsphire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur.
               Level 5 (Application) & Level 6 (Payment & Collection). 

Business Hours :   Mon-Fri. Submission of Visa Application : (9am -3pm).
                                Payment and  Collection : (9am-4pm). Hanya pada hari  bekerja sahaja.
                               Tutup pada hari Sabtu, Ahad cuti umum Malaysia.
 Di sini juga disediakan perkhidmatan seperti mengambil gambar, xerox dan percetakan sekiranya diperlukan. 
                

Dokumen yang diperlukan semasa memohon adalah seperti berikut :

(i) Borang Permohonan Visa boleh didapati secara percuma di kaunter Chinese Visa 

ii) Sediakan dua keping gambar berlatar cerah (contohnya, warna putih) bersaiz pasport. 

iii) Bawa passport asal yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas.

iv) Perlu salinan untuk passport kita. Salinan yang ada muka depan kita. Kalau tak ada perkhidmatan photocopy disediakan.

v) Cetak tiket penerbangan. Booking hotel untuk sehari memadai.
Sekarang tidak perlu lagi bukti booking hotel lagi, cukup sekadar menyebut tempat penginapan kita di borang. Contohnya saya menulis Shanghai Dock Bunk Hostel, No 55, Hongkong Road, The Bund & North Bund, Shanghai,China.

vi) Saya boleh buat bagi pihak isteri. Tak perlu hadir kedua-duanya dan boleh diwakilkan. Bermaksud, boleh buat bagi pihakorang lain.

vii) Bayaran tunai atau kredit kad dibuat pada hari kutipan nanti.

Perhatian :

One time entry or Single entry 
(i) Normal Services : RM104.20. Collection of visa in 4 working days.
(ii)ExpressServices : RM241.30. 3 working days.
(iii)Urgent Services : RM318.40   2 days working days.

Berapa lama boleh tinggal 

Melancong : Maksimum 30 hari. Bekerja : Maksimum 90 hari (dengan surat jemputan)
Menziarah saudara mara : Maksimum : 180 hari. 

Tidak kira berapa lama anda tinggal harga visa tetap sama. Harga visa adalah berbeza bergantung kepada beberapa kali kemasukan ke negara Cina. Visa ada yang sekali kemasukan (One time entry atau single entry), dua kali kemasukan( Double entry) dan Multiple entry. 

Business visa is for multiple entry only. Tourist visa is just max 2 entries in 6 months.Tourist are unable to apply for six month multiple entry visa.   

You can get a single or double entry visa if your passport expires in less than 12 months,but more than 6 months. You can only get a 12 month multiple entry visa if your passport is valid for at least 15 months. 
   


Read more ...

Thursday 15 February 2018

Betong, Thailand : Betong Hotspring

Berikut adalah itinenary teman pada hari kedua di Thailand. 
19 Oktober,2017 (Khamis)

1.  Jalan-jalan di sekitar Pekan Betong
2.  Clock Tower dan Peti Pos Besar,Jalan Sukkayang 
3.  Betong Mongkollit Tunnel
4.  Large Chicken Statue
5.  Betong Hotspring
6.  RS Boutique & Cafe Collection, Route 410
7.  Makan Tom Yam & Nasi Paprik 

Penceritaan teman kali ini telah sampai ke Betong Hotspring. Penceritaan yang berikutnya adalah RS Boutique & Cafe Collection, Route 410. Begitu  panjang penceritaan teman. Tahun 2018, teman akan ke sini lagi. Sini bestnya makan-makan dan boleh memandu dengan aman damai. Jangan lupa cari koordinate di sini. Goggle map tidak memandai. Koordinate Hotspring Betong adalah N5 50.980 E 101 04.306. 

Kemasukan ke taman ini adalah percuma. Anda pasti melalui tempat ini sebelum ke Piyamit tunnel atau winter flower garden. Dua tempat itu anda harus kunjungi. Di sini, selain rendam kaki, boleh juga berendam badan  di kolam air panas. Teman rendam atau mandi di kolam air panas. Pasal teman memang kaki mandi di kolam air panas. Anda boleh juga merebus telor di kolam yang disediakan. Kami rebus telor selama 45 minit tapi masih separuh masak. Bayangkan betapa seksanya merebus telor di sini. Kalau di kolam air panas Sungkai, Perak (Hotsprings Sg Klah) merebus telor mengambil masa sekejap je. Tak sampai 15 minit, telor telah masak sepenuhnya. Lagi best di Hotsprings Sungai Klah.

Persekitaran yang bersih dengan cuaca yang redup menjadi tempat ini sesuai sebagai perkelahan keluarga. Ramai keluarga berkelah di sini. Ramai juga pengunjung tempatan terutama warga Islam Thai. 

Alamat Hotsprings Betong :

Ban Charo Parai
Tambon Tano Mae Ro
Ampho Betong, Yala.

Kedudukan adalah kira-kira 14.9 Km dari pusat bandar Betong. Mengambil masa kira-kira 25 min untuk sampai ke sini.


 Kolam Air Panas Betong

 Salah satu tempat yang disukai rakyat tempatan

 Naga pembawa kemakmuran ke tempat ini

 Chinta dan ibu tersayang

 Tasik yang menawan sukma

Terdapat 3 besi bulat dan di situ tempat untuk merebus telor.

 Riang ria kanak-kanak ribena

 Tempat rebus telor

Teman suka pemandangan yang begitu indah
Read more ...

Monday 12 February 2018

Betong Mist View Point, Yala Thailand

Aiyoeweng, Betong District, Yala 95110 Thailand.

Salah satu lokasi pelancungan yang harus dikunjungi sekiranya anda berada di Betong, Thailand. Untuk sampai ke puncak dari Betong, mengambil masa kira-kira 45 minit dengan kereta. Jalannya senang dan elok. IKut route 410 untuk kira-kira 30km dan ambil kiri terus keluar ke sebuah perkampungan. 

I-Yerweng GPS coordinates : 5.977863, 101.181.793
I Yerweng Google Map : https://googl/SAEQUE

Border : durian burung.

Apabila anda telah sampai ke puncak, terus naik ke platform bertangga dalam masa 5 minit. Seelok-eloknya sampai ke sana dalam jam 5.30am selepas matahari terbit sangatlah cantik.

Bulan yang terbaik datang ke Betong untuk menikmati  keindahan Awan Nano adalah antara bulan Februari hingga April setiap tahun. Awan bergulong bak permaidani. Waktu Matahari menjelma adalah waktu terbaik untuk merakam fenomena 'sunrise'. 


Lukisan alam yang begitu mempersonakan
news.thaipbs.or:th

Awan Nano Aiyoeweng
Tripadvisor
Read more ...

Tuesday 6 February 2018

Misi berjumpa Puteri Gunung Ledang


Aktiviti pendakian pertama 2018
Gunung Ledang : 4187 m
Tahap kesukaran :  light heavy



Pencapaian Kaki Travel Khairuddin : Naik 6 jam, turun 4 jam

Penghormatan khas buat wanita dalam kelab U-STAC (UPSI Staff Adventure Club)

Sabtu lepas, 3hb Feb 2018 seramai 28 geng hikers UPSI telah berjaya menawan puncak Gunung Ledang. Masa yang diambil adalah lebih kurang naik 6 jam dan turun 4 jam. Malahan ada yang lebih awal daripada itu. Contohnya Puan Marina Awang Ahmad, naik 5 jam dan turun 3 jam. Tahniah kepada para wanita U-STAC. 

Banyak laluan yang sukar. Naik pun mencanak dan turun bukit pun mencanak. Pendakian bermula pada pukul 8.30 pagi dan kumpulan yang terakhir sampai adalah pada pukul 7.30 malam. Laluan yang mencabar bermula dari laluan KFC. Teringat ayam goreng KFC atau burger. KFC itu singkatan untuk Killer for Climber. Bermulalah laluan kesukaran buat teman. Lain orang lain kesukaran laluan pendakian itu walaupun rambut sama hitam. Hati lain-lain.

Sepanjang laluan di ledang, banyak tangga dan batu hampar. Tapi tangga lebih banyak daripada batu hampar. Kami boleh jadi pemanjat tiang eletrik. Sesuai le bagi sesiapa yang hendak memanjat tiang. Banyaknya tangga besi atau aluminium. Sesuai le kalau ledang di panggil Gunung tangga aluminium. Tangga itu tidak menakutkan pun. 

Dakian yang paling mencabar adalah menggunakan tali untuk melepasi batu hampar. Cucu batu hampar boleh le lepas. Datuk batu hampar tu mak datuk. Batu itu  bukan terhampar terbaring tapi terhampar menegak hampir 90 darjah. Para pendaki perlu memanjat menggunakan tali. Ramai para pendaki cramp kaki dan tangan dekat sini sebab perlu menggunakan otot tangan dan kaki.

Sebaik sahaja melepasi batu hampar, kami terjumpa dengan dataran bonsai. Pokok-pokok telah  berubah dari pokok yang tinggi kepada pokok renek sesuai dengan keadaan cuaca yang semakin sejuk..Pemandangan memang cantik dan superb. Subhanallah.

Ingatkan selepas batu hampar, kami akan sampai  ke puncak tapi  laluan masih jauh lagi. Kami terpaksa mendaki terpacak kerana melalui beratus anak tangga besi yang tingginya 90 darjah. Perasaan teman pada waktu itu seakan lalu dam ular.Jalan sikit jumpa tangga.

Akhirnya pukul 2.15 petang,  kami sampai ke puncak. Allahuakbar,pemandangan pada masa itu berkabus. Sekejap-sekejap je nampak pemandangan di bawah.  

Kenangan mendaki Gunung Ledang sungguh manis walaupun pada masa pendakian sungguh pahit. Apabila sampai ke bawah, berasa hidup ini sungguh indah dan Allah telah memberi sebahagian daripada kenikmatan hidup kepada hambanya. Teman terasa Allah sangat sayang kepada kita dan kasih sayang Allah tidak bertepi. Sayang Allah kepada kita sampai ke Jannah.

Di sini, teman ingin mengambil kesempatan untuk memberi penghormatan kepada wanita-wanita dalam kumpulan U-STAC yang telah berjaya menawan Gunung Ledang dengan jayanya.

Senarai Superwoman dalam kumpulan kami adalah seperti berikut :
i) Marina
ii)Siti RMIC
iii) Aina
iv) Nana
v) Ain RMIC
vi)Noor Hidayah 
vii) 3 orang kawan Ina Zumba
viii) Farah

Semua wanita di atas adalah super power dan hebat belaka. 



Berjaya menawan puncak Ledang pada 3 Feb 2018


Tahniah diucapkan. Kami membawa nama UPSI. UPSI bukan sahaja gah di bidang akademik tapi juga ko-kurikulum.


Sebahagian daripada wanita super power.

Batu hampar, antara laluan yang mencabar. Di sini kaki anda pasti kebas. Bawa ubat sapu agar boleh meneruskan cabaran melalui tangga macam dam ular.

 Banyak laluan naik turun yang mencanak



 Chinta, pun mendaki kerana termakan dek hasutan suami yang pandai meracun

 Bukan main gembira, tapi di hati dan kaki siapa yang tahu.

Bersama dengan Dr Modi.

 Wanita yang memiliki super power dengan senyuman yang sungguh manis.

Read more ...

Thursday 1 February 2018

Itinenary Mendaki Gunung Ledang,Johor.


Mount Ophir, Johor


Gunung Ledang atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Mt. Ophir. Gunung ini terletak di Taman Negara Ledang. Lokasinya adalah di daerah Tangkak. Bandar yang berdekatan adalah Pekan Asahan, Melaka. Puncak Gunung Ledang adalah di antara sempadan Muar dan Melaka. Gunung Ledang adalah gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Ketinggian adalah kira-kira 1,276 m atau 4,186 kaki dari aras laut. Gunung ini terkenal dengan Legenda Puteri Gunung Ledang. 

Pendakian Gunung Ledang dianjurkan oleh UPSI Staff Adventure club (U-STAC), UPSI dengan Presiden barunya, Tuan Mohd Fairuz, Security Officer at UPSI, Tanjung Malim, Perak.



Tentatif Porgram Pendakian Gunung Ledang adalah seperti berikut :

2/2/2018   7.45  malam : Berkumpul di Pondok Bas Auditorium
(Jummat)  8.00  malam : Bertolak ke Taman Negara Ledang
                 12.00malam : Di jangka sampai di Taman Negara Ledang
                 1.00  pagi     : Tidor/rehat


3/2/2018   5.30 pagi      :  Persiapan Diri  (Mandi & Solat)
(Sabtu)     7.45 pagi      :  Berkumpul di hadapan Pejabat Taman Negara
                                         (Pembahagian kumpulan, Checklist barang-barang, &Taklimat 
                                          pendakian & pengagihan makanan)
                 8.30 pagi      :  Memulakan pendakian
                 1.00 tgh        :  Tiba di Puncak Gunung Ledang
                 2.00 petang  :   Bergerak turun
                 6.00 petang  :   Dijangka sampai (Rehat, Bersihkan diri, Checklist barang-                                                      barang/peserta, Bergerak pulang)
                       


List barang-barang keperluan untuk mendaki
Gunung Ledang 2018.

1. Glove (wajib pakai kerana banyak panjat tangga dan batu)
2. Baju Hujan
3. Plastik market untuk isi sampah
4. Head lamp kerana takut turun lewat dan hari telah gelap
5. Air mineral 1botol besar &  2 botol kecik. kalau hendak bawak lebih terpulang asalkan larat nak memikul
6. Pakaian spare nak salin dan mandi sebelum/selepas hiking
7. Ubatan personal spray/krim/minyak untuk sakit kaki
8. Windbreaker/baju sejuk
9. Sleeping bag/mattress

10. Tongkat (kaki ketiga sekiranya ada)
11. Roti, Coklat tenaga,dan gula-gula

Doa agar kami selamat pergi dan selamat pulang.



Read more ...