![]() |
Nassier bergambar di hadapan beirut puncak Gunung Liang Timur pada waktu subuh |
"Beirut" adalah besi yang berbentuk segi tiga yang berada di puncak. Beirut adalah struktur yang dibina sebagai penanda puncak atau poin tertinggi.
Beirut berasal daripada perkataan "Biroute" dalam bahasa Perancis. "Biroute" bermaksud "windsock" atau stokin angin. "Windsock" ini telah menjadi amalan penjelajah dahulu. Mereka akan memasang "windsock" di puncak tertinggi yang telah dicapai.
Harus diingat bahawa tidak semua gunung mempunyai beirut sebagai penanda puncak. Ada yang hanya mempunyai batu penanda kawasan dan sempadan. Pada masa kini, ada yang telah meletak papan tanda sebagai poin tertinggi.
Gambar di atas adalah beirut Puncak Gunung Liang Barat yang berada pada ketinggian 1933 meter atau 6342 kaki dari paras laut.