Showing posts with label Teluk Intan Perak. Show all posts
Showing posts with label Teluk Intan Perak. Show all posts

Wednesday, 20 August 2014

Timang-timang Anak

Timang Anak buah di Rumah Wan Andak di Bagan Datok.

Menguis puin-puin rindu yang masih menyangkut di tangkai hati. Selamat petang pengejar cinta yang tidak jemu menanam rasa. Disajikan ragam kami semasa hari raya melawat anak buah yang baru dilahirkan. Sambil beraya sambil melawat anak buah. Bertambah-tambahlah anak buah kami. Semoga kita dimakmurkan dengan zuriat-zuriat yang soleh dan solehin. Amin. Takbir.

 Suasana Raya di Rumah Sanak Saudara

 Naim

 Ustaz Fatah dan Bunga Api

 Pelita, Bunga Api dan Ustaz

 Nadiah, Cinta, Bayi (anak buah kami yang baru), dan  Naimah

 Keluarga Wan Chu dan anak-anak Wan Anjang

 Bergambar bersama Mak dan Opah tersayang

 Minum-minum, Sembang-sembang Syawal

 Bersama Mak Andak

Semoga Cinta akan dikurniakan baby tak lama lagi. Amin,insyallah. 

 Inilah mak anak baby yang baru, Wan Andak

Kami keluarga yang bahagia. Semoga hubungan itu kekal sampai ke Jannah. 
Read more ...

Tuesday, 19 August 2014

Pertemuan terindah semasa jamuan Firas

Pertemuan Sanak Saudara bagaikan harum semerbak kasturi indah mewangi cantik kacak rupawan paras putera puteri di kala 3 Syawal 2014  

 Wan Chu (adik arwah bapa mertua yang bongsu) yang berhand beg dari Sabah serta Sanak Saudara

 Pertemuan Sanak Saudara kami

 Pertemuan yang sungguh bermakna sekian lama

 Anak beranak, Sepupu dan Menantu 

 Keluarga Aisah dan Sanak Saudara

 Anak Saudara Wan Chu

 Sepupu Wan Chu, Zainol (Putrajaya) dan anaknya

 Mohammad dengan keluarga Wan Chu

 Keluarga Wan Anjang

 Keluarga Pak Uda

 Keluarga Wan Chu

 Naim, Pak Chu dan Wan Chu

Sepakat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Read more ...

Monday, 18 August 2014

Kenduri Aqiqah Firas

Kenduri Aqiqah Syawal 3

Kenduri Aqiqah anak buah saya, telah berlangsung pada hari raya ke 3 (Syawal 3) di rumah mak mertua di Batak Rabit, Teluk Intan. Kenduri Aqiqah itu ada untuk baby Firas, anak keenam kepada Pak Uda (Abang kepada isteri dan kedudukan ke 4 daripada 8 adik beradik). Isteri, Cinta adalah anak bongsu. Gelaran kami adalah Pak Chu dan Wan Chu (Cinta).

 Ustaz Fatah (Pak Anjang) sedang mengacau nasi beryani (Kawah). Sebelah beliau adalah tukang masak, Ijat. 

 Yang diraikan Baby Firas (Muhammad Firas Irsyad) dan Mak Uda, ibunya. 

 Abang Long kepada baby Firas, Firdaus

 Abdullah, Acik(Ahnaf), Alang, Fahmi (Angah) dan Yazid.

 Anak Pak Uda yang kelima, Fahim

 Maryam, anak kepada Pak Anjang

 Baby Firas

 Muhammad, Afiq and Pak Andak

 Comelnya Muhammad, anak bongsu Pak Anjang, Afiq dan Hafizuddin

Achik (Ahnaf) di sebelah kiriAnjang (Qawim)sedang mengacau daging Beryani, Uteh (Hanif), Pak Andak dan Nasree

 Nasree, anak Pak Chu turut membantu mengacau nasi beryani kawah

 Dah siap ke Nasree nasi kawah beryani ?
Read more ...

Friday, 1 November 2013

Pengorbanan Nabi Ismail Part 1


Pengorbanan Sempena Hari Aidil Adha
15 Oktober, 2013

Syukur alhamdulillah, apabila masing-masing telah  selesai proses potong, kerat dan cincang daging sebesar besen, terasa satu badan berbau lembu. Itu adalah penangan hari raya korban, kenangan indah yang tersemat jauh di sanubari. Kami sekeluarga beraya haji di Kampung Batak Rabit, Teluk Intan, Perak.. Enam (6) ekor lembu telah dikorbankan sempena hari yang mulia. 

Kami Keluarga yang besar

Anak-anak buah

Read more ...

Tuesday, 22 October 2013

Moh kita lawat Menara Condong Malaysia #VMY2014


Menara condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Mercu tanda bandar Teluk Intan ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara.

Menara yang unik ini menyerupai Menara Pisa, Itali dan telah dibina pada tahun 1885 oleh arkitek En. Leong Choon Cheong yang berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar di samping sebagai jam. Ketinggian kira-kira 85 kaki, mempunyai 110 anak tangga yang menghubung setiap aras tingginya 15.5 kaki. Dari luar bangunan, kelihatan seolah-olah 8 tingkat tetapi sebenarnya adalah 3 tingkat sahaja. 

Pada masa kini menara condong ini telah menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan batu batan dan dijadikan platform untuk pelbagai akitiviti sama ada rasmi atau pun tidak rasmi. Jam menara masih berfungsi dan berbunyi setiap 15 minit.

Sentuhan ajaib ke atas Menara Jam 
Read more ...

Wednesday, 16 October 2013

Menara Condong Teluk Intan

Balik Kampung Sempena Hari Aidil Adha
15 Oktober, 2013

Bismillahirahmanirrahim





Syukur alhamdulillah, apabila masing-masing telah  selesai proses potong, kerat dan cincang daging sebesar besen, terasa satu badan berbau lembu. Itu adalah penangan hari raya korban, kenangan indah yang tersemat jauh di sanubari. Dan juga salam buat warga dunia yang mengatakan bahawa mengorbankan lembu adalah suatu yang tidak dapat diterima terhadap lembu-lembu yang dianggap binatang suci. Mari kita lihat perkara ini dari persepktif kaca mata budaya yang berbeza. Kita perlu menghormati antara satu sama lain dan menerima perbezaan antara kita. Kita dilahirkan dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan agama. Allahuakbar. Sudah tentu ada yang tersentap sambil menahan sendu memakai kain sari dan bunga melor di kepala.

Sempena hari yang mulia itu, kami sekeluarga juga bersempatan dan mengambil peluang untuk bergambar di Menara Condong Teluk Intan, kira-kira 10 km dari Kampung kami, Kg Batak Rabit. Di hari biasa, kadang kala begitu susah untuk bergambar kerana ada didirikan gerai-gerai jualan barangan dan makanan di sekitarnya..
Read more ...

Monday, 19 August 2013

Sesuci Lebaran Ogos 2013

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum..

Syawal menjelang tiba,dengan seikhlas hati, setulus budi,kami sekeluarga memohon ampun dan maaf; di atas kesalahan yang lalu, tanda persaudaraan sesama kita.



30 Ramadhan (7 Ogos,2013) :  Melangkah dari Tg Malim balik Kg di Batak Rabit, Teluk Intan untuk beraya. 


1 Syawal (8 Ogos, 2013) : Raya bersama opah Asiah. Cantik baju Opah diterbang khas dari Aceh.
Read more ...