Showing posts with label Kuching Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Kuching Sarawak. Show all posts

Wednesday, 3 May 2017

Kos Perbelanjaan ke Kuching

Itinenary dan kos perbelanjaan secara ringkas.


Bersama dengan Dr Nassier yang kini berkhidmat di Melbourne,Australia. Kembali bercuti selama tiga minggu. (17hb April, 2017 sehingga 5hb Mei,2017). Kami ke Bako National Park. 

 Naim dan Dr Nassier.  Percutian dalam negeri ke kuching. 


Tim Cannon, kawan Dr Nassier dari Bendingo, Victoria, Australia.

19 April 2017 (Rabu)

Flight 11.40 pagi  &  1.30 tengah hari tiba di Kuching.

Pengangkutan dari airport ke hotel : Perkhidmatan Uber,  lebih kurang RM 9.00 atau naik teksi berkupon dari Airport Kuching ke hotel. Harga Standard : RM26.00

Tinggal di Abell Hotel, 22 Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching,Sarawak. 

Aktiviti : berjalan-jalan di Waterfront Kucing dan naik bot Penambang ke Kampung Boyan.

20 April (Khamis)

8.00 pagi :Sarapan pagi. 8.30 pagi : Bertolak ke Bako. (45 minit). Perjalanan adalah dari Kuching ke Jeti Bako dan Bako National Park. 10.00 pagi : Mula tracking (Route : Teluk Pandan Kecil). Dari jeti Bako ke Bako National Park adalah kira-kira 30 minit dengan menaiki bot.  Masa untuk trekking adalah 2 jam.  Latar belakang : Gunung Santubong. Bot terakhir adalah jam 3.00 petang.  4.30 petang : Bertolak ke Kuching. Berhenti di Jambatan Sungai Santubong. Ambil gambar Latar belakang Gunung Santubong. Kan Misi kita menjejak Puteri Santubong. Puteri Sejinjangi penjaga gunung negeri Sarawak.

Park Fee : RM10.00  Tambang boat : RM30 (dua hala) campur RM35 (ke Sea Stack mercu tanda bako National Park).

Kita mulakan perjalanan dengan bot dari Jeti Bako ke Sea Stack. Lepas itu, ke Teluk Pandan Kecil. Hiking bermula di sini mengambil masa kira-kira 2 jam untuk kembali ke HQ.

Kita akan sewa kereta kancil dan boleh tinjau di mudah.com. Kami telah menempah Kancil (RM60). Book dengan Cik Amelia Lee (0168096635).

21 April (Jumaat)

8.00 pagi : Sarapan pagi. 8.30 pagi : Bertolak ke Semenggoh Wildlife Center (45 minit) Bertemu dengan Orang Utan. 9.00 pagi acara bagi makan Orang Utan. Waktu terbaik untuk melawat adalah antara bulan Mac hingga April setiap tahun. Fee kemasukan adalah RM5.00. 

12.00 tengah hari : Melawat ke Muzium Kuching, Taman Orkid, Kuching, Astana ,Sarawak ,State Assembly Building, dan Fort Margaritha 

Malam : Naik bot Penambang ke Kampung Boyan dan lepak di sana.



22 April (Sabtu)

Pagi :  Lepak di Hotel Abell, Kuching dan membeli kek lapis Mira di Kampung Boyan.


5.00 petang : River Cuisine di sepanjang Sungai Sarawak menikmati matahari terbenam.

8.00 malam :Top Spot Food Court Kuching belanja RM70.00 untuk 4 orang. Minum untuk 4 orang 10.00. Seorang adalah RM20.00. Murah dan berbaloi. 

Set waze/ goggle map ke UTC Sarawak. Bangunan UTC dekat dengan Kuching Water front dan dekat dengan hotel Pullman. Nampak sign 1Malaysia sebesar-besar bangunan. Naik tingkat 6 bangunan dan terus jumpa Food Court Top Spot. Address : Jalan Bukit Mata Kuching, 43100 Kuching, Sarawak.  Kedai pilihan no 25, Bukit Mata Seafood. Order Siakap Tiga Rasa dan Sayur Midi Goreng Belacan.

23 April (Ahad)

Pagi :  Kami lepak-lepak di hotel Abell je.

Flight jam : 1.55 tengah hari. Tiba di KLIA jam 3.40 petang. 


KOS PERBELANJAAN KESELURUHAN

Kos Perbelanjaan adalah seperti berikut :

Kami melancong ke Kuching berempat. Jadi semua perbelanjaan akan dibahagi empat sama rata.

1. Kos flight seorang : RM178.00 (dua hala) seorang

2. Pengangkutan di Kuching :
    1. Uber pergi balik dari bandar Kuching ke airport : RM18.00 (seorang RM4.50)
     2.Sewa kereta : RM120 (untuk dua hari) (seorang RM30)
         Minyak        :  RM  40 (seorang RM10)

3. Penginapan :RM1000 (Bermalam di Hotel Abell, Kuching) Seorang RM250.00

4. Tiket masuk tempat :
    1. Bako National Park : RM10.00 seorang
        Bot ke Bako National Park : RM30 seorang (dua hala)
        Sewa bot ke Sea Stack : RM35.00 (seorang RM8.75) 

5. Semenggoh Wildlife Centre : RM5.00

6.  Harga bot river cuisine sepanjang sungai Sarawak : RM60.00 seorang

Kos Perbelanjaan Peribadi (Makan dan Cenderamata) masing-masing dan tidak diambil kira di sini.

Jumlah keseluruhan = RM586.25 seorang.

Read more ...

Monday, 17 April 2017

Itinenary ke Kuching

Taman Negara Bako : The Sea Stack


19 April 2017 (Rabu)

Flight 11.40 pagi  &  1.30 tengah hari tiba di Kuching. 3.00 petang di hotel. Semua perlu tiba di KLIA 3 jam sebelum departure.

Pengangkutan dari airport ke hotel : Perkhidmatan Uber,  lebih kurang RM11.00 atau naik teksi berkupon dari Airport Kuching ke hotel. Harga Standard : RM26.00

Tinggal di Abell Hotel, 22 Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching,Sarawak. 

Aktiviti : berjalan-jalan di Waterfront Kucing dan naik bot Penambang ke Kampung Boyan.

20 April (Khamis)

8.00 pagi :Sarapan pagi. 8.30 pagi : Bertolak ke Bako. (45 minit). Perjalanan adalah dari Kuching ke Jeti Bako dan Bako National Park. 10.00 pagi : Mula tracking (Route : Teluk Pandan Kecil). Dari jeti Bako ke Bako National Park adalah kira-kira 30 minit dengan menaiki bot.  Masa untuk trekking adalah 2 jam.  Latar belakang : Gunung Santubong. Bot terakhir adalah jam 4.00 petang.  4.30 petang : Bertolak ke Kuching. Berhenti di Jambatan Sungai Santubong. Ambil gambar Latar belakang Gunung Santubong. Kan Misi kita menjejak Puteri Santubong. Puteri Sejinjangi penjaga gunung negeri Sarawak.

Park Fee : RM10.00  Tambang boat : RM30 (dua hala) campur RM35 (ke Sea Stack mercu tanda bako National Park).

Kita mulakan perjalanan dengan bot dari Jeti Bako ke Sea Stack. Lepas itu, ke Teluk Pandan Kecil. Hiking bermula di sini mengambil masa kira-kira 2 jam untuk kembali ke HQ.

Kita akan sewa kereta kancil dan boleh tinjau di mudah.com. Kami bercadang book Kancil (RM60). Book dengan En.Ting (0198788096).

21 April (Jumaat)

8.00 pagi : Sarapan pagi. 8.30 pagi : Bertolak ke Semenggoh Wildlife Center (45 minit) Bertemu dengan Orang Utan. 9.00 pagi acara bagi makan Orang Utan. Waktu terbaik untuk melawat adalah antara bulan Mac hingga April setiap tahun. Fee kemasukan adalah RM5.00. Perjalanan adalah dari Kuching ke Kota Padawan,Jalan Kucing ke Serian.

12.00 tengah hari : Bertolak ke Sarawak Cultural Village (45 mint) Entrance Fee : RM15/ per person dengan kad pelajar. Bukan pelajar RM60.00. 11.30 dan 4.15 pm ada acara tarian. 4.00 petang : bertolak ke Kuching.

Melawat Pantai Damai. Masuk RM5. Pantai best. Puncak Santubong boleh dilihat dalam perjalanan ke Pantai Damai. Pantai Damai terletak di pinggir kaki Gunung Santubong, Lawat Damai Beach Resort, Damai Central. Ada Tugu burung kenyalang/enggang berwarna putih. Ada surau, tandas dan medan selera.


22 April (Sabtu)

Pagi :  

Pasar Minggu Satok : 7.00 pagi hingga 10.00 malam.  Berjalan-jalan di pasar waktu pagi sampai ke tengah hari. Di Kubah Ria Komplex.

Petang :  Melawat tempat-tempat yang menarik dan belum dilawati sebelum ini :

1.  Tugu Kuching/ Square Tower/Chinese Museum
2.  India Street/ Lukisan Mural Jalan Power
3.  Astana ,Sarawak State Assembly Building, Fort Margaritha & Sarawak Orchid Garden. Naik bot penambang.
4.  Musium Sarawak/Heroes monument/ Musium kuching and Musium Tekstil. Jalan kaki dari Padang Merdeka, Jalan Tun Abang Haji Openg.
                

5.00 petang : River Cuisine di sepanjang Sungai Sarawak menikmati matahari terbenam.

8.00 malam :Top Spot Food Court Kuching, 

Set waze/ goggle map ke UTC Sarawak. Bangunan UTC dekat dengan Kuching Water front dan dekat dengan hotel Pullman. Nampak sign 1Malaysia sebesar-besar bangunan. Naik tingkat 6 bangunan dan terus jumpa Food Court Top Spot. Address : Jalan Bukit Mata Kuching, 43100 Kuching, Sarawak.  Kedai pilihan no 25, Bukit Mata Seafood. Order Siakap Tiga Rasa dan Sayur Midi Goreng Belacan.

23 April (Ahad)

Pagi :  Kuching Civic Centre/ Dewan Suarah Negeri Kuching. (Seperti Payung). Atas menara boleh melihat seluruh bandaraya Kuching dan kawasan sekitar. Ada Planetarium Sultan Iskandar, yang pertama di Malaysia. Tiket masuk :RM2. Alamat : Jalan Taman Budaya, 93000 Kuching, Sarawak. 

Flight jam : 1.55 tengah hari. Tiba di KLIA jam 3.40 petang. Perlu ada di air port kira-kira 2 jam sebelum berlepas.

Makanan yang sedap antaranya : Mee Kolok, Ayam Pansuh, Laksa Sarawak, Bakso, Ayam Pansuh, dan Nasi Putih + Ikan Masin + Sambal Belacan Ulam.

Read more ...

Thursday, 13 February 2014

Kuching Waterfront 1

Trip Kucen Meow-meow 24 hb hingga 26hb Januari 2014

Kuching Waterfront 1 adalah sambungan dari entri sebelumnya. Saya memang jatuh cinta dengan Kuching Waterfront. Ini adalah tempat lepak saya sejak dahulu lagi apabila menjejak kaki ke Kuching. Banyak kenangan manis pahit melingkari hidup saya tersemadi indah di sini.  Sila nikmati panorama-panorama yang sangat saya sukai di sepanjang Waterfront Kuching. 

 Wakaf Senibina Cina

 Kamar tidur di Grand Margherita Hotel



 Kubah Ria Satok (Gerai Makan)

Satu tempat yang harus anda kunjungi bila berada di Kuching adalah Kubah Ria Satok. Dahulu tempat ini dikenali sebagai Pasar Satok. Pasar Satok adalah pasar tamu seperti menjual beraneka jenis barangan tradisional dan moden. Kalau di semenanjung adalah pasar malam atau pekan rabu. 

 Jeti Kubah Ria Satok yang bakal siap

 Papan iklan untuk River Cruises

Buat diri saya, saya telah pernah naik river cruises dengan bayaran RM60 (dewasa) untuk menikmati pemandangan yang begitu indah di sepanjang Sungai Sarawak. Anda patut pergi di sebelah petang untuk menikmati senja (sunset). Perjalanan menyusuri sungai ini adalah selama satu setengah jam.
  
 Dewan Undangan Negeri Sarawak



 ASTANA

 Lepak-lepak di sepanjang Kuching Waterfront.


Read more ...

Wednesday, 29 January 2014

Kuching Waterfront

Trip Kucen Meow-meow 24 hb hingga 26hb Januari 2014

Sekali lagi saya berpeluang ke Kucen Meow-meow untuk urusan rasmi. Saya bertolak dari Tanjung Malim seawal jam 8.00 pagi. Flight kami jam 12.00 tengah hari. Flight adalah selama 1 setengah jam. Lebih kurang pukul 1.30 tengah hari kami sampai ke Kuching. Kami check ini di  Grand Margherita Hotel. Jalan Tunku Abdul Rahman, 93748 Kuching, Sarawak. Phone : +60822423111. 

Hari Pertama (Jumaat). Saya saje-saje lepas di waterfront, Kuching. Kawasan favorite. Anda boleh berjalan sejauh satu kilometer menyusuri hotel-hotel utama, dan pusat-pusat utama komersial sampai ke penghujung bandar Kuching. Anda akan bersua dengan pelbagai aneka restoran dan, gerai-gerai makan.  Di samping itu, kita akan menikmati pemandangan The Astana, Fort Margherita dan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Selain itu, terdapat juga menara pemerhatian, teater terbuka dan pancur air muzik.


Khatulistiwa : Restaurant & Cafe 24 hour

Sampan 5 kupang

Kampung tradisional seberang kuching waterfront

Sampan oh sampan 
Arca Kayu

Jualan barang-barang

Perahu tradisional

Kuching-Kuching

Arca Besi

Muzium Sejarah Cina

Masa buka dan tutup muzium

Tahun Lawat Malaysia 2014

Persembahan Pop Jalanan 
Read more ...

Saturday, 12 October 2013

Kuching Sarawak

Trip Kucen Meow-meow 4hb hingga 6hb okt 2013

Saya berpeluang ke Kucen Meow-meow untuk urusan rasmi. Kami bertolak dari Tanjung Malim seawal jam 8.00 pagi. Flight kami jam 11.30 pagi. Flight adalah selama 1 setengah jam. Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari kami sampai ke Kuching. Kami check ini di  Grand Margherita Hotel. Jalan Tunku Abdul Rahman, 93748 Kuching, Sarawak. Phone : +60822423111. Of course, kali ini bawa Cinta bersama atas tugas rasmi. Nanti dimeow-meownya saya.

50 Tahun Sarawak Merdeka dalam Malaysia

Read more ...