Showing posts with label Pantai Kemasek Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Pantai Kemasek Terengganu. Show all posts

Monday, 4 November 2013

Pantai Kemasik dan Tanah Lot Part 2

Bersyukur ke hadrat  illahi 

Saya berasa begitu teruja apabila dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu apabila menyusuri jalan pantai. Perjalanan ini begitu dinanti-nanti oleh kami. Ini kerana di sepanjang jalan pantai ini banyak lokasi menarik yang boleh kami singgah. Lagipun, saya telah dibesarkan dan dilahirkan di tepi pantai selama 26 tahun. Sebahagian besar hidup saya berkampung di pinggiran pantai.  

Sememangnya saya berminat dengan bukit batu di Pantai Kemasik. Sungguh menakjubkan dan terpesona dengan keindahan alam ciptaan Allah SWT. Tanah Lot di Bali begitu unik dan besar. Namun begitu, Tanah Lot Kemaman punya begitu kerdil sekali. Apa sekalipun, saya tetap bersyukur dan berasa bangga dengan kurniaan dan pemberian Allah kepada kita. Hatiku terus bermonolog seperti berikut :

'Apa yang ada jarang disyukuri. Apa yang tiada sering dirisaukan. Kenikmatan yang dikecapi baru akan terasa bila hilang apa yang diburu timbul rasa jemu bila sudah di dalam gengaman dunia. Ibarat air laut diminum hanya menambah haus nafsu. Bagaikan fatamorgana di padang pasir panas yang membahang disangka air dunia dan nafsu bagai bayang-bayang dilihat ada ditangkap, hilang tuhan leraikanlah dunia yg mendiam di dalam hatiku kerana di situ tidak kumampu mengumpul dua cinta. Hanya cintamu kuharap tumbuh dibajai bangkai dunia yg kubunuh.'

Read more ...

Sunday, 3 November 2013

Pantai Kemasik dan Tanah Lot Part 1

Kemasik Beach Tanah Lot Kemaman


Kemasik adalah bandar yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Kemasik terletak di antara Kerteh dan Kijal di antara Jalan Kemaman-Kuala Terengganu yang merupakan jalan utama dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Kemasik berada kira-kira 30 kilometer dari Bandar Chukai dan kira-kira 10 minit dari Kertih.

Anda wajib singgah di Pantai Kemasik sekiranya dalam perjalanan ke arah kuala Terengganu. Pantai ini adalah di antara pantai yang tercantik di negeri Terengganu. Lihat sahaja pintu masuk ke Pantai Temasik yang dipenuhi dengan tugu tanda yang menggamit mata yang memandang. Banyak kemudahan disediakan di sini seperti taman permainan kanak-kanak, tandas awam, tempat letak kereta, deretan kedai jualan, jeti kayu dan wakaf.

Pintu Masuk ke Kemasik Beach
dtajuzzhomestay. blogspot.com

Read more ...