Showing posts with label Kota Bharu Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kota Bharu Kelantan. Show all posts

Tuesday, 11 June 2019

Pantai Senok, Bachok Kelantan

Pantai Nami Senok Beach oleh Noor Hidayah Hanapi


Kalau kawan-kawan ke Kelantan jangan lupa singgah di Pantai Senok, Bachok, Kelantan.
Dari Kota Bharu, Kelantan  ke Pantai Senok ini mengambil masa dalam 30 minit sahaja. Waze atau goggle map pasti sampai ke destinasi.

Keistimewaan tempat ini terletak pada pokok-pokok yang ditanam sebaris sebaris lurus..Dah rupa kat Nami Island, Korea yang terkenal tu..cuma bezanya kat sini tidak ada salji yang memutih.
Di sini juga terdapat light house (rumah api) yang terletak di atas batu-batu ban..unik sangat
Pst: jangan kata kaka ida tak payung jalan-jalan dalam negara 😂

Pst 2: tak payah la tengok model itu, tengok view je.







 Cantik terbentang indah


 Sebaris Sebaris Lurus

Terapi mindaku


Antara tempat yang indah di dunia 


 Moga tempat ini dijaga dengan elok


 With Cinta


 Ada juga kambing -kambing yang berkeliaran

 Begitu cantik tersusun rapi


 Rumah api di atas batu-batu ban. 


Semoga tempat ini dikekalkan keaslian alam sekitarnya

Pemandangan yang indah di sekitar rumah api
Read more ...

Monday, 13 May 2019

Ayam Golek RM14.00 di Kota Bharu

Oleh Noor Hidayah Hanapi


Sementara masing-masing masih kenyang makan sahor tadi, ana (dah kata org arab kan, kena la tukar GUA pada ANA) nak up sikit gambor ayam golek RM14 kat kelate ni.
Kang up gambor pukoi 12 berdosa pulak sebab masing-masing dah nampak bola macam ayam golek.
Ramai sohabat sohabiah tak pecaya sekor ayam hanya 14 hengget je, zauji gigih lintas jalan yang sesak beli ayam golek bagi buqti pada sohabat sohabiah (yang sebenornya lakik tak larat nak dengor biniknya meratib NAK AYAM, NAK AYAM, NAK AYAM sepanjang jalan).

Ana rasa tempat ni yang murah sebab ada kedai ana tengok rm12 untuk 1/2 ekor.
Saiz: saiz besar, tahap mama ayam, bukan anak ayam..berat dlm 1.5-1.8 kg.
Rasa: rasanya sedap, terasa la rempah perapannya tu..isi ayam pun masak molek.
Lokasi: Jalan menghala ke Tumpat, tak jauh dari Tesco KB (kat waqaf bharu rasanya..dekat gambar di sebut Kampung Pasir Pekan)..kedai tepi jalan, bejujuk pemanggang yang bergolek tu tepi jalan..pukul 3 semalam nampaknya dah ada jual.

 Besor ayamnya..dalam 1.5-1.8 kg — feeling hungry at Kg.baru Pasir Pekan.wakaf Bharu.

 Terasa rempah perapannya — feeling hungry atKg.baru Pasir Pekan.wakaf Bharu.

 Masak molek isi dalamnya — feeling hungry atKg.baru Pasir Pekan.wakaf Bharu.

Bejujuk ayam digolek gelekkan — feeling hungry at Kg.baru Pasir Pekan.wakaf Bharu.

Read more ...

Friday, 27 May 2016

Homestay di Pasir Tumboh,Kota Bharu

Percutian di Kota Bharu, Kelantan


Saya kaki travel budget. Saya suka duduk di Pasir Tumboh sekiranya saya bercuti di Kota Bharu, Kelantan. Homestay Pasir Tumboh, Kota Bharu menyediakan penginapan alternatif berkonsepkan rumah kediaman dalam suasana kampung yang selesa kepada pengunjung yang datang bercuti,melancong atau rombongan perkahwinan dan lain-lain hal ke Kelantan.

Saya suka tinggal di Herynies Inn atau Nikla Inn sekiranya berada di Kota Bharu, Kelantan. Lokasinya adalah berhampiran dengan Pusat Pengajian Pondok Pasir Tumboh, MRSM dan Pusat Membeli belah. Hanya 8 KM dengan Pusat Bandar Kota Bharu (15 minit) . 3 KM dengan Hospital Sains Kubang Kerian dan 5 KM dengan Pasar Borong Wakaf Che Yeh. 



Saya hanya menyewa satu bilik sahaja. Kami pergi bertiga sahaja. Sewa satu bilik RM50 sahaja.

No talipon Herynies Inn

Ruang dapur Herynies Inn. Boleh masak nasi. Kena bawa periuk nasi sendiri.

Katil untuk dua orang

No talipon Nikla Inn :0175266756

 Pandangan luar Nikla Inn

Aisar Inn 0139877489
Read more ...

Tuesday, 10 November 2015

Tempat Makan Best di Kota Bharu.

SENARAI TEMPAT MAKAN BEST UNTUK YANG  MELAWAT KE KELANTAN.

Doa suatu hari nanti Kota Bharu akan menjadi seperti Kuala Lumpur

Hari Pertama kalau sampai awal...make nasi kukus stadium.

- Hari ke 2
Bfast : Din Tokyo sebelah Hotel Temenggung (Telur Taliban)
Lunch: Sup Air Asam Suliza (Perut Air Asam) dekat Wisma KB 
Dinner: Ikan Bakar Air Asam depan MML (Sotong Celup Tepung)


- Hari ke 3
Bfast: Nasi Kerabu Panji Depan Caltex (Nasi Kerabu Kambing Bakar)
Lunch: Rest. The Ritz Cherang (Ketam Telur Masin Cheese)
Dinner: Ikan Bakar Hj Zakaria, Pengkalan Petah (Ketam Phadkari)


- Hari ke 4
Bfast: Nasi Tumpang Pasar Kubang Pasu 
Lunch: Nasi Paku Berek Dua Belas 
Dinner: Pizza Gino Cherang


- Hari ke 5
Bfast: Nasi Dagang Ziela Pohon Kekuk Bayam (Gulai Ike Ayo)
Lunch: Nasi Sup Moksu Taman Maju (Ado Air Nyior)
Dinner: Maggi Tiram Same Parang Puting (Maggi Telur Sotong)


- Hari ke 6
Bfast: Pokloh Milo Tunggeng belakang KTC
Lunch: Sup Perut Bismillah Panji (Air Asam Siam)
Dinner: Char Kuew Tiaw Dusun Muda (Sebelah Kukup)


- Hari ke 7
Bfast: Nasi Kerabu Awang Salor (Daging Bakar Berlemak)
Lunch: Nasi Arab Pulau Melaka (Kebab Kambing)
Dinner: Burger Mat Saleh Jalan Gajah Mati (Spagetti/Burger Sedap)


- Hari ke 8
Bfast: Kedai Pati dekat MPI Jalan Hospital (Gulai Ikan Kering)
Lunch: Kedai Sup Gearbox Teluk Panji (Kerabu Perut)
Dinner: Maggi Belut Bukit Marak Bachok


- Hari ke 9:
Pagi : Roti cicah milo dalam hospital.
Tengah hari : nasi dengan sup hospital
Malam : nasi dengan sayur, ayam dalam wad.
😂😂😂
Read more ...

Saturday, 2 November 2013

Cinta, Hot FM dan Kota Bharu

Hadiah Giveaway Hot FM di Kota Bharu, Kelantan.

Oktober 2013.

Baru-baru ini, kami berkesempatan bercuti ke Kota Bharu, Kelantan. Sememangnya, kami sukakan kelantan kerana setengah-tengah  barangannya memenuhi citarasa kami. Makanannya sedap dan masyarakatnya berbudi bahasa. Jadi pada pagi itu dalam perjalanan balik dari shopping di TESCO, Kota Bharu , kami terserempak dengan DJ-DJ yang handsome dan cantik. Deme tengah membuat segmen memperkenalkan hot FM, Kota Bharu.

Dua soalan telah  dikemukakan kepada pihak kami. 

Soalan Pertama : Berapakah huruf O dalam perkataan PANADOL ? Dapatlah giveaway dari Panadol berbentuk buku nota kecil dan Touch & Go  PLUS berharga RM 5.00 

Soalan Kedua : Berapakah warna yang terdapat dalam bendera Jalur Gemilang ? Giveaway adalah sekotak Nestcafe.

Terima kasih DJ Hot FM Kota Bharu yang kacak dan cantik. 


 DJ-DJ Hot FM Yang Kacak dan Cantik 

Read more ...