Showing posts with label Banda Aceh-Sabang. Show all posts
Showing posts with label Banda Aceh-Sabang. Show all posts

Wednesday, 7 August 2013

Day 4 : Banda Aceh- Kuala Lumpur

Hari Keempat (29hb Julai,2013) BANDA ACEH-KUALA LUMPUR.

Kami bersiap sedia menunggu En.Safriyal, pimpinan hotel untuk menjemput ke Pasar Aceh. Kapal terbang dijangka berlepas pada jam 11.30 pagi ke LCCT, Kuala Lumpur.

Mobil Hotel Rumoh PMI

Dalam perjalanan kami sempat singgah lagi ke Kedai Anugrah Souvenir.  Saya ke sini kerana ingin menukar kopi luwes Gayo yang tidak boleh diminum oleh umat Islam. Menurut Cinta, cara proses kopi itu adalah najis.  Musang akan memakan biji kopi dan berak kembali biji kopi itu. Ini dikatakan najis.  Kopi luwes Gaya berharga Rp50,000 (Rm15). Saya tukar kepada satu paket kopi Cofffee Anugrah Aceh yang asli (harga Rp25,000=Rm7.50). 3 key-chain (harga Rp5,000 setiap satu=Rm1.50) dan 1 bungkus kuih bahulu Aceh (harga Rp10,000). Bahulu aceh di kenali sebagai Bhoi. Sama seperti Malaysia, biasanya dihidang bersama kopi aceh hangat.




Pekedai itu siap bagi satu key chain sebagai hadiah. Cewek itu manis orangnya, putih dan mesra. Badannya ramping serta senyumannya manis. Mampus karang bini gua baca. Bini gua lagi cun wahai pembaca budiman.Tapi tegas dan serius sikit le adakalanya.




Read more ...

Day 3 : Banda Acheh

Hari ketiga (28 hb Julai, 2013)  BANDA ACEH

Pada awal pagi, saya agak mamai dan keletihan. Mungkin selimut ajaib tidak berada di sisi saya. I really miss Mr Magic Selimut.(Biovelocity Sleepmate untuk terapi tidur) Lagi pun, kami akan dijemput pada jam 8.00 pagi sebagaimana dijanjikan. Memandangkan hempasan badai ombak begitu mengganas saya batalkan niat,mungkin di hari akan datang. Saya akan kembali ke pantai Sumur Tiga. Saya suka Aceh yang berjaya menambat hati saya dan mendapat tempat  dalam  senarai destinasi masa depan.

Kami dijemput oleh sebuah van, orang yang tidak dikenali. Kata pemandu van, bos semalam tak dapat menjemput kami. Ini mungkin strategi perniagaan, walhal dia berjanji menjemput kami. Nasib  baik saya tidak membayar awal. Prinsip yang harus kita pegang, bayar apabila kerja itu telah selesai. Van itu berhenti di beberapa tempat untuk mengambil penumpang dan akhirnya tiba ke pelabuhan Balohan jam 8.00 pagi. Pemandu van itu mengatakan dia mewakili bos semalam mengutip duit Rp 400,000=Rm120. Begitulah cara melayan pelanggan lebih-lebih lagi tetamu asing. Adakah bisnis begini akan berpanjangan? * Refleksi : Lain kali kena buat survey dahulu. Sepatutnya bertanyakan En. Safriyal, pimpinan Hotel Rumoh PMI terlebih dahulu. Ini tidak, terus ambil dari ulat kutu yang berkeliaran  di pelabohan Balohan. Saya tidak menyalahkan orang lain, salah diri sendiri. 

Kami terus bergegas ke kaunter pelabuhan Balohan. Kami berjaya mendapat tiket executive berharga Rp75,000.(RM25), feri cepat. Tiket ekonomi telah habis dijual. Kami tiba ke pelabuhan Ulee Lheue jam 9.00 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam sahaja. Ketibaan kami dari feri Pulo Rando disambut oleh Adi, adik ipar pimpinan Hotel Rumoh PMI. Adi membawa kami putar-putar kota. Adi orangnya berbudi bahasa tinggi. Perjalanan kami bermula dengan Kawasan pantai Ulee Lheue dengan cerita rumah bekas Tsunami. Rumah itu masih berpenghuni yang kebanyakan adalah nelayan. Mereka enggan berpindah kerana diberi tanah dan rumah yang jauh di perbatasan gunung yang tidak sesuai dengan jiwa dan naluri mereka.


Feri Pulo Rondo

Read more ...

Day 2 : Pulau Sabang-Weh

Hari kedua (Sabtu,27 Julai, 2013) PULAU SABANG-WEH.

Pulau sabang-Weh pusat syurga bagi snorkeling dan diving. Kami bertolak seawal jam 7 untuk mengejar feri jam 8.00 pagi untuk ke Pulau Sabang-Weh. Jauh dari hotel Rumoh PMI,tempat penginapan kami adalah kira-kira 4 km.  Kos untuk ke sana adalah  Rp 65,000=Rm19.50  kelas ekonomi. Perjalanan mengambil masa sejam dari Pelabuhan  Ulee Lheue (Banda Aceh). Feri menunggu sehingga jam 9.00 baru bertolak pada hari itu. Sekiranya tertinggal feri, ada lagi trip kedua pada jam 4 petang.  Kami naik feri cepat mengambil masa selama sejam. Feri itu bernama Kapal Cepat ML.Express Bahari. Ada feri lambat mengambil masa dua setengah jam ke Balohan( Pulau Weh) yang membawa bersama  penumpang dan kenderaan.

Akhirnya, kami selamat tiba ke Pelabuhan Balohan (Pulau Sabang-Weh). Sebaik keluar dari pelabuhan, kami disergah oleh tuan punya Kijang untuk menawarkan perkhimatan ronda-ronda Pulau Sabang-Weh. Tawar menawar berlaku dan akhirnya pakej kami adalah Rp400,000=Rm120  yang termasuk menghantar kami ke tempat penginapan di Freddies Sumur Tiga. Lawat laman web: http://www.santai-sabang.com untuk keterangan lanjut. Akhirnya, beliau akur menghantar kami kembali ke pelabuhan Balohan pada hari berikutnya.
Read more ...

Tuesday, 6 August 2013

Day 1 : Banda Acheh


Charming Banda Aceh  (Menjejaki Tsunami; Aceh Bandar Serambi Mekah)

Aku bertolak ke Aceh jam 10.30 dari LCCT. Penerbangan mengambil masa selama sejam setengah.  Pergi balik RM72 tanpa tambang, hanya caj airport tax dan minyak sahaja. Perjalanan adalah pada hari jumaat 26 Julai, 2013. Aku berangkat balik pada 29 Julai 2013.  Aku bercuti bersama cinta dan mak mertua. Kereta saya ditinggalkan di tempat letak kereta dengan caj RM16 sehari di LCCT. Bulan Julai adalah bulan yang sesuai untuk melawat Acheh, sebagaimana dicadangkan di antara bulan Mei sehingga September adalah bulan yang kering untuk Banda Aceh. Saya melawat Aceh di bulan puasa kerana ingin menikmati keenakan masakan tempatan dan merasai semangat ramadhan di Bandar Serambi Mekah ini.  


Kedudukan Banda Acheh di Sumatra
Sumber : www.lonelyplanet.com
Read more ...