Showing posts with label Gunung Chondong Perak. Show all posts
Showing posts with label Gunung Chondong Perak. Show all posts

Thursday, 10 November 2016

Wajah-Wajah Gunung Chondong, Perak.

Mencanak bila naik, mengelungsor bila turun. 

Gunung Chondong adalah sebuah puncak dan terletak di Behrang Ulu, Perak. Gunung ini adalah berdekatan dengan Kampung Sungai Bil, Kemajuan Tanah Sungai Dara dan Bukit Ulu Panas. Ketinggian dari aras laut adalah 675m atau 2,215 kaki. Kedudukan ketinggian Gunung Chondong adalah no 139 di Perak dan no 630 di Malaysia.  Ejaan lain bagi Gunung Chondong adalah seperti berikut : Gunung Chondong (ms), Gunong Chondong, Gunong Chondong, Gunung Chondong.

Gambaran teman. Begitu mencanak apabila kita mendaki ke arah puncak. Ada bahagian yang curam. Ada juga yang landai. Teman begitu gembira apabila berjumpa dengan kawasan landai. Ada kala, teman terpaksa berpaut pada akar kayu dan pokok-pokok semasa mendaki. Ini kerana ada bahagian yang tanahnya begitu rapuh dan licin. Kawasannya asli dan belum diterokai sepenuhnya. Ada seorang jurupandu yang mahir, Sifu Roy (Lokkow). Kami menggunakan app, Soviet military untuk sampai ke puncak Gunung Chondong. Kami mengambil masa kira-kira 4 jam untuk sampai ke atas, terpaksa menebas di sesetengah tempat. Kami mengambil masa kira-kira 2 jam untuk turun ke bawah. Kami banyak mengelungsor apabila turun ke bawah. Udara di atas sungguh nyaman, bersih dan asli.   
  

 Di puncak Gunung Chondong, Perak. Jurupandu kami, Roy yang berada di atas beirut.

 Beirut Gunung Chondong, Perak

 Begitu gembira wajah kawan-kawan semasa turun ke bawah, hampir sampai ke tangki air Sungai Dara


 Kami menikmati sarapan pagi di Kedai Nasi lemak Opah Nab di Behrang Ulu.

Wajah-wajah Gunung Chondong dari album Ibrahim Zolkipeli Property 
Read more ...

Friday, 4 November 2016

Gunung Chondong, Behrang Ulu

Gunung Chondong adalah sebuah puncak dan terletak di Behrang Ulu, Perak. Gunung ini adalah berdekatan dengan Kampung Sungai Bil, Kemajuan Tanah Sungai Dara dan Bukit Ulu Panas. Ketinggian dari aras laut adalah 675m atau 2,215 kaki. Kedudukan ketinggian Gunung Chondong adalah no 139 di Perak dan no 630 di Malaysia.  Ejaan lain bagi Gunung Chondong adalah seperti berikut : Gunung Chondong (ms), Gunong Chondong, Gunong Chondong, Gunung Chondong.


Beriut Condong di Puncak Gunung Chondong 

Tentatif Program Daypack ke Gunung Chondong
Tarikh : 5hb November, 2016

630 am     Jumpa di Kedai Nasi Lemak Opah Nab
730 am     Hiking bermula
1100 am   Sampai ke puncak, layan view dan snap picture kat Beirut
1200 am  Turun ke bawah
200 pm    Tiba di car park dan mandi sungai di Sungai dara

* Tentatif akan berubah mengikut keadaan cuaca. 
Setakat sahabat teman seramai 13 orang akan mengikuti XPDC Gunung Chondong. 

Equipment wajib : Headlight, parang, makanan, air,baju hujan dan kasih sayang.   
Read more ...