Showing posts with label Hentian Puncak Titiwangsa Perak. Show all posts
Showing posts with label Hentian Puncak Titiwangsa Perak. Show all posts

Friday, 3 June 2016

Hentian Puncak Titiwangsa Perak

HENTIAN PUNCAK BANJARAN TITIWANGSA


ANDA sebagai pengguna Jalan Raya Timur- Barat pasti teruja apabila melalui jalan Gerik, Perak ke Jeli, Kelantan sejauh 110 kilometer apabila menyaksikan pemandangan  indah yang sungguh memukau mata memandang. Setelah penat memandu, anda pasti berasa segar selepas menghirup udara sejuk dan nyaman. Ada ketikanya sekiranya tuah badan, anda dapat merasa kesejukan udaranya sampai ke suam-suam tulang dan bulu hidung rongga anda berkembang.

Dahulu hentian ini  adalah kawasan hitam kerana ia menjadi pusat operasi pengganas komunis kerana terletak di antara Malaysia dan Selatan Thailand. Hari ini, anda akan menyaksikan deretan puluhan dengan bentuk puncaknya yang pelbagai dengan ketinggian kira-kira 2,100 meter dari aras laut. Anda akan berada di kawasan paling puncak daripada puluhan gunung-ganang lain disekitarnya kira-kira 80 km perjalanan dari Gerik.  Kawasan hentian ini semakin popular kepada pengguna jalan yang menjadi nadi penghubung utama antara negeri di pantai timur ­dengan barat terutama utara Semenanjung.

Di kiri kanan jalan, anda pasti terhibur apabila berpeluang menyaksikan gunung-ganang dan hutan rimba tebal di sepanjang laluan yang jarang ditemui di kawasan lain. Pelbagai flora dan fauna di sekitar­nya dapat disaksikan daripada pelbagai pokok besar seperti cengal, meranti dan keruing kerana ia kawasan hutan simpan yang belum terusik. Perjalanan anda pasti tidak sempurna sekiranya anda tidak  mencari bunga ros hutan yang tumbuh meliar di sepanjang jalan kawasan berkenaan untuk dibawa pulang sebagai cendera hati taman bunga di laman rumah. 

Selain udara segar puncak banjaran,kemudahan asas disediakan untuk pengunjung merakam gambar kenangan dan menghayati lukisan alam di sini. Turut disediakan kedai makan, beberapa pondok rehat, surau, tandas awam dan kawasan parkir yang selesa di tapak kawasan keseluruhan seluas kira-kira satu hektar.
Berikut adalah pemandangan yang sempat dirakamkan  yang begitu  menakjubkan kerana dapat menyaksikan lukisan alam dengan gunung-ganang serta lurah dalam saujana mata memandang sangat unik dan jarang ditemui di kawasan lain. Sekiranya berpeluang jangan lepaskan peluang untuk berhenti, sekira tidak berbuat demikian anda seperti melepas peluang melihat keseluruhan peta Semenanjung.


 Restaurant, tempat persinggahan untuk menjamu selera.

 Begitu indahnya ciptaan Tuhan

 Begitu asyik sekali pemandangan di awan

 Awan, Gunung-ganang dan Hutan Belantara

 Kebiru-biruan yang mempersonakan

 Doa saya semoga bahagia dunia akhirat

Saya merenung di kejauhan di sebalik awan
Read more ...

Thursday, 31 October 2013

Hentian Puncak Titiwangsa Perak


Hentian Puncak Banjaran Titiwangsa

Read more ...