Showing posts with label Doha. Show all posts
Showing posts with label Doha. Show all posts

Sunday, 23 June 2019

Doha City Tour

City Tour, Doha.

oleh Noor Hidayah Hanapi

Transit di Hamad International Airport 19 jam..mereput gua weh
Kami Join City Tour yang disediakan oleh Qatar Airways dengan bayaran 40 riyal qatar selama 2.45 jam..tour ini hanya boleh disertai oleh penumpang yang transit lebih daripada 5 jam di HIA
Banyak tour yang disediakan tapi kami hanya memilih Doha City Tour sahaja..ada 4 tempat yang termasuk dalam Doha City Tour ni iaitu:

1. The Pearl-Qatar
2. Museum Of Islamic Art
3. Katara Cultural Village
4. Souq Waqif


Kaunter pendaftaran untuk join tour ni terletak berhadapan dengan pintu gate A3. Dengan menyertai city tour Doha, sekurang-kurangnya anda mengenali doha secara dekat. Doha sebuah negara yang kaya raya. Lebih dari 80% adalah penduduk asing. Penduduknya mendapat pendidikan percuma, tidak perlu membayar cukai dan dilayan sebagai penduduk kelas pertama. Ini adalah kerana Allah SWT melimpah kurnia negara Doha dengan kekayaan minyak.

 Antara tour yang ditawarkan

 Tempat pendaftaran untuk tour

Ada pakej  tour 1-6 yang ditawarkan.

Read more ...

Monday, 22 April 2019

Pigeon Tower, Doha.

Pigeon Tower,Doha terletak di negara Qatar.

Kami melawat sini dalam perjalanan ke negara Turki dan Balkan. Qatar adalah sebuah negara minyak yang sangat kaya. Negaranya bersih,cantik dan membangun dengan pesat.  Kami transit di Hamad International Airport- HIA sebelum meneruskan perjalanan ke Turki dari KLIA International airport. Kami mendapat pakej tour melawat sekitar Doha di airport sebelum meneruskan perjalanan ke Turki. Destinasi sebenar kami adalah melawat negara-negara Balkan. Penerbangan keTurki itu mengambil masa selama satu jam sahaja. Bagi Teman, HIA sangat luas dan hub unutk penerbangan Qatar airways. Keluasan dan kemudahan bertaraf antarabangsa. (World class).

Mengikut Tripadvisor, tempat yang menarik untuk dilawati di Doha Qatar adalah seperti berikut :

1. Museum of Islamic Art
2. Souq Waqif (Pasar tradisional)
3. The Corniche
4. Aspire Park
5. Katara Cultural Village
6. State Grand Mosque
7. Sheikh Faisal bin Qassim Al Thani Museum
8. The Pearl-Qatar
9. City Centre Mall
10.MIA Park. 

Di luar Doha, sangat panas, mentari menegak di kepala mencecah 35 darjah clecius.  
Binaan bangunan unik yang ditunjukkan di bawah adalah  terletak di Katara Cultural Village, Qatar. Mula-mula teman tengok binaan ni teman tertanya-tanya apa benda la ni..google punya gugel oo baru tau binaan ni sarang/rumah untuk burung merpati. Ia boleh memuatkan beribu-ribu burung merpati dalam satu masa. Dalam gambar macam ada dua tower je kan, sebenarnya ada 3 tower..tinggi melangit sarang merpati ni.


 Cinta hati




Begitu tersergam indah sangkar sang merpati

Read more ...